Penulis diberitahu kebanyakan rumah PPRT di Kuala Terengganu telah disewakan atau dengan kata lain dijadikan rumah sewa.
Kata sahabat penulis yang datang raya tidak lama dahulu, Apabila ada orang tidak puashati dengan amalan itu, maknanya salahlah tu dan harus dikenakan tindakan.Malah ada yang cadang supaya rumah itu ditarik balik
Soalnya siapakah yang akan ambil tindakan jika tiada aduan dibuat? Badan pencegah Rasuah tidak akan menyiasat jika tidak ada aduan. Ini telah dinyatakan sendiri pengarah BPR Terengganu.
Jadi bagaimana hendak dibuat. Salahkah mereka yang dapat rumah PPRT menyewakan rumah mereka.Salah atau tidak akan ditentukan setelah didakwa di mahkamah.
Walaupun ada yang menganggap memang salah dari segi prosedurnya, kerana rumah itu diberi oleh kerajaan untuk dijadikan tempat kedimanan kepada orang yang tidak ada rumah untuk di diami dan bukan untuk dijadikan rumah sewa.
Memang betul, tetapi ada yang dapat rumah tidak cukup wang sara hidup harian sehingga membebankan.
.Ada juga yang mengatakan tidak salah, kerana itulah salah satu kaedah dan sumber untuk mereka yang termiskin membebaskan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Salahkah mereka berbuat seumpama itu.
Kata sahabat penulis, masa kan tidak, rumah itu adalah untuk orang miskin yang tidak ada rumah dan khsusus untuk memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Betul, itulah tujuan asal kerajaan dan adalah sangat tidak patut rumah untuk kediaman mereka yang miskin dijadikan rumah sewa. Fikir punya fakir ada baik juga mereka berbuat demikian.
Penulis setuju bahawa ianya bagus dan tidak salah, malah itu adalah suatu tindakan yang bijak dan baik kepada orang miskin. Tambahan pula sekurang-kurang kaedah itu boleh mendatangkan hasil tambahan untuk membebaskan mereka yang sangat terbeban kerana harga barang walaupun sudah mulai turun, tetapi masih mahal.
Apa yang dilakukan itu suatu tindakan bijak. Lebih-lebih lagi mereka yang menyewakan rumah yang diberi oleh kerajaan itu jelas ianya adalah “kail” yang boleh menbebaskan orang miskin daripada kepompong kemiskinan.
Sebab itu pihak kerajaan Terengganu yang sudah sedia maklum akan hakikat itu terpaksa berdiam diri walaupun ada banyak menerima aduan mengenainya.
Inilah kaedah terbaik untuk membantu orang miskin, berbanding memberi bot dan enjin kepada para nelayan yang kebanyakannya disalahgunakan oleh penerima.
Mengapa? Kebanyakan bot yang diberi kepada para nelayan dijual dan ada yang dicadangkan supaya memohon semula untuk mendapatkan kali kedua atau kali ketiga.Kita tidak tahu dimana silapnya.
Pihak kerajaan nampaknya setakat hari belum mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian, walaupun Menteri besar Datuk Ahmad Said sudah menyuarakan agar penipu dikenakan hukuman.
Siapakah yang akan mengambil tindakan? Hendak mengharapkan BPR sudah tentu tidak boleh, walaupun Menteri Besar sendiri yang menyuarakan agar mereka yang menipu itu dihukum.
Bagaimana mereka boleh dihukum sedang ini telah dijelaskan sendiri oleh pengarah Badan pencegah Rasuah Terengganu, Sharudin Sapian yang meminta mana mana individu yang mempunyai maklumat mengenai sebarang penyelewengan tampil membuat aduan.
Jadi, apa pun orang miskin mahu tidak mahu mesti kena bantu agar mereka bebas daripada kepompong kemiskinan.
Mereka menipu kerana ada orang yang ajar mereka. Sebab itu sehingga hari ini usaha kerajaan untuk membasmikan kemiskinan masih buntu dan jauh untuk mencapai kejayaan.
Cuba bayangkan, orang menylahgunakan wang sebanyak RM43 juta diperuntukan untuk membasmi kemiskinan di KETENGAH suatu masa dahulu melalui kemneterian luar Bandar. Setelah dijatuhkan hukuma penjara lima tahun dibebaskan oleh mahkamah tinggi. Bermakna mereka tidak bersalah.
Apa sudah jadi dengan wang rakyat sebanyak itu. Bebaskah mereka yang hidup dibawah kepompong kemiskinan?
Kalau mereka itu sudah bebas mana mungkin bantuan kemiskinan di peruntukan lagi selepas itu. Malah ianya akan diperuntukan lebih banyak lagi.
Jadi, apa salah jika rumah PPRT yang diperi kepada orang jelas miskin itu disewakan untuk mendatangkan hasil tambahan. Lebih-lebih lagi kebanyakan mereka di hantui kenaikan harga barang.
Apabila penulis menyokong tindakan seumpama itu ada pula yang marah marah. Mereka marah kerana tidak faham kedudukan orang miskin. Mereka kadang kadang ada yang makan sekali sehari.
Cuba anda bayangkan betapa seksanya hidup kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu dapat makan.
Atas sebab itulah mereka bertindak nekad untuk menyewakan rumah yang mereka dapat dan tinggal bersama ibubapa mereka, walaupun kurang baik ramai serumah. Tetapi apa boleh buat itulah nasib mereka.
Datuk Ahmad Said yang mahu supaya penipu ini dikenakan hukuman harus berfikir semula. Lebih-lebih lagi mereka itu merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional (BN) yang senonim dengan “barang naik”.
Kalau mereka dihukum, siapa lagi yang boleh diharapkan. Fikir fikirlah. Kena ingat pada orang miskin. Mereka lakukan itu semata mata atas desakan atau dengan kata lain “darurat”.
Seorang sahabat penulis yang berkunjung kerumah penulis baru- baru ini marah marah dan berkata: “ lazimnya…mereka yang dapat rumah PPRT sudah tentu mereka yang benar-benar miskin”.
Memang betul, tetapi kita kena ingat ada juga yang makan gaji yang dapat rumah PPRT.
Sahabat penulis tadi menyapuk: “ orang macam itulah yang sewakan rumah PPRT yang dia dapat.”
Kita juga kena inga, itu hak mereka – mereka boleh buat apa yang mereka suka asalkan ianya mendatangkan hasil tambahan untuk menampong sara hidup yang semakin semakin membebankan kini.
No comments:
Post a Comment