Friday, August 15, 2008

Benarkah PAS akan keluar pakatan?

Nampaknya terlalu ramai yang setuju PAS keluar pakatan. Inilah harapan kebanyakan orang Pas di Pulau Pinang. Mengapa bersetuju? Kerana orang Pas di katakan diketepikan oleh kerajaan Pakatan negeri itu.

Lain ceritanya dengan kerajaan pakatan Perak, Kedah dan Selangor. Perak bermenteri besarkan PAS demikian juga Kedah. Cuma Selangor sahaja bermenteri besarkan orang parti keAdilan yang tersangat konroversi kerana mencadangkan 10 peratus orang china untuk UiTM.

Masalah memang sentiasa ada. Selesai satu datang satu, bukan satu masalah sahaja yang timbul,malah banyak masalah yang dihadapi.Namun demikian ada juga yang suruh orang Pas bersabar.

Memang wajar disuruh bersabar kerana bersabar itu separuh daripada “iman”. Adalah tersangat sesuai dengan orang yang berjuang atas dasar Al-Quran dan Hadis. Kalau tidak tahan sabar sudah pasti buruk akibatnya.

Jadi mahu tidak mahu PAS kena fikir masak-masak dalam berpakat dengan DAP dan keadilan rakyat. Mustahil sebelum ini tidak guna fikiran. Atau ketika berpakat itu menggunakan alasan akal, “kalau tidak berpakat tidak dapat memerintah”.

Rasa mustahil orang PAS bertindak demikian, kerana Nabi dan sahabat-sahabat sudah ajar orang Islam sebelum buat sesuatu keputusan mesti “syura” dahulu. Mustahil keputusan yang dibuat sebelum ini diluar pengetahuan “syura”.

Sesuatu keputusan bukan kehendak Presiden. Presiden tidak pernah buat keputusan sendirian dalam hal berpakat dengan DAP dan PKR.

Jadi sangat tidak kena kalau kita pakai cakap-cakap Presiden sahaja. Betul presiden berhak mengumumkan sebarang keputusan tetapi keputusan itu mestilah datang dari syura.

Maka apa yang dinyatakan oleh presiden dalam kes PAS keluar pakatan tidak harus dijadikan sandaran, sama ada hujahnya ada asasnya.

Bagaimana ada pihak mendakwa kerajaan Pulau tidak tidak mahu kepada Islam, sedangkan Ketua menterinya sendiri telah mengisytiharkan bahawa “Umar Abdul Aziz” sebagai rol modelnya.

Kebanyakan para pemimpin Pas yang berceramah diseluruh pelusuk Negara berbangga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. Malah ada dikalangan para pemimpin PAS mengucapkan “Alhamdulillah” menandakan betapa bersyukurnya kepada Allah, kerana orang bukan islam mahu kepada Islam.

Bagaimana boleh terjadi yang pakatan tidak dominan dengan Islam. Mungkin kerana terlalu ghairah dapat berpakat memerintah empat buah negeri maka diluahkan isihati atas perkiraan alasan akal. Bukan atas nama agama yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Bagaimana boleh terlupa akan hal-hal berkaitan dengan agama. Apakah asalkan dapat memerintah jadilah. Sekarang baru rasa menyesal kerana DAP dan pakatan rakyat tidak dominan dengan Islam.

DAP dan parti keadilan rakyat sememangnya tidak dominant dengan islam. Dasar mereka sama sama sedia maklum. DAP mempjuangkan Malaysian Malaysia- Malaysia Malaysian. Demikian juga parti keadilan Rakyat.

Adalah tersangat mustahil kerajaan pakatan rakyat akan menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam memerintah Negara. Bukan itu hala tujunya. Hala tujunya sama-sama kita maklum. Demikian juga UMNO.

Kalau UMNO para pemimpin seratus peratus Melayu Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW umatku terbahagi kepada “73 puak” tidak mahu dasar Islam, apalah sangat dengan pakatan yang dari “sepsis” yang seakan serupan.

Walaupun ada yang mengatakan mereka serupa tetapi tidak sama. Itu adalah alas an akal seorang manusia yang disebut Allah sebagai bodoh lagi jahil. Malah mereka lebih jahat dan hina daripada haiwan.

Allah sebut dengan jelas. Oleh itu amaran Pas keluar pakatan selepas 16 september 2008. mungkin jadi kenyataan dan mungkin tidak menjadi, kerana ada orang pas yang berpendapat jika tidak berpakat kita tidak boleh bentuk kerajaan, hatta kerajaan negeri apa tah kerajaan pusat yang tetap kompleks.


Tuesday, August 12, 2008

Politik wang dalam Umno semakin membarah


Zaman Tun Dr Mahathir Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak dibenar menyiasat politik wang dalam Umno. Tetapi zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat.

Mengapa Tun Dr Mahathir tidak membenarkan BPR menyiasat dan mengapa Datuk Abdullah Ahmad Badawi membenarkan?

Pelbagai andaian timbul. Oleh kerana politik wang dalam Umno sudah menjadi amalan para pemimpin Umno, hatta diperingkat ketua cawangan sekalipun. Apa tah di peringkat yang lebih tinggi.

Sudah begitu ramai para pemimpin umno yang dikenakan tindakan sama ada di gantung keahliannya dan dipecat. Termasuk Naib presiden Umno Datuk Seri Isa Samad dan ketua Umno bahagian Kota Bahhhharu Datuk Zahid Ibrahim.

Beberapa orang para pemimpin Umno peringkat negeri dan bahagian di pecat, termasuk Ketua pemuda Bahagian Setiu dipecat, tetapi masih aktif dalam Umno.

Disini dapatlah kita buat kesimpulan mengapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membenarkan BPR menyiasat politik wang dalam Umno dan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya.

Barangkali Tun Dr Mahathir tidak mahu kehilangan para pemimpin, terutama sekali kroni-kroninya. Kalau kroninya tiada sudah tentu tiada lagi kekuatannya. Itulah bentang presiden Umno dan perdana menteri.

Sebab itu Tun Dr mahathir boleh tahan lama selama 22 tahun menjadi presiden Umno dan perdana menteri. Tun Hussein On tidak tahan lama lama dek kerenah Tun Dr Mahathir.

Tun Musa Hitam tidak tahan lama jadi timbalan perdana menteri dan mungkin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga demikian. Jika pelan peralihan kuasa yang diakan dibuat pada tahun 2010 menjadi kenyataan, maka usia menjadi perdana menteri ke lima ini hanya lebih kurang tujuh tahun sahaja masanya.

Atas sebab itulah beliau mahu supaya BPR menyiasat politik wang dalam Umno dengan berkata wang bukan jadi ukuran dan ia bukan pemimpin yang tulen.Apa ada pada ketulenan.

Tulen juga bukan jadi ukuran. Tapi nampaknya wanglah yang menjadi ukuran para pemimpin umno. Sebab itu politik wang semakin membarah. Mereka tidak peduli akan tindakan yang akan dikenakan.

Yang penting bagi mereka dunia politik adalah tempat yang boleh mereka jadi Rayaraya. Malah dalam politik mereka dapat kumpul harta. Sejarah telah membuktikan kebanyakan orang politik jadi jutawan.

Satu penggal sahaja jadi wakil rakyat, ahli parlimen, Exco, timbalan menteri dan menteri. Apa tah lagi jadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Mereka ini memiliki harta bertimbung timbung.

Kalau diperingkat negeri seorang wakil rakyat biasa yang baru sahaja satu penggal sudah ada rumah mewah yang berharga jutaan ringgit kereta Mercedes E200 komposser. Seorang Exco sudah ada istana dan berpuluh-puluh buah kereta mewah.

Jika dilihat eposid ini mereka seolah-olah tidak ingat yang mereka akan mati dan ditanya apa perihal kehidupan diatas muka bumi yang semantara ini. Mereka solah-olah tidak takut dengan azab yang dijanjikan.

Mereka seolah-olah tidak kenal halal dan haram.Kalau mereka kenal akan halal haram dosa pahala dan syurga neraka, mana mungkin mereka tergamak beramal dengan politik wang.

Kita sebagai orang Islam, yang boleh menyelamatkan kita ialah agama kita. Politik wang tidak dilarang oleh mana mana peribadi. Apa tah lagi hawa nafsu. Sebab itu Allah melarang manusia menggunakan hawa nafsu.

Hari ini nampaknya bukan orang biasa sahaja yang menggunakan “hawa nafsu”, malah alim ulama’ pun turut menggunakan “hawa nafsu”. Apa tah lagi para pemimpin Umno yang tolak Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Mereka ada hujah dan segala amalan yang mereka lakukan itu juga ada asasnya, kerana ada ulama’ yang jadi setan bisu dalam perkara halal haram, dalam perkara dosa pahala.

Malah ada ulama’ di Malaysia ini yang berpegang tidak pernah solat seumar hidup pun, tidak pernah keluar zakat seumar hidup pun, tidak pernah puasa seumar hidup pun, tetapi mereka mengucap dua kalimah syahadat mereka tetap sorang Islam dan ada cam masuk syurga.

Dimana letaknya hadis Rasulullah SAW yang menyatakan “tinggal solat dengan sengaja kafir”. Jadi bagaimana pula untuk menghapus amalan politik wang yang membarah itu.

Sunday, August 3, 2008

Rakyat Terengganu terkejut pembelian Mercedes atau kos selenggaraan yang tinggi?


Boleh dikatakan rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri, Setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan kerajaan negeri.

Hasil tinjauan yang dibuat oleh pihak media di sekitar bandar raya ini mendapati penduduk kesal dan tidak bersetuju dengan pembelian kereta berkenaan kerana menganggap ia satu pembaziran.

Sesetengah mengatakan, ia merupakan pembaziran wang rakyat walaupun pembelian kereta Mercedes berkenaan tidak melibatkan wang royalti minyak.

Ada yang mengatakan, rakyat yang menanggung kos pembelian kereta tersebut berdasarkan pembayaran pelbagai cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri.

Oleh itu, Kerajaan negeri sepatutnya memikirkan secara mendalam sebelum membeli kereta mewah itu walaupun kerajaan mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.

Ada yang mengatakan, semua orang tahu Terengganu negeri kaya tetapi rakyat masih miskin jadi apa tanggapan orang luar apabila melihat pemimpin-pemimpin negeri memakai kereta mewah seperti Mercedes ini.

Kata nak jimat, tetapi beli kereta marcedes E200, sedangkan kerajaan negeri sudah ada kereta Perdana, sepatutnya gunapakailah kereta Proton Perdana V6 Executive yang masih baik lagi itu.

Sebenarnya kereta-kereta itu kebanyakan sudah dijual kepada bekas-bekas exco.Langkah sebaliknya memutuskan untuk membeli Marcedes yang difikir sebagai lasak disamping dapat bergaya dan berlagak atau dengan kata lain “biar papa asal bergaya”.

Namun demikian Kerajaan negeri menyatakan hendak melakukan penjimatan kos hanya satu helah sahaja tidak lebih daripada itu sedangkan kos selenggaraan yang pernah diamalkan tersangat melampau.

Ada juga yang mengatakan kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan kereta nasional sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri.Kos penyelenggaraan tidak sepatutnya menjadi faktor pembelian kereta import kerana ia tidak dilakukan setiap bulan.

Ada yang mengatakan kerajaan negeri tidak sepatutnya membeli kereta mewah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini. Jika pembelian itu tidak dilakukan,

Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar, Exco, setiausaha kerajaan, penasihat undang undang pegawai kewangan Kerajaan Negeri Terengganu

Katanya, Kerajaan Pusat sebelum ini telah memutuskan bahawa semua kementerian dan kerajaan negeri perlu menggunakan kereta nasional.Tetapi bagaimana pula dengan perkeliling Bil: 1 tahun 2008 berkaitan tatacara perolehan kenderaan yang membenarkan pembelian marcedes E200 kompressor dikeluarkan oleh pembenhadaraan yang dijadikan sandaran oleh Menteri Besar Terengganu itu.

Najib berkata demikian ketika mengulas langkah Kerajaan Negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Untuk menguatkan hujah Datuk Seri Najib sendiri mengatakan yang dia tidak pakai pun Mercedes sebaliknya memaka perdana yang diputusakan kerajaan Pusat. Betul beliau tidak pakai Mercedes, tetapi pakai Jet Executive.

Menurut beberapa pihak, tindakan kerajaan negeri itu bercanggah dengan pekeliling kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta nasional oleh para pemimpin dan pegawai kanan kerajaan.Ini juga bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam perkeliling pembendaharaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mendakwa kerajaan negeri terpaksa membuat pembelian tersebut ekoran kos penyenggaraan Proton Perdana terlalu tinggi kerana kereta model itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh tidak dapat digunakan untuk melaksanakan program bagi membantu rakyat.maka pembelian kereta Mercedes E200 perlu dilihat dari sudut yang berbeza.

Exco-Exco dikatakan memerlukan sebuah kereta yang lasak dan tahan lama jadi kereta Mercedes ini amat sesuai dengan tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan ketika menemui rakyat.

Memang sesuai,tetapi apa kata rakyat. TV3 undi melalui SMS dengan tajuk: pembelian 14 buah Mercedes oleh kerajaan Terengganu gagal hayati keadaan semasa mendapat sokongan (setuju) sebanyak 82 peratus. Bermakna hanya 18 peratus sahaja yang tidak setuju.

Yang paling mengejutkan ialah mengenai kos penyelenggaraan sebuah Proton V6 eklusif tertinggi ialah kereta rasmi milik Toh Chin Yaw yang menelan belanja 175,229.79, Datuk Seri Idris Jusoh, bekas menteri besar yang menelan belanja RM 135,357. 76 yang kedua ketiga tertinggi kereta rasmi milik Datuk Mohd Jiden Shafie, yang menelan belanja RM95,178.15, dan keempat tertinggi ialah kereta rasmi milik Datuk Ahmad Said, menteri baru menelan belanja RM92,995.18

Anda mungkin lagi terkejut apabila mendapat tahu bahawa Kos menyenggara sebuah Proton Perdana V6 Executive milik Exco Kerajaan Terengganu yang dibayar mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 untuk tempoh empat tahun.

Kos penyelenggaraan ini memang ada persamaan dengan laporan oudit Negara terhadap harga barangan yang dibekalkan oleh pembekal yang dilantik kepada pihak kerajaan. RM 1.00 jadi RM 10.00. RM2,000 jadi RM5,000. Demikian juga dengan apa yang berlaku keatas pentadbiran kerajaan Terengganu sejak dahulu hingga sekarang ini.

Anda barangkali belum lupa dengan apa yang berlaku, malah sudah ada yang didakwa kerana melakukan penyeleweangan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh kedua belah pihak.Apa akan terjadi kita tidak tahu. Harap-harap mereka yang terbabit itu akan menerima hukuman yang setempal dengan kejahatan yang dilakukan.

Sebab itu Datuk Ahmad said sendiri telah menyatakan jika kos penyenggaraan kereta perdana disiasat oleh BPR, maka Taman Tamadun Islam dan monsoon cup juga harus turut disiasat sama.Biar mereka yang terbabit sama-sama panas punggung.

Barangkali penyeleweangan yang berlaku ditaman tamadun islam dan monsoon cup lebih besar berbanding dengan penyeleweangan yang berlaku keatas kos penyenggaraan kereta perdana.

Itulah harapan Datuk Ahmad Said dan berkata BPR jangan pilih tempat untuk siasat (harap) pergi siasat Taman Tamadun Islam, pengurusan kejohanan perahu layar dan juga Pulau Duyong.

Betul juga kata Datuk Ahmad Said itu. Mengapa kos sebenar Taman Tamadun Islam RM200 juta jadi RM 380 juta. Itu pun belum siap sepenuhnya. Entah-entah kos akan ditambah lagi, kerana tidak cukup.

Demikian juga dengan kos RM 200 juta keatas penganjuran perahu layar yang sentiasa berubah dengan sewenang-wenangnya. Demikian juga dengan kos RM300 juta keatas Pulau Warisan (pulau Duyong).

Datuk Ahmad said mahu supaya orang yang jahat, menyeleweng, rasuah ditangkap dan kita tidak mahu orang macam itu. Inilah yang menjadi harapan rakyat Terengganu. Harap-harap begitulah hendaknya. Jangan hanya anak bilis sahaja yang menjadi mangsa manakala jerung lepas bebas begitu sahaja.