Mengikut peruntukan hukum syarak yang disebut di dalam Al Quran dan hadis dan yang dikuatkuasakan dalam undang undang syariyah atau undang undang qanun jenayah syariyah bahawa penjenayah penjenayah yang didakwa dibawah kes jenayah syariyah apabila sabit kesalahannya didalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta’zir.
Hukuman hudud adalah hukuman yng telah ditentukan dan ditetapkan Allah dalam Al Quran dan hadis. Hukuman hudud adalah hak Allah yang tidak boleh di tukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubahsuai dan di panda. Oleh itu, hudud bukan hak manusia maka tidak wajar untuk menghalang pelaksanaan yang hendak dan akan dilaksanakan kerajaan Kelantan itu.
Lebih lebih lagi, hukuman hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun, hatta Ahli jawatankuasa PAS Pusat yang dikatakan tiada seberang perbincangan dilakukan oleh kerajaan Kelantan dengan PAS Pusat pasal pelaksanaan hudud yang akan dilaksanakan di negeri yang diperintah PAS Selama 24 tahun itu.
Mengapa? kerana mereka yang melanggar aturan aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebutkan didalam Al Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang orang yang zalim sepertimana firman Allah yang bermaksud: “Dan sesiapa yang langgar aturan aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang orang yang zalim” (surah Baqarah ayat 229)
Firman Allah yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang orang yang kafir” (surah Al- Maidah ayat 44)
Friman Allah yang bermaksud: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang orang zalim” (surah Al- maidah ayat 45)
Firman Allah yang bermaksud: “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan leh Allah, maka mereka itulah orang orang yang fasik” (surah Al- Maidah ayat 47).
Sesungguhnya hukum hudud menjadi wajib dilaksanakan tanpa memerlukan sokongan mana mana pihak sepertimana yang di minta oleh sebahagian para pemimpin PAS pusat yang mengharapkan agar ianya mendapat sokongan dari Parti keadilan rakyat dan DAP.
Yang paling tidak patut, ialah menganjurkan DAP jangan menghalang dan hendaklah bertolak ansur serta diminta jangan menentang dan hendaklah menghormati PAS yang akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.Yang peliknya DAP mati matian mahu kalimah Allah, hudud ditolaknya. Pasti sememangnya ada agenda besar sebalik penggunaan nama Allah dalam Bable Bahasa Melayu.
Kita sedia maklum bahawa kesalahan kesalahan yang wajib dikenakan hukum hudud ialah berzina iaitu melakukan hubungan jenis suka sama suka tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak. Lebih lebih lagi berzina tidak ada dalam undang undang sivil yang nyata dan jelas tiada sebarang pencanggahan yang boleh membuat hukuman yang diputuskan mahkamah syariyah Kelantan terbatal dan tidak sah.
Kesalahan menuduh orang berzina (qazaf) iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi juga boleh dilaksanakan kerana ia tiada kaitan langsung dengan undang undang sivil
Kesalahan minum arak atau meminum minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, walaupun ia ada dalam undang undang sivil tetapi dakwaan boleh dilakukan apabila mereka yang minum arak itu mabuk dan mengganggu khalayak ramai, sedangkan hukum hudud bertujuan untuk menjaga akal manusia dan wajib dilaksanakan atas sebab perintah Allah.
Kita percaya untuk mensabitkan mereka yang melakukan zina sangat sangat payah, kerana ia memerlukan empat orang saksi yang adil ia itu saksi saksi itu mestilah orang orang yang tidak terus menerus melakukan dosa kecil.Saksi itu kena lihat zina yang dilakukan mereka macam keris masuk dalam sarungnya baru boleh diterima kesalahan dan disabitkan.
Mengandung tidak boleh dijadikan bukti yang mereka itu melakukan zina, pada hal mengandung itu sah dan nyata jika mereka tiada suami macam mana boleh hamil. Sebaliknya pengakuan ikrar diri sendiri dari mereka yang berzina adalah syarat mereka boleh dijatuhkan hukuman hudud,Akan tetapi Rasulullah SAW enggan menerima pengakuan ikrar diri sendiri kali pertama yang dibuat mereka yang terbabit.
Ini menujukkan betapa halusinya untuk melaksanakan hukum hudud terhadap kesalahan zina yang mendapat halangan besar di Malaysia yang mengaku Negara ini adalah Negara Islam, termasuk sebahgian para pemimpin PAS pusat yang pernah didedahkan Lim Kit Siang yang mengatakan ada orang islam sendiri yang belum sedia dan tidak mahu kepada hukum hudud dilaksanakan..
Apakah pelaksanaan hudud (hak Allah ) ini memerlukan sokongan mana mana pihak. atau memerlukan sokongan manusia lain selain daripada kerajaan yang diberi kuasa memerintah negari dan negara.Persoalan tiada perbincangan dengan PAS pusat tidak jadi syarat langsung untuk melaksanakan hudud di Negeri Kelantan.
Adakah ahli jawatankuasa pas pusat lebih besar daripada Allah atau kuasa Allah lebih rendah berbanding dengan kuasa Ahli jawatankuasa PAS Pusat.Allah yang perintah kita melaksanakan hudud. Hudud bukan hak manusia, hudud adalah hak Allah. Adakah patut kita kena dengar atau dapat sokongan ahli jawatankuasa pas pusat.
Siapakah sebenarnya ahli jawatakuasa pas pusat. Mereka manusia biasa yang tidak bebas daripada melakukan dosa, termasuk ramai yang masih melakukan dosa besar. Amat malang sekali jika ada yang tak mahu hudud dilaksanakan.Hudud itu adalah hak Allah dan perintah Allah.
Hudud boleh ditangguhkan sepertimana dizaman Saidina Omar, atas sebab suasana msyarakat berada dalam kebuluran.Yang peliknya macam mana ada orang PAS sendiri yang tidak setuju dan sokong hudud dilaksanakan Kelantan, sedangkan hudud adalah
Dasar PAS yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Apatah lagi DAP yang tiada kaitan langsung dengan hukum hudud. Pakatan rakyat sudah nyatakan bahawa hukum huduh itu bukan dasar pakatan rakyat (Jawab Azmin Ali menteri besar Selangor). .Perlukah sokongan PR baru boleh laksanakan hudud.Perlukah sokongan atau restu ahli jawatankuasa PAS pusat baru boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan.
Apakah hak PR terhadap perintah Allah. Apakah hak DAP terhadap perintah Allah.Apakah hak manusia lain terhadap hukum hudud yang telah ditentukan dan tetapkan Allah berbanding kerajaan Kelantan diberi kuasa memerintah selama 24 tahun itu.
No comments:
Post a Comment