Penulis pernah sebut dalam tulisan lalu ADUN tidak ikhlas sebab itu krisis UMNO Terengganu tidak selesai.
Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Seri Hishamuddin Husein kata krisis yang berlaku sudah selesai atas sebab Datuk Seri Idris Jusoh hadir mesyuarat dan berpeluk dengan Datuk Ahmad Said.
Dalam masa yang sama Idris Jusoh berkata, krisis boleh selesai jika ada keikhlasan yang dapat penulis simpulkan bahawa antara dua kumpulan itu masing masing tiada keikhlasan.
Perkataan: jika ada keikhlasan menunjukkan masing masing tidak ikhlas dalam menyelesaikan krisis yang berlaku sejak Ahmad Said dilantik sebagai menteri besar baru selepas pilihanraya umum ke 12 lalu.
Jadi, kemarahan Ahmad Said pada ADUN kerana ganggu perlantikan JKKK baru baru ini jelas dan nyata masing masing tidak ikhlas.
Betul perlantikan JKKK hak menteri besar, malah menteri besarlah yang berkuasa dan meluluskan baru JKKK disahkan sebagai JKKK oleh pejabat daerah di tujuh daerah di negeri itu.
Tetapi Ahmad Said kena ingat di peringkat DUN, ADUN ada hak menentukan siapakah orangnya untuk dilantik sebagai JKKK.
Mengatakan ADUN ganggu perlantikkan JKKK adalah tidak wajar kerana melanggar prosedur yang ditentukan diperingkat DUN dan parliman. Masing masing ada hak. Malah ADUN punya hak berbuat demikian.
Namun begitu, marah Ahmad Said pada ADUN dan mengatakan ia menganggu proses perlantikan menimbul tanda tanya banyak pihak, terutama sekali ADUN yang terbabit.
Mereka menganggap Ahmad Said tidak ikhlas dan sukar menerima realiti sepertimana yang berlaku sekarang.
Tidak dinafikan Ahmad Said boleh setuju dan tidak nama JKKK yang dicadangkan atas alasan yang kukuh, tetapi adalah tidak wajar jika nama yang dicadangkan oleh ADUN ditolak bulat bulat.
Lebih lebih lagi, ADUN lebih arif dengan nama nama yang dicadangkan untuk dilantik sebagai JKKK di DUN masing masing.
Tindakan Ahmad Said seperti marah marah dengan ADUN memgambarkan bahawa krisis UMNO Terengganu tidak akan selesai sampai bila bila.
Mengapa tidak? Sudah tentu ADUN akan marah apabila diperlakukan sedemikian rupa. Lainlah jika nama yang diacadangkan itu terdiri daripada penyokong PAS yang barangkali mustahil begitu.
Semasa PAS memerintah Terengganu ramai orang UMNO dilantik sebagai JSR (Jawatankuasa syura Rakyat) sebagai langkah yang telus tanpa mengira latar belakang sokongan mama mana parti.
Untuk makluman semua, JSR zaman kerajaan Terengganu diperintah PAS, JSR itulah yang agih wang ehsan. Inilah ketelusan yang tidak pernah berlaku dalam mana mama kerajaan di negara ini.
Mustahil zaman Ahmad Said menerajui Terengganu selama dua tahun ini berbuat demikian. Sesama sendiri pun ada yang dinafikan haknya, termasuk menafikan hak ADUN, pada hal adun berhak mengemukakan sesiapa sahaja yang mereka mahu.
Yang peliknya mengapa Ahmad said tidak boleh menerima nama nama yang dicadangkan oleh ADUN. Adakah nama nama yang dicadangkan itu merupakan JKKK yang sudah disahkan sebagai menyeleweng.
Atau tugas dan tanggungjawab yang diamanah selama ini tidak menepati spek yang ditentu oleh kerajaan, termasuk engkar atau mensabotaj kerajaan pimpinan Ahmad Said?
Kalau sekiranya begitu, penulis sokong seratus peratus dengan tindakan Ahmad Said tidak menurunkan tanda tangan pada nama nama yang dicadangkan, kerana tindakan itu merupakan langkah yang sangat baik agar JKKK yang dilantik benar benar berfungsi sepertimana yang diharap harapkan.
Penulis angkat tangan dan mengucapkan tahniah kerana tindakan seumpama itu merupakan tindakan bijaksana dan tepat pada masa supaya JKKK yang baru bukan lagi JKKK yang tidak boleh diharapkan.
Penulis pernah dengar dengan cadangan agar JKKK yang mensabotaj dan menyeleweng dipecat dan Ahmad Said pernah ditemplak dengan kata kata beranikah bertindak demikian?
Tidak mustahil ADUN mana mana DUN diseluruh pelusuk negeri menghantar nama nama JKKK dahulu untuk dipertimbang semula yang sudah dikenalpasti pernah melakukan sabotaj dan menyeleweng.
Kalau begitu adalah tersangat wajar Ahmad Said marah marah pada ADUN dan berkata jangan ganggu perlantikan JKKK.
Memang patuh Ahmad Said marah, kerana mereka enggan memberi kerjasama dalam perlantikan JKKK.
Dan adalah tidak wajar nama nama JKKK yang sudah disah tidak mencapai piawai perlantikan JKKK dicadangkan semula oleh mana mana ADUN meskipun mereka itu kroni masing masing.
Apakah ianya benar benar begitu. Tidak musthail. Bagi ADUN berkenaan nama nama yang dicadangkan itu merupakan orang terbaik dan sesuai dengan mereka.Lebih lebih lagi mereka itu adalah kroni yang mahu tidak mahu pasti diangkat semua sebagai JKKK..
Kroni memang menjadi amalan UMNO sejak dahulu lagi, kini dan selama lamanya, Kroni mesti dahulukan. Kalau tidak habislah.
Tetapi bagi Ahmad said nama nama adalah nama yang kotor dan pernah ada rekod tidak bersih terhadap kerajaan yang di terajuinya.
Ahmad Said pernah berkata, kita akan ambil tindakan pada mereka yang tidak amanah.Jika benar begitu, tahniah sekali lagi diucapkan sesuai dengan UMNO mahukan perubahan.
Kalau tidak mengapa ada nama nama yang dicadangkan ADUN ditolak bulat bulat sebaliknya menjadi kemarahan yang boleh menimbulkan kemelut UMNO tidak berkesudahan miskipun dikatakan sudah selesai, kerana Ahmad dan Idris sudah berpeluk pelukan selepas selesai mesyuarat tidak lama dahulu.
sekian.....................
1 comment:
Sinis tapi alangkah benar. JKKK kroni somebody? Partly true, partly wrong. Tapi begitulah..kan dunia?
Post a Comment