Penulis tidak terkejut apabila seorang tukang masaksalah sebuah hotel di Terengganu berkata Hotel FELDA Kuala Terengganu jual Arak.
Akan tetapi ibu pada tukang masak yang penulis maksud terkejut besar.Barangkali dia terkejut , kerana Hotel FELDA tersebut milik peneroka Melayu Islam.
Kalau Hotel milik orang kafir lain pula ceritanya. Ini hotel milik orang Melayu beragama Islam yang tak harus berurus niaga dengan benda haram ibu segala kejahatan itu.
Terkejut memang terkejut. Bayangkan Hotel FELDA Kuala Terengganu itu milik peneroka FELDA berbangsa Melayu dan beragama islam seluruh Negara.
Sesungguhnya Pasti pemegang saham dan faedahnya yang walaupun kecil tetap diberikan kepada semua peneroka.
Tiada seorang peneroka pun yang memikirkan wang yang diberikan kepada mereka itu halal ke, haram ke, kerana pengerusinya tak ambil kisah pasal hukum hakam yang ditetapkan Allah.
Yang penting bagi pemimpin kerajaan atau organisasi sekarang mementingkan habuan berbanding halal haram dalam ajaran Islam.
Pendek kata hari ini orang Melayu yang mengaku beragama islam, dapat duit OK,halal haram belakang kira. Inilah perangai orang Melayu .
1 comment:
Dividen yang dibayar olih KPF,adalah tinggi setiap tahun , kerana hasil daripada menjual arak di Hotel Felda, Kuala Trengganu dan penjualan minyak sawit kepada YAHUDI Isreal.Pendapatan hasil jualan adalah HARAM.
Post a Comment