Monday, February 27, 2012

Hotel FELDA Kuala Terengganu jual arak?

Penulis tidak terkejut apabila seorang tukang masaksalah sebuah hotel di Terengganu berkata Hotel FELDA Kuala Terengganu jual Arak.

Akan tetapi ibu pada tukang masak yang penulis maksud terkejut besar.Barangkali dia terkejut , kerana Hotel FELDA tersebut milik peneroka Melayu Islam.

Kalau Hotel milik orang kafir lain pula ceritanya. Ini hotel milik orang Melayu beragama Islam yang tak harus berurus niaga dengan benda haram ibu segala kejahatan itu.

Terkejut memang terkejut. Bayangkan Hotel FELDA Kuala Terengganu itu milik peneroka FELDA berbangsa Melayu dan beragama islam seluruh Negara.

Sesungguhnya Pasti pemegang saham dan faedahnya yang walaupun kecil tetap diberikan kepada semua peneroka.

Tiada seorang peneroka pun yang memikirkan wang yang diberikan kepada mereka itu halal ke, haram ke, kerana pengerusinya tak ambil kisah pasal hukum hakam yang ditetapkan Allah.

Yang penting bagi pemimpin kerajaan atau organisasi sekarang mementingkan habuan berbanding halal haram dalam ajaran Islam.

Pendek kata hari ini orang Melayu yang mengaku beragama islam, dapat duit OK,halal haram belakang kira. Inilah perangai orang Melayu .

Monday, February 20, 2012

PNB di paksa menjual asetnya?

Sekarang ini perdana manteri satu Malaysia telah membuat tawaran kepada bumiputra yang mampu membeli aset PNB.

Mengapa perana menteri satu Malaysia berbuat demikian? Sudah tentu PNB bermasalah dalam urusniaganya.

Kalau tiada permasalahan mana mungkin asset PNB akan dijual. Pasti ada benda yang tak kena dengan urusniaganya.

Kita masih belum lupa dengan apa yang terjadi pada GLC yang begitu banyak dijual,termasuk bangunan MAS Malaysia airline.

Dulu Mas telah di jual kepada Tan Sri Tajuddin Ramli. Lepas itu dijual balik kepada kerajaan dengan harga yang tinggi.

Sangat mustahil perdana menteri Malaysia nak khianat pada PNB, kerana sudah ada saham satu Malaysia ciptaannya sendiri.

Mustahil jugak tak mahu PNB kerana ia ciptaan Tun Mahathir Mohamad yang ada peranan untuk menjatuhkan kerajaan yang di terajui Datuk Seri Mohd najib Razak.

Penuliis dah buat kesimpulan, PNB sedang berhadepan dengan pelbagai masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan.

Masalah utama ialah masalah hutang Bank yang begitu besar macam saham Darul iman kerajaan Terengganu.

Hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan begitu berat. Berat mata memadang, berat lagi bahu menikul.

Demikian juga apa yang berlaku pada PNB yang kelihatan sedap dan lunak membayar dividennya kepada pelabur. Tapi hutang Bank sangat besar.

Namun demikian, bukan PNB sedang dipaksa malahan PNB terpaksa menjual asetnya kerana terlalu besar untuk memikulnya.

Begitu silap mata yang dilakukan oleh perdana menteri satu Malaysia. Ada orang kata ia untung besar.

Memang tak sapat dinafikan PNB mendapat untung yang besar tapi untung itu adalah untung atas kertas yang akaunnya berwarna merah. Jauh sekali akan bertukar warna.

Percayalah.

Tuesday, February 14, 2012

Wang RM500 yang dibayar kepada isi rumah Haram?

Musyidul Am PAS Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pasti tidak berani menghukum wang RM 500 itu adalah “Rasuah”.

Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menjadi menteri besar Terengganu pernah mengatakan wang ehsan yang di beri kepada rakyat Terengganu dianggap halal.

Manakala Nik Aziz baru baru ini menggalakkan rakyat Kelantan mengambil wang bantuan isi rumah dan berkata, isi borang. ambillah. Bermakna ia bukan rasuah dan halal dari segi agama Islam.

Bagaimana kalau penulis menghukum ianya “rasuah” dan “haram”. Mengapa tidak? Sebab Perdana menteri satu Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak,telah berkata, “tuan tuan kena tolong saya”.

Kata kata yang berbunyi: tuan tuan kena tolong saya jelas ada niat dan tersurat serta tersirat ia jadi rasuah? Ia adalah rasuah dan haram jika mengundi UMNO/BN.Biar pun pihak kerajaan mengatakan ia bukan rasuah.

Bagi penulis barang siapa yang mengundi umno/BN ia jadi rasuah dan haram hukumnya, atas sebab perdana menteri berkata, tuan tuan kena tolong saya.

Bagi penulis Rakyat Malaysia kena akur dengan slogan yang berbunyi: “Rasuah adalah jenayah, maka jangan memberi dan jangan menerima.

Sekarang ini seramai 3 juta isi rumah telah menerima wang bantuan RM500 itu yang diberi (dibayar) oleh pihak kerajaan yang memerintah Negara ini.

Menurut laporan, seramai 4 juta isi rumah yang memohon. Hanya 3 juta saja yang layak dan sudah pun dibayar. Bermakna 1 juta yang tak layak menerima bantuan tersebut.

Penulis dimaklumkan bahawa Kerajaan berhasrat untuk membayar wang bantuan RM 500 ini pada 5 juta orang.Buktinya, Ia telah dilanjutkan masanya pada bulan MAC ini, Maka ada 2 juta orang lagi yang layak dan perlu dibayar dalam masa terdekat ini.

Seramai 3 juta orang yang menerima bantuan RM 500 masih menganggap dirinya tidak menerima rasuah, manakala pihak kerajaan mengatakan ia bukannya rasuah. Yakah begitu?

Akan tetapi berdasar kata kata perdana menteri 1 malaysia Mohd Najib yang berbunyi: tuan tuan kena tolong saya ini sudah boleh dikategorikan ia adalah rasuah.Perkataan “kena tolong saya” mengambarkan mereka yang menerima wang itu mesti undi umno/BN.

Dengan kata lain, Ia adalah suatu sogokan atau suapan kepada isi rumah untuk mengundi UMNO/BN dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bagi sesiapa yang menerima dan membeli apa saja barangan hatta tak termasuk makanan dan minuman sekalipun ia belum boleh dikatakan haram lagi kerana belum lagi mengundi mengundi umno/BN.

Apabila sampai saat dan ketika mengundi, mereka yang menerima bantuan wang RM 500 itu mengundi Umno/BN maka dia adalah rasuah dan haram (berdosa besar).

Ini adalah pendapat penulis berdasar ilmu agama yang sedikit.Biar pun Musyidul Am dan Presiden PAS tak berani buat fatwa, tapi penulis berani mengatakan wang RM 500 itu haram hukumnya jika menangkah umno/BN dalam PRU 13 nanti.

Wednesday, February 8, 2012

Dr Hassan Ali tetap popular?

Saya dengar dan amat amati cakap cakap kebanyakan orang PAS bahawa pemecatan Dr Hassan Ali memberi kesan nagetif.

Memang ia nagetif. Ini di akui sendiri oleh Presiden PAS Tun Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tapi nagetifnya kecil.

Anda mungkin setuju jika saya kata nagetifnya kecil sangat. Kata kata kecil sangat bukan kata ka ta Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mahu mengundurkan diri itu.

Perkataan kecil sangat itu keluar dari hati nurani penulis berbanding dengan kes kes lain sebelum ini.

Pucuk kepimpinan PAS kena ingat Dr Hassan Ali itu bekas Naib presiden dan seorang tokoh motivasi yang sangat popular.

Dan popularity begitu ketara, malahan ada persamaan dengan tokoh tokoh politik Negara, termasuk Tun Mahahtir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesetengah mengatakan pemecatan Dr Hassan Ali tak sama dengan pemecatan 12 orang Dewan Harian PAS, termasuk Datuk Asri Muda.

Lihat ceramah nya. Puluhan ribu datang mendengar. Bermakna beliau masih popular dan ada penyokong dan member kesan nagetif yang bukan kecil.

Maaf ya. Tulisan ini bukan pendapat penulis. Isinya penulis pungut dari cakap cakap orang PAS bahawa ia member kesan nagetif yang tak kurang hebatnya.

Penulis masih ingat ceramah perdana di Pulau Babi Terengganu 13 belas tahun lepas. Bukan puluhan ribu yang hadiri,malahan ratusan ribu.luar biasa.

Oleh itu jangan pandang ringan dengan pemecatan yang dilakukan pada Dr Hassan Ali. Beliau masih ada pengaruh.

Ini kata kata bekas kakitangan awam kerajaan Malaysia. Mungkin beliau penyokong Dr Hassan Ali yang dianggap Presiden PAS sebagai nagetif kecil itu.

Kalau nagetif kecil mana mungkin ceramah Anwar Ibrahim di Sabak Bernam kurang sambutan, sedangkan sebelum ini ceramahnya pasti mendapat sambutan yang menggalakkan.

Thursday, February 2, 2012

Umno/BN kalau nak tawan Kelantan kena ikut cakap Ibrahim Ali

Pada saya perdana menteri 1 Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak kena dengar cakap Ibrahim Ali.

Kalau benar benar berhasrat hendak lawan Kelantan,sekali lagi saya katakana umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali.

Perkara ini pernah disebut Ibrahim Ali calon yang akan diletak bertanding pada musim pilihanraya umum ke 13 nanti mestilah calon yang dilihat bersih.

Hal ini pernah juga disebut sebut oleh perdana menteri 1 malaysia iaitu calon umno/BN kali ini mestilah boleh menang.

Calon boleh menang yang dimaksudkan oleh Mohd najib Razak itu tidak lain dan tidak bukan ialah calon yang dilihat bersih sepertimana disebut oleh Ibrahim Ali itu.

Lihat Ibrahim Ali. Dia dilihat sebagai calon yang bersih. Sebab itu dia boleh menang bertanding ahli parlimen Pasir Mas musim pilihanraya umum ke 12 dulu (2008).

Semasa berada Dalam umno dulu Ibrahim Ali dilihat tidak bersih. Sebab itu ia kalah pada calon PAS ketika bertanding di Parlimen Pasir Mas.

Bukan setakat itu saja malahan beliau sangat kotor dan buruk sehingga umno memecatnya.

Nasib baik Nik Aziz ambil dan membersihkan kotor dan buruk yang ada pada dirinya dengan menggunakan colorap ciptaan PAS.

Tidak lama kemudian Ibrahim Ali buat hal dan dianggap sesetengah pucuk kepimpinan PAS sebagai katak.

Ibrahim Ali setuju jenama itu lantas berkata dia adalah “katak emas” yang masih ada harga diri dan mahal nilainya.

Atas sebab itu saya sarankan umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali jika nak tawan Kelantan.

Calon yang dilhat bersih hari ini salah seorang daripadanya ialah Ibrahim Ali sendiri yang masih dilihat bersih.

Lebih lebih lagi beliau kini presiden PERKASA yang hala tujunya ialah memperjuangkan hak melayu di Negara 1 malaysia ini.

Setakat hari ini saya tak nampak ada orang lain yang dilihat bersih selain diri Ibrahim Ali. Oleh itu ia sangat layak jadi calon tajaan umno/BN.

Calon calon umno/BN yang akan diletak bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kena belajar dan berguru dengan Ibrahim Ali macam mana nak jadi calon yang dilihat bersih.

Kalau dulu calon yang dilihat bersih oleh Tun Mahathir mereka yang sujud dan mencium tangannya. Tun Abdullah Ahmad Badawi besar kemungkinan berbuat demikian, sebab itu pilihanraya umum ke 12 BN kalah teruk dan menafikan 2/3.

Kali ini gelaran Mohd Najib Razak pula.Kalau nak tawan Kelantan kata Ibrahim Ali kena letak calon yang dilihat bersih.

Jadi untuk Umno/BN nak menang mudah dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kena letak calon yang dilihat bersih.