Beza dengan kes TOK GURU batal tunai haji atas sebab isu ditaja dengan menantunya meletakkan jawatan atas arahannya dan persetujuan PAS Pusat.
Tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat batal tunai haji suatu yang bijaksana. Tapi perletakkan Ir. Arif Fahami Abdul Rahman suatu tindakan yang sangat silap besar walaupun Ahli Parlimen berkata itu adalah berintegeriti.
Bagi saya Imej PAS terjejas teruk kerana kurang bijak mengananginya. Bukan setakat itu sahaja malahan nampak sangat para pemimpin PAS tidak tahan dengan ujian dan rendah kesabaran.
Tindakan kurang bijak itu nampak jelas gambar yang Ariffahami terbabit dengan rasuah. Pada hal belum tentu dia terbabit, kerana baru sahaja disiasat oleh SPRM yang memang satu agensi yang jadi alat kerajaan UBN.
Kalau dia bersalah biarkan bertanggungjawab dengan kesilapan yang dilakukan. Tidak harus membela jika dia benar benar bersalah. Yang silapnya Para pemimpin takut dan tidak berani berhadepan dengan realiti sebenar.
Perpatah Melayu ” takut kerana salah dan berani kerana benar. inilah yang wajar dipegang.
Inilah kelemahan kepimpinan PAS sejak dahulu hingga kini dan mudah percaya dengan tuduhan musuh.
Dalam hubungan ini Al Quran telah memberi panduan bahawa apa apa berita yang disampaikan oleh orang jahat terutama sekali golongan minafik mesti dikaji dahulu. Check dulu baru buat keputusan.
Buat keputusan juga kena bijak. Jangan pakai buat, cakap buat, tanpa ada kajian terlebih dulu.
Saya sangat sedih dengan sikap mudah percaya,sedangkan Islam mengajar kita tidak boleh percaya dengan doktor walaupun dia doktor pakar jika mereka itu kafir.
Kafir Adalah musuh Allah dan telah dinyatakan dalam Quran dengan nyata dan jelas. Tapi malangnya kita percaya dengan kafir,kecuali kafir zimmi.
Pembatalan Tok Guru tunai haji tidak akan jadi isu yang Tok Guru cakap tak serupa bikin. Tapi peletakkan jawatan yang dibuat oleh Ariffahami beri implikasi yang buruk kepada kerajaan PAS.
Dan Imej Tok guru turut terjejas, kerana mengarah menantunya berbuat yang boleh mengambarkan memang arif fahami semacam benar terbabit dengan kes yang berlaku sekarang.
Kalaulah benar bahawa Nik Aziz arah supya menantunya letak jawatan maka ada persamaan dengan kes yang berlaku di Terengganu terhadap Ustaz Ismail Dagang Pengarah Yayasan keluarga yang dikatakan terbabit dengan rasuah.
Belum ada apa apa bukti, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Wan Mutalib Embung EXCO kanan sudah mengalah.Tidak setuju melantik semula Ustaz Ismail Dagang sebagai pengarah dan lantik orang lain sebagai ganti atas alasan implikasi undang undang dan nama baik pemerintahan.
Apa kesalahan ustaz Ismail Dagang dan apa salah Arif Fahami? Ustaz Ismail Dagang belum tentu bersalah cuna dituduh oleh Timbalannya seorang kuat UMNO yang pasti berniat jahat untuk menjatuh imej kerajaan PAS.
Pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan yang dibuat oleh mulut pegawai kerajaan yang kuat UMNO sehingga membuat keputusan yang seolah olah Pengarah Yayasan kelurga Terengganu sudah melakukan kemungkaran. Demikian juga dengan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu yang gambarnya dia benar benar bersalah.Pada hal kedua dua orang itu belum tentu lagi bersalah.
Namapknya pemimpin PAS mudah percaya dengan tuduhan musuh PAS. Inilah kelemahan yang ada pada pemimpin yang dikatakan ada integriti oleh Salehuddin Ayub.
Orang yang ada integeriti (amanah) tidak mudah percaya dengan cakap cakap musuh, kerana musuh PAS sentiasa cari jalan untuk menjatuhkan imej PAS sekaligus memasukkan jarum jahat agar rakyat tidak percaya dengan kepimpinan PAS.
Baru sahaja disiasat oleh SPRM sudah ambil jalan pintas letak jawatan, sedangkan belum ada apa apa mengenai pembabitan rasuah.
Malang sekali jika bertindak demikian.
No comments:
Post a Comment