Wednesday, November 18, 2009

Tidak wajar kata Nik Aziz tidak ada cita duniawi

Zaid Ibrahim sebut yang Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan manusia yang tidak ada cita cita duniawi.

Atas sebab itulah dia cadangkan supaya Nik Abdil Aziz Nik Mat, musyidul Am PAS yang juga menteri Besar Kelantan selama 18 tahun itu sebagai ketua Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat (PR) setelah diterima oleh pendaftaran pertubuhan adalah merupakan gabungan tiga buah parti, PKR, PAS dan DAP yang akan bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti sama macam Barisan Nasional (BN) menggunakan satu loga.

Zaid Ibrahim cadang, ketuanya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, manakala Datuk Seri Anuari Ibrahim sebagai pengerusinya yang mempunyai kelayakan menjadi perdana menteri.

Saya difahamkan, Nik Aziz Nik Mat memang sangat layak jadi ketua Pakatan rakyat, kerana dia adalah seorang manusia yang tidak ada cita cita duniawi dan bersih dari segala kemungkaran.

Jika Nik Aziz tidak ada cita cita duniawi masakan beliau masuk politik yang akan mendaulatkan Islam apabila memerintah negeri dan Negara.

Melabelkan Nik Aziz sebagai manusia yang tidak ada cita cita duniawi satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, kerana seorang alim ulama tidak sama dengan “Rahib” atau “Pop Pol”.

Kalau Nik Aziz tidak ada cita cita duniawi apa guna beliau masuk dunia politik, sedangkan politik adalah kuasa yang akan melaksanakan syariat Allah sepertimana Rasulullah SAW memerintah negara Islam Madinah.

Pendek kata manusia mempunyai cita cita duniawi, hatta mereka itu Nabi dan Rasul sekalipun sepertimana Friman Allah yang bermaksud. Tidak aku jadi Jjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Tuhanya.

Mengabdikan diri juga berlaku diatas dunia ini, kerana dunia itu adalah jambatan kealam akhirat. Apa apa pun segala gala mesti bermula di dunia sebagai bekalan akhirat nanti setelah mati.

Namun sangat tidak wajar mengatakan Nik Aziz Nik Mat, tidak ada cita cita duniwi, sedangkan pada hakikatnya semua manusia ada cita dunia yang merupakan proses untuk persediaan ke alama akhirat nanti.

Solat. puasa, zakat dan haji dilaksanakan di atas muka bumi ini yang merupakan cita cita duniawi untuk menyelamatkan diri daripada dihumbangkan kedalam neraka dan di masukkan kedalam syurga.

Jika Nik Aziz Nik Mat di labelkan sebagai manusia yang tidak ada cita duniawi bagaimana pula dengan Zaid sendiri yang barangkali tidak ada cita cita akhirat yang bermakna tidak percaya dengan hari pembalasan sebab itu dosa dan pahala tiada perbezaan.

Barangkali halal haram juga tiada perbezaan, sebab itu mereka boleh saman hudud, makan riba dan rasuah serta mimun arak yang jelas melayakkan mereka masuk neraka dan tidak bau syurga.

Inikah difahamkan orang ada cita cita duniawi. Orang tidak ada cita cita duniawi tidak layak jadi perdana menteri. Kalau begitu mereka itu seolah olah jahil dengan hal kerajaan dan pentadbiran. Atau kerana mereka tidak pandai tipu, berbohong maka mereka tidak layak jadi pemerintah.

Yang layak jadi pemerintah mereka orang jahat, terbabit dengan skandal itu dan skandal ini, pengamal riba dan pegamal rasuah macam para pemimpin yang ada dalam uMNO/BN sekarang. Tidak kurang juga yang ada dalam PKR sekarang yang terpaksa lari dan keluar parti.

7 comments:

Aishah said...

KAU NI POYO GILABABI. JENIS MACAM NI YAN BUAT NEGARA PORAK PERANDA. PUTAR BELIT PADA PERKARA YANG SEBALIKNYA, PUTIR BELIT PADA PERKARA YANG AMAT TIADA MAKNA UNTUK DIPERDEBATKAN. UNTUK PENGETAHUAN KAU KAT MALAYSIA TU MEMANG TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT SEORANG SAHAJA YANG TERBAIK. LANTAK KAU LA NAK CAKAP APA PUN. MEMAG NIK AZIZ THE BEST IN MALAYSIA. YANG PERANGAI BABIMCAM KAU.

Anonymous said...

Apa yang di maksudkn cita2 duniawi disini iaitu tidak mengejar kebendaan.. kekayaan.. hanya sekadar keperluan..

ana said...

Islam tidak larang mencari kebendaan, tetapi mesti ikut lunas lunas islam.

Yang jadi kaya hari ini bahan harta orang, makan rasuah.

Kerja kerja tidak betul. Semua memerlukan kebendaan.

Lagi banyak lagi bagus tetapi hendak berbelanja kejalan Allah. Lagi besar pahala.

Derma sepuluh ringgit kalau ikhlas gandaan macam bukit Uhud.

Jika derma sejuta pun kalau tidak ikhlas habuk pun tidak ada.

Mengejar kebendaan tidak salah asalkan betul dan tidak dilarang oleh Allah.

Anonymous said...

masalah betui laa hang niii..!!!
hang faham dak bahasa melayu..mcm tu punya kiass paling senang pun tarak boleh faham ka??aiyaa..olang cina pun ble faham zaid cakap apa!!!aiyaa!!itu nik aziz pun cita2 duniawi mesti aalllaa..tapi bukan cita duniawi macam UMNO laaa..itu macam pun tarak ble beza ka..ha amik hangg..faham dak aku cakap apa..kut satgi putaq belit lak!!susah22!!benda camni pun nak wat polemik..!!!apa heyla!!

abdullahngah said...

Manusia hanya sedikit sahaja diberi ilmu,sebab itu mereka tidak faham semua maksud yang sebenar.

Sama ada tak faham atau salah faham entahlah. atau buat tak faham atau faham orang kafir mengenai islam.

Orang kafir faham islam, islam itu ganas. Tapi kita faham bahawa islam bagus tidak ganas.felaksibel.

Bagaimana kita faham perkataan Islam dan barat. Ada yang kata itu memang betul. Pada hal itu salah sama sekali.

Islam dan kafir baru betul, jika hendak buat perbandingan. Macam mana hendak banding Islam dengan barat, sedangkan barat ada juga ada orang islam. Di Amerika Syarikat ada orang islam. Amerika adalah barat. Tepat atau tidak bila sebut begitu.

Begitu juga dengan perkataan seimbang dunia dan akhirat. 50-50. Betul atau salah. Saya rasa salah dan sangat salah dan tidak lojik sama sekali.

Kalau begitu apa yang dilakukan oleh manusia diatas muka bumi terbahagi kepada dua bahagian,boleh buat jahat kerana tidak ada kenan dengan akhirat. Maba boleh tidak ada kena mengena dengan akhirat.

sedangkan dunia ini adalah jambatan akhirat yang apabila dibuat di dunia ini akan dapat di akhirat nanti.

orang Buat jahat dapat balasan neraka dan orang buat baik dapat balasan syurga.Itulah janji Allah dalam Al Quran.

Orang Islam bukan macam orang kafir tidak percaya pada hari akhirat, sebab itu ada yang berkata buat apa apa semasa dunia ini, mati kemudian kira.

itu fahaman orang kafir, fahaman orang islam tidak demikian.

Anonymous said...

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. (surah Yunus 10:57)

manusia yang tak nak islam begitu apa yang di faham untuk nafsu maka itu lah yang diungkapkan.

Anonymous said...

Sekadar khilaf dalam pendapat..perbezaan dlm pengertian. Mungkin mksud Zaid Ibrahim bhw Nik Aziz 2 zuhud. tp lidah manusia ney x perfect. Amat salah mltakkn Dsaibrahim yg terlalu banyak sejarah jelik 2 seganding dgn Nik Aziz kerana k 2nya beza langit dan bumi. Samada BN atau Pas atau Kelompok yang diheret Dsai, semua tak trlepas dari rasuah kerana bukan parti yang menentukan status perasuah. Utk jd PM, Dsai yg suka mburukkan kjaan di luar negara memang haprah dan x layak. Suruh dia beranikan diri brsumpah yg dia tak meliwat budak 2 bru kita boleh pandang dia dgn hormat. HAS