Tuesday, December 20, 2011

Kalau rakyat macam Nik Aziz tak apalah

Saya pernah kata pada Ustaz Harun Taib kalau rakyat Terengganu macam “ustaz” sudah lama umno tersungkur.

Yang payahnya hanya 10 pertus saja rakyat Terengganu macam ustaz Harun Taib. Sebab itu PAS sukar untuk menang dalam musim pilihanraya umum.

Telah ditakdirkan menang dalam musim pilihanraya umum ke 10 (1999) tak panjang usianya miskipun banyak insentif di usahakan.

Dua tiga hari ini Datuk Nik Aziz Nik Mat menteri Besar Kelantan pula yang minta rakyatnya isi borang bantuan RM 500. Dengan kata lain isi, jangan tak isi. Satu lagi isi tapi jangan tak hantar.

Barangkali Datuk Nik Abdul Aziz yakin rakyatnya yang menerima bantuan itu nanti akan undi PAS juga dalam pilihanraya PRU 13 nanti.

Wang RM 500 bukan macam sekapit gula satu helai kain pelekat yang sah tidak boleh tergoda dan ternoda.

Bayangkan wang RM 500. 50 peratus rakyat Kelantan pasti tergoda dan ternoda lantas membuat perhitungan bahawa orang tak tahu undi yang diberi.

Barangkali Datuk Nik Aziz Nik Mat lupa dengan apa yang pernah berlaku pada pilihanraya umum ke 11 (2004) yang mana kerajaan yang diterajuinya hampir hampir tumbang dek bantuan RM 600 satu kepala.

Kerajaan PAS Terengganu gugur hanya dengan wang sebanyak RM 300 setiap kepala. Bantuan RM 500 jangan pandang ringan dan jangan buat mudah.

Bukan setakat itu saja malahan menteri besar waktu Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru rakyatnya ambillah wang itu, ia tak haram.Tun Salleh Abas berkata wang ehsan itu adalah haram.bermakna tak boleh ambil dan jangan ambil.

Ingat jangan samakan kita dengan rakyat. Kefahaman pemimpin dengan jauh macam langit dan bumi. Pemimpin reti rakyat tak reti.Oleh itu jangan sekali kali buat mudah dalam perkara sogokan kerajaan kepada rakyat.

Ratus, ratus. jatuh, ribu, ribu. mata jadi kelabu dan juta, juta mata dan hati jadi buta.Wang jangan main main.

Ia bukan macam kain pelekat dan gula apabila ambil, undi tetap undi PAS juga kerana apalah sangat harga sekapit gula dan sehelai kain peletak. Tapi ini wang lima ratus ringgit.Bayangkan.

Ini wang RM 500 yang boleh mengubah fikiran rakyat dalam memilih kerajaan. Namun. Ingat rakyat Kelantan bukan macam Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kena ingat juga satu kajian yang dibuat oleh institut penyelidikan belia Negara bahawa 50 peratus remaja di Malaysia ini suka pada suapan iaitu rasuah.

Oleh itu, Nik Aziz dan sura ulamak harus buat sesuatu semoga rakyat Negara ini termasuk rakyat Kelantan tidak tergoda dan ternoda dengan kata kata tak apa ambillah.

Jangan anggap rakyat Kelantan macam NIK Aziz sudahlah.

2 comments:

Anonymous said...

kalau bijak dgn rm500 tuu tak akan dapat beli maruah seorang pengundi,ini menunjukkan org melayu masih tidak bijak dan senang ditipu........ tidak boleh beza wang rakyat dengan wang parti....

Anonymous said...

pendekatan tg nik aziz betul. tapi kita hendaklah memberi kefahaman kepada rakyat bahawa wang tersebut adalah wang kerajaan (baca wang rakyat), bukan wang umno. itu saja.