Setakat ini 900 aduan politik wang telah diterima oleh lembaga disiplin Umno.Ianya telah dijelaskan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.
Dalam pada itu, Tengku Ahmad Rithauddeen, meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang.
Ianya disifatkan paling serius berbanding sebelum ini yang dikatakan sudah parah dan membarah itu walaupun sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang.
Malang sekali kerana dalam permilihan tahun ini lebih banyak aduan diterima berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu yang membabitkan Tan Sri Isa Samad yang menang jawatan naib presiden Umno di gantung keahliannya selama tiga tahun
Datuk Seri Mohd najib Razak dalam ucapan ketika merasmikan mesyuarat agung bahagian Umno Pekan berkata bahawa ada aduan palsu yang dibuat oleh orang yang tidak bertangungjawab semata mata untuk menjatuhkan seseorang.
Kenyataan seumpama itu mengambarkan bahawa 900 aduan politik wang di terima oleh lembaga disiplin Umno yang di pengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen itu tidak semuanya betul dan boleh dijadikan asas kerana ada yang palsu.
Yang peliknya macam mana Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh buat kenyataan dan sudah mengetahui adanya aduan palsu, sedangkan pihak lembaga disiplin Umno belum menyiasat lagi.
Ini menunjukan bahawa kenyataan yang dibuat itu semacam ada perkara yang tak kena “tersurat” dan yang tak kena “tersirat” yang seolah olah membabitkan dirinya sendiri.Kalau tidak mana mungkin beliau bercakap demikian.
Zaman Tun Dr Mahathir Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak dibenar menyiasat politik wang dalam Umno. Tetapi zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat.
Ini menunjukkan Umno tidak bersungguh sungguh membenteras rasuah politik sepertimana disebut oleh Dr Rais Yatim. Dengan kata lain para pemimpin Umno sememangnya tidak mahu rasuah politik dihapuskan.
Mengapa Tun Dr Mahathir tidak membenarkan BPR menyiasat dan mengapa Datuk Abdullah Ahmad Badawi membenarkan?
Pelbagai andaian timbul. Oleh kerana politik wang dalam Umno sudah menjadi amalan para pemimpin Umno, hatta diperingkat ketua cawangan sekalipun. Apa tah di peringkat yang lebih tinggi.
Sudah begitu ramai para pemimpin umno yang dikenakan tindakan sama ada di gantung keahliannya dan dipecat. Termasuk Naib presiden Umno Datuk Seri Isa Samad dan ketua Umno bahagian Kota Baharu Datuk Zahid Ibrahim.
Beberapa orang para pemimpin Umno peringkat negeri dan bahagian di pecat, termasuk Ketua pemuda Bahagian Setiu dipecat, tetapi masih aktif dalam Umno.
Disini dapatlah kita buat kesimpulan mengapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat politik wang dalam Umno dan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya.
Barangkali Tun Dr Mahathir tidak mahu kehilangan para pemimpin, terutama sekali kroni-kroninya. Kalau kroninya tiada sudah tentu tiada lagi kekuatannya. Itulah bentang presiden Umno dan perdana menteri.
Sebab itu Tun Dr mahathir boleh tahan lama selama 22 tahun menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Tun Hussein On tidak tahan lama lama dek kerenah Tun Dr Mahathir.
Tun Musa Hitam tidak tahan lama jadi timbalan perdana menteri dan mungkin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga demikian. Jika pelan peralihan kuasa yang diakan dibuat pada tahun 2010 telah berubah tarikh kepada Mac 2009 maka usia menjadi perdana menteri ke lima ini hanya lebih kurang enam tahun sahaja masanya.
Atas sebab itulah beliau mahu supaya BPR menyiasat politik wang dalam Umno dengan berkata wang bukan jadi ukuran dan ia bukan pemimpin yang tulen.Apa ada pada ketulenan jika tiada iman.
Tulen juga bukan jadi ukuran. Tapi nampaknya wanglah yang menjadi ukuran para pemimpin umno. Sebab itu politik wang semakin membarah. Mereka tidak peduli akan tindakan yang akan dikenakan.
Yang penting bagi mereka dunia politik adalah tempat yang boleh mereka jadi Rayaraya. Malah dalam politik mereka dapat kumpul harta. Sejarah telah membuktikan kebanyakan orang politik jadi jutawan.
Satu penggal sahaja jadi wakil rakyat, ahli parlimen, Exco, timbalan menteri dan menteri. Apa tah lagi jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Mereka ini memiliki harta bertimbung timbung.
Kalau diperingkat negeri seorang wakil rakyat biasa yang baru sahaja satu penggal sudah ada rumah mewah yang berharga jutaan ringgit kereta Mercedes E200 komposser. Seorang Exco sudah ada istana dan berpuluh-puluh buah kereta mewah.
Jika dilihat eposid ini mereka seolah-olah tidak ingat yang mereka akan mati dan ditanya apa perihal kehidupan diatas muka bumi yang semantara ini. Mereka solah-olah tidak takut dengan azab yang dijanjikan.
Mereka seolah-olah tidak kenal halal dan haram.Kalau mereka kenal akan halal haram dosa pahala dan syurga neraka, mana mungkin mereka tergamak beramal dengan politik wang.
Kita sebagai orang Islam, yang boleh menyelamatkan kita ialah agama kita. Politik wang tidak dilarang oleh mana mana peribadi. Apa tah lagi hawa nafsu. Sebab itu Allah melarang manusia menggunakan hawa nafsu.
Hari ini nampaknya bukan orang biasa sahaja yang menggunakan “hawa nafsu”, malah alim ulama’ pun turut menggunakan “hawa nafsu”. Apa tah lagi para pemimpin Umno yang tolak Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Mereka ada hujah dan segala amalan yang mereka lakukan itu juga ada asasnya, kerana ada ulama’ yang jadi setan bisu dalam perkara halal haram, dalam perkara dosa pahala.
Malah ada ulama’ di Malaysia ini yang berpegang tidak pernah solat seumar hidup pun, tidak pernah keluar zakat seumar hidup pun, tidak pernah puasa seumar hidup pun, tetapi mereka mengucap dua kalimah syahadat mereka tetap seorang Islam dan ada cam masuk syurga.
Dimana letaknya hadis Rasulullah SAW yang menyatakan “tinggal solat dengan sengaja kafir”. Jadi bagaimana pula untuk menghapus amalan politik wang yang membarah itu.
No comments:
Post a Comment