Sunday, August 3, 2008

Rakyat Terengganu terkejut pembelian Mercedes atau kos selenggaraan yang tinggi?


Boleh dikatakan rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri, Setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan kerajaan negeri.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh pihak media di sekitar bandar raya ini mendapati penduduk kesal dan tidak bersetuju dengan pembelian kereta berkenaan kerana menganggap ia satu pembaziran.

Sesetengah mengatakan, ia merupakan pembaziran wang rakyat walaupun pembelian kereta Mercedes berkenaan tidak melibatkan wang royalti minyak.

Ada yang mengatakan, rakyat yang menanggung kos pembelian kereta tersebut berdasarkan pembayaran pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

Oleh itu, Kerajaan negeri sepatutnya memikirkan secara mendalam sebelum membeli kereta mewah itu walaupun kerajaan mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Ada yang mengatakan, semua orang tahu Terengganu negeri kaya tetapi rakyat masih miskin jadi apa tanggapan orang luar apabila melihat pemimpin-pemimpin negeri memakai kereta mewah seperti Mercedes ini.

Kata nak jimat, tetapi beli kereta marcedes E200, sedangkan kerajaan negeri sudah ada kereta Perdana, sepatutnya gunapakailah kereta Proton Perdana V6 Executive yang masih baik lagi itu.

Sebenarnya kereta-kereta itu kebanyakan sudah dijual kepada bekas-bekas exco.Langkah sebaliknya memutuskan untuk membeli Marcedes yang difikir sebagai lasak disamping dapat bergaya dan berlagak atau dengan kata lain “biar papa asal bergaya”.

Namun demikian Kerajaan negeri menyatakan hendak melakukan penjimatan kos hanya satu helah sahaja tidak lebih daripada itu sedangkan kos selenggaraan yang pernah diamalkan tersangat melampau.

Ada juga yang mengatakan kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri.Kos penyelenggaraan tidak sepatutnya menjadi faktor pembelian kereta import kerana ia tidak dilakukan setiap bulan.

Ada yang mengatakan kerajaan negeri tidak sepatutnya membeli kereta mewah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Jika pembelian itu tidak dilakukan,

Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar, Exco, setiausaha kerajaan, penasihat undang undang pegawai kewangan Kerajaan Negeri Terengganu

Katanya, Kerajaan Pusat sebelum ini telah memutuskan bahawa semua kementerian dan kerajaan negeri perlu menggunakan kereta nasional.Tetapi bagaimana pula dengan perkeliling Bil: 1 tahun 2008 berkaitan tatacara perolehan kenderaan yang membenarkan pembelian marcedes E200 kompressor dikeluarkan oleh pembenhadaraan yang dijadikan sandaran oleh Menteri Besar Terengganu itu.

Najib berkata demikian ketika mengulas langkah Kerajaan Negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Untuk menguatkan hujah Datuk Seri Najib sendiri mengatakan yang dia tidak pakai pun Mercedes sebaliknya memaka perdana yang diputusakan kerajaan Pusat. Betul beliau tidak pakai Mercedes, tetapi pakai Jet Executive.

Menurut beberapa pihak, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan pekeliling kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta nasional oleh para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.Ini juga bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam perkeliling pembendaharaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mendakwa kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana kereta model itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh tidak dapat digunakan untuk melaksanakan program bagi membantu rakyat.maka pembelian kereta Mercedes E200 perlu dilihat dari sudut yang berbeza.

Exco-Exco dikatakan memerlukan sebuah kereta yang lasak dan tahan lama jadi kereta Mercedes ini amat sesuai dengan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan ketika menemui rakyat.

Memang sesuai,tetapi apa kata rakyat. TV3 undi melalui SMS dengan tajuk: pembelian 14 buah Mercedes oleh kerajaan Terengganu gagal hayati keadaan semasa mendapat sokongan (setuju) sebanyak 82 peratus. Bermakna hanya 18 peratus sahaja yang tidak setuju.

Yang paling mengejutkan ialah mengenai kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 eklusif tertinggi ialah kereta rasmi milik Toh Chin Yaw yang menelan belanja 175,229.79, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas menteri besar yang menelan belanja RM 135,357. 76 yang kedua ketiga tertinggi kereta rasmi milik Datuk Mohd Jiden Shafie, yang menelan belanja RM95,178.15, dan keempat tertinggi ialah kereta rasmi milik Datuk Ahmad Said, menteri baru menelan belanja RM92,995.18

Anda mungkin lagi terkejut apabila mendapat tahu bahawa Kos menyenggara sebuah Proton Perdana V6 Executive milik Exco Kerajaan Terengganu yang dibayar mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 untuk tempoh empat tahun.

Kos penyelenggaraan ini memang ada persamaan dengan laporan oudit Negara terhadap harga barangan yang dibekalkan oleh pembekal yang dilantik kepada pihak kerajaan. RM 1.00 jadi RM 10.00. RM2,000 jadi RM5,000. Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas pentadbiran kerajaan Terengganu sejak dahulu hingga sekarang ini.

Anda barangkali belum lupa dengan apa yang berlaku, malah sudah ada yang didakwa kerana melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh kedua belah pihak.Apa akan terjadi kita tidak tahu. Harap-harap mereka yang terbabit itu akan menerima hukuman yang setempal dengan kejahatan yang dilakukan.

Sebab itu Datuk Ahmad said sendiri telah menyatakan jika kos penyenggaraan kereta perdana disiasat oleh BPR, maka Taman Tamadun Islam dan monsoon cup juga harus turut disiasat sama.Biar mereka yang terbabit sama-sama panas punggung.

Barangkali penyeleweangan yang berlaku ditaman tamadun islam dan monsoon cup lebih besar berbanding dengan penyeleweangan yang berlaku keatas kos penyenggaraan kereta perdana.

Itulah harapan Datuk Ahmad Said dan berkata BPR jangan pilih tempat untuk siasat (harap) pergi siasat Taman Tamadun Islam, pengurusan kejohanan perahu layar dan juga Pulau Duyong.

Betul juga kata Datuk Ahmad Said itu. Mengapa kos sebenar Taman Tamadun Islam RM200 juta jadi RM 380 juta. Itu pun belum siap sepenuhnya. Entah-entah kos akan ditambah lagi, kerana tidak cukup.

Demikian juga dengan kos RM 200 juta keatas penganjuran perahu layar yang sentiasa berubah dengan sewenang-wenangnya. Demikian juga dengan kos RM300 juta keatas Pulau Warisan (pulau Duyong).

Datuk Ahmad said mahu supaya orang yang jahat, menyeleweng, rasuah ditangkap dan kita tidak mahu orang macam itu. Inilah yang menjadi harapan rakyat Terengganu. Harap-harap begitulah hendaknya. Jangan hanya anak bilis sahaja yang menjadi mangsa manakala jerung lepas bebas begitu sahaja.

No comments: