Thursday, January 28, 2016

Tidak masuk akal



Sangat tidak munasabah presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan mengajak orang bukan Islam (kafir)sokong undang undang Islam.

Penulis tidak tahu mengapa beliau cenderong  ajak orang bukan Islam (kafir) sokong undang undang Islam, sedangkan Allah telah nyatakan dengan sejelas jelasnya.

Mustahil beliau tidak tahu status qua kafir yang banyak dijelaskan didalam Al Quran secara nyata dan terang terangan.

Orang orang awam boleh faham bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan redha dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah Saw sepertimana yang tertera dalam ayat 120 surah Baqarah yang bermaskud:

 “orang orang Yahudi dan kristian tidak sekali kali akan bersetuju atau suka kepada Mu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)….

Walau pun tak salah, tetapi nampak dengan jelas seolah olah tidak percaya dengan kejelasan yang telah diberikan oleh Allah dalam Al Quran yang tiada sebarang keraguan lagi.

Apabila kita ajak orang kafir sokong undang undang Islam seolah olah kita masih ragu ragu dan tak percaya dengan penjelasan Allah bahawa orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju dengan Islam.

Allah nyatakan orang orang kafir tidak sekali kali akan bersetuju (redha) dengan Islam tiada kebenarannya atau dengan kata lain kita mengharapkan orang orang kafir akan menyokong dengan usaha kita mengajaknya.

Tidak dinafikan ada orang orang yang menyatakan yang mereka akan menyokong undang undang islam yang hendak didaulat oleh Pas itu. Akan tetapi kenyataan satu kumpulan (kumpulan penyokong Pas) di Kelantan itu, apakah ada kebenaranya sehingga kita boleh yakin.

Yang peliknya, presiden Pas datuk seri Abdul Hadi Awang masih tidak boleh menilai status qua orang kafir di atas muka bumi Allah ini sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa status qua orang orang menetapi apa yang telah di jelaskan Allah pada 120 surah Al Baqarah.

Apa pun redha dengan kafir maka kita jadi kafir. Inilah yang sepatutnya kita ambil kira walaupun dalil Allah memerintah Musa AS pergi dakwah Fira’un.

Dan sejarah telah membuktikan Musa AS dikepung dan lari untuk menyelamatkan diri yang akhirnya Allah menyelamatkan pengikut Nabi Musa dengan makjizat sebatang tongkat membelah laut Merah sebagai laluan perangkap maut pauk puak Fira’un.

Oleh itu, bagi penulis ajak orang orang bukan islam (kafir) sokongan undang undang Islam macam kita mengajak kanak kanak yang tidak tahu apa apa tentang politik dan agama sebaliknya ia adalah suatu usaha yang tidak masuk akal.

orang kafir ajak orang orang Islam tolok undang undang islam memang masuk akal, kerana umat Islam terbahagi kepada 73 puak. cuma satu puak sahaja yang diterima iaitu yang ikut ajaran Rasulullah SAW manakala 72 puak lagi tidak diterima keislmannya.

Ada umat Islam yang redha dengan kafir sedangkan apabila redha dengan kafir maka kafirlah kita.demikian juga orang Islam yang amal politik suku agama suku juga jadi kafir tak payah masuk kristian.

Al Quran ada menyatakan bahawa ada umat islam pagi islam petang kafir dan sebaliknya.sejarah telah membuktikan kebanyakan orang umno bukan tak suka dengan undang undang Islam malah mereka menolak dan menentang tak mahu hudud.

Bukti sejarah dah ada orang islam yang saman undang undang Islam.Ini suatu yang amat lojik dan masuk akal. Inilah yang sedang diushakan DAP termasuk membeli orang Melayu kerana orang melayu memang boleh dan mudah di beli.

Pengajaran yahudi mengkhianati perjanjian dalam kerajaan Madinah yang diterajui Rasulullah SAW dan Yahudi mengkhianati perjanjian perjanjian demi perjanjian perjanjian dengan pemimpin palestin sejak 1948.



 

3 comments:

Keman said...

Memang tidak masuk akal....tapi utk yang kurang akal macam penulis laaaa...

Anonymous said...

Dollah..Ameno yg PAS nak kerjasama dan jadi penasihat tu terima hudud?..tak osah jadi bengong laa..

An Anonymous said...

Bagaimana pula seorg bukan islam yg jadi penunjuk jalan kpd Rasulullah dan Saidina Abu Bakr ke Mekah??..