Sunday, November 22, 2009

Memperkasakan PAS Terengganu peranan siapa

fikir demi fikir, maka dapatlah penulis buat kesimpulan akan kelemahan PAS Terengganu berpunca dari sikap para pemimpin yang tidak boleh meneriam teguran, hatta teguran itu adalah teguran suci sekalipun.

Barangkali ramai yang setuju dengan isu yang penulis bicarakan ini, kerana Datuk Mustafa Ali pernah sebut hal tersebut baru baru ini dalam majlis sambutan sempena jubli Emas PAS Marang.

Apabila siasah menyiarkan pendapat Mustaffa Ali, Setiausha Agung Pas Malaysia ketika membentang kertaskerja sempena sambutan JUBLI EMAS PAS Kawasan Marang maka perbicaraan tentang sikap para pemimpin yang boleh menerima teguran ini menjadi semakin menarik.

Kita sebenarnya tidak boleh lari daripada pendedahan seumpama ini. Lebih lebih lagi ia adalah punca PAS lemah di negeri Terengganu ini, sebab itu ada cadangan suatu masa dahulu supaya muka baru hendaklah diutamakan dalam setiap siri pilihanraya umum.

PAS Terengganu semasa Pesuruhjayanya Mustafa Ali, telah membuat rombakan besar mengenai calon yang bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 12 dahulu agar dapat menumbangkan UMNO.

Tetapi malangnya, hanya setakat berjaya menambah empat kerusi sahaja berbanding empat kerusi yang dimenangi pada pilihanraya ke 11 (2004) menjadi 8 kerusi Dewan Udangan negeri dan satu Parlimen.Tambah satu lagi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi dua.

Untuk memperkasakan PAS Terengganu Mustafa Ali yakin bahawa sikap para pemimpin yang tidak boleh menerima teguran inilah sebagai punca segala galanya.

Memang pun, kerana Saidina Umar RA pernah berkata yang bermakaud: ”Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima teguran dan nasihat”.

Pada hemat penulis orang yang enggan menerima teguran orang lain, mereka terdiri daripada orang yang tidak berakal. Jadi apakah akan terjadi kepada sebuah parti yang memiliki para pemimpin yang bersikap demikian.

Inilah yang membuatkan PAS Terengganu tidak kuat meskipun ada usaha untuk memperkasakannya sepertimana telah disentuh oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi awang, presiden Parti dalam Ijtimak yang diadakan di Kubang lembik tidak lama dahulu.

Sehubungan dengan itu, Datuk Abu Bakar Chik, timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika berkhutbah di Masjid At Takwa Batu Enam pada 13 November 2009 bahwa PAS mesti jadi kuat untuk menang dalam piliharaya.

14 November 2009 hari sabtu malam Ahad, Salehuddin Ayub, Naib presiden PAS Malaysia ketika berceramah sempena Jubli Mas PAS Kawasan Kuala Nerus pula, berkata PASlah satu satu parti yang pemimpinnya ada integeriti.

Kenyataan ini jelas nampaknya bercanggah dengan pendapat Setiausaha Agung PAS sekali gus, memberi kesan yang tidak baik kepada PAS Terengganu, kerana satu pihak mengatakan para pemimpin berintegeriti, manakala satu pihak lagi mengatakan para pemimpin tidak boleh menerima teguran.

Semasa berkhutbah,Abu Bakar Chik membidas masyaraakat yang tidak mengambil berat akan kegiatan anak anak remaja mereka dan mengatakan kebanyakan ibu bapa membiarkan anak perempuan memakai pakaian yang menjolok mata.

Ini menunjukkan kelemahan PAS datang dari ahli dan penyokong Pas sendiri yang tidak ambil berat tentang amal amal Islam.

Kita boleh terima pendapat Abu Bakar Chik., kerana memang begitulah sikap yang ada pada ibu bapa ahli ahli dan penyokong PAS sejak dahulu hingga kini, miskipun mereka menghadiri majlis ilmu dan kuliah Jumaat Tok Guru di Rusila sekalipun.

Penulis rasa tertarik untuk mengulas perihal para pemimpin PAS tidak boleh menerima teguran, kerana ia ada kaitan rapat dengan kepimpinan diatas yang akan turun kebawah. Kalau sahsiah para pemimpin kurang baik, bagaimana pula sikap orang bawah.Jika daiats kurang baik maka yang di bawah pasti sama, miskipun tidak serupa.

Atas sebab itulah Mustafa Ali cuba lemparkan isu ini agar mudah mudahan PAS Terengganu menjadi kuat untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Walau bagaimanapun, dalam keghairahan kita untuk memperkasakan PAS, kita perlu ingat bahawa UMNO Terengganu miskipun masih berkemelut, tetapi tidak mudah ditumbangkan.
Mengapa penulis kata begitu? UMNO ada senjata mujarab yang boleh membuat pengundi terpesona.

Datuk Ahmad said berkata UMNO kuat sokongannya, kerana banyak bantuan diwujudkan, termasuk duit raya, wang zakat, lain lain bantuan yang boleh menambat hati pengundi dan bantuan ini yang barangkali membuat UMNO Terengganu tidak bimbang dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Inilah kesan yang memudaratkan PAS sejak wang ehsan diwujudkan dan tidak harus dipandang ringan oleh PAS dalam usaha melahirkan para pemimpin yang boleh menerima teguran.

Persoalan ini tidak pernah diambil berat oleh PAS Terengganu sehingga sudah begitu ramai penyokong asal lari, termasuk tidak hadir majlis Ilmu kerana dieksploitasi oleh UMNO.

Jarang sekali mendapat perhatian pemimpin terhadap penyokong yang mendapat wang Ehsan ini. Malah Presiden sendiri ketika jadi Menteri besar Terengganu mengatakan wang ehsan itu halal boleh ambil.

Pada hemat penulis inilah punca PAS tumbang di Terengganu pada pilihanraya umuk ke11 tahun 2004 dahulu, kerana mereka tidak faham hakikatnya.

Sehubungan dengan itu Ahmad said pernah berkata, kita beri wang bantuan dan kita mahu faedahnya kembali kepada kita.

Bermakna bantuan wang ehsan kepada rakyat Terengganu mempunyai unsur unsur rasuah dan wajar diambil kira oleh pemimpin PAS bahawa mengambil wang itu halal, tetapi jika mengundi UMNO adalah haram.

Hal ini pernah disebut oleh Tun Salleh Abas bahawa wang ehsan itu haram, kerana wang itu dirampas dari wang royalti minyak 5 peratus diperuntukan melalui perjanjian yang sah

Penulis rasa sebutan haram pada wang ehsan itu suatu teguran yang suci dari orang yang pakar dalam bidang undang undang. Atas sebab tidak menerima teguran itu juga PAS tumbang dalam musim pilihanraya umum ke 11 dengan begitu teruk sekali.

Adalah wajar pemimpin PAS Terengganu berfikir semula dalam perkara wang ehsan yang menjadi punca UMNO dapat rampas kembali kerajaan Islam Terengganu melalui gelombang biru.

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam pernah sebut kekalahan PAS Terengganu berpunca dari kerajaan yang banyak mengharamkan itu dan ini.

Pandangan ini tidak boleh diterima lebih lebih lagi beliau agak jahil dengan rakyat Terengganu yang barangkali juga berbeza dengan rakyat Kelantan yang dikatakan tidak makan kail tetapi makan umpan.Mankala rakayt Terengganu makan umpan dan mata kail sekali

"Bagi saya, di samping bertoleransi , apa yang lebih penting ialah kandungan dakwah itu sendiri perlu diutamakan agar nampak yang PAS masih menjaga aagama disamping untuk menang dalam musim pilihanraya.

Adalah amat penting untuk para pemimpin bendakwah bagi memantapkan kefahaman rakyat dengan mendalami ilmu dan mempunyai kejelasan dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Hal-hal keagamaan seperti persoalan akidah, ibadah dan akhlak adalah mencakupi dimensi rohaniah yang mudah terpesona dengan wang ringgit peralatan bantuan yang diwujudkan pemerintah Umno/ BN punca kekuatannya harus difikirkan semula sebagai jalan keluar disamping melahirkan para pemimpin yang suka menerima teguran dan nasihat.

sekian.............

No comments: