Wednesday, August 4, 2010

Bayaran pampasan berbeza satu sama lain

Ketika minum pagi di kedai kopi di wakaf Beruas Kuala Terengganu, saya diberitahu oleh orang Bukit Besar bahawa kerajaan Terengganu tidak berlaku adil pada rakyat.

Mana ada kerajaan berlaku adil, terutama sekali pada rakyat yang sokong pembangkang.Inilah padahnya rakyat didahulukan, slogan omomg kosong Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri Ke Enam.

Memang tak adil, bayangkan tanah sawah yang diambil untuk dijadikan Bandar baru di Bukit Besar itu bayarannya berbeza satu sama lain. Pada hal status tanah sama tapi malangnya, ada yang dibayar setengah ekar sebanyak RM 180, bermakna RM 360, satu ekar.

Manakala orang lain pula dibayar lebih rendah atau murah. Inilah yang menjadi rungutan penduduk kampong Bukit Besar dan sekitarnya sebagai tanda tidak puashati dengan pihak kerajaan yang memerintah sekarang.

Tapi, itu dibayar juga walaupun murah. Yang malangya ada tanah orang kampong yang diambil untuk buat jalan tidak dibayar langsung.semacam ada unsur khianat yang amat sangat.

Tengok caranya macam Yahudi merampas tanah orang Palestin. Tapi itu Yahudi Tak kan orang Melayu buat macam yahudi juga pada rakytanya sendiri

Bukan setakat tidak dibayar pampasan, malahan dirampas begitu sahaja tanpa sebarang notis oleh pihak kerajaan yang diterajui oleh Datuk Ahmad Said.

Nampak macam tidak benar, tapi ini adalah cerita benar dan bukan sangkaan atau rekaan. Boleh jalan siasatan sendiri jika rasa cerita ini tak betul.

Cerita tiada niat untuk merosakkan reputasi menteri Besar. Tetapiu ia adalah cerita benar yang berlaku pada rakyat yang didahulukan menerima beban oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

4 comments:

che said...

Isu pembinaan jalan Jeram - Kg. Banggol Tuan Muda bukan isu kampung tetapi ianya isu nasional bagaimana suatu pencabulan undang-undang (Akta Pengambilan Tanah 1960)berlaku. Bagaimana rintihan rakyat tidak dipedulikan setelah berkuasa.

Apabila ada Wakil Rakyat yang perihatin terhadap kesusahan rakyat, mengajukan soalan dalam persidangan DUN, ianya ditolak. Kenapa takut sangat hendak bincang, kalau semuanya dah buat ikut peraturan dan procedur.

Apabila MB buat kenyataan yang jalan dari Losong ke Tanjung Sabtu melalui Banggol Tuan Muda diubah kepada Losong - Bukit Datu - persimpangan Semarak, kontraktor makin rancak buat kerja.
kenapa begitu, macam dak boleh nak bezakan siapa yang berkuasa.

Penduduk mintak ubah jalan kawasan penempatan kepada tanah kosong ditepi kampung, tidak dipedulikan, mungkin kerana tanah itu kepunyaan syarikat korporat.

Kepada penduduk kampung Banggol Donas, teruskan bantahan, biarlah episod ini membuka mata orang ramai untuk mencari keadilan.

che

mamat said...

Bercakap pasal jalan mega berharga RM 200 juta itu, sah para pemimpin UMNO Terengganu mahu jadi macam qarun.

Sebab itu para pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Ahmad Said yang menerajui kerajaan Terengganu tidak mempendulikan bantahan penduduk kampung.

Seperkara lagi tidak pernah berlaku dalam sejarah pembinaan jalan dilakukan secara tiada hitam putih.

Bayaran pampasan tiada dalam kamus mereka macam Yahudi yang memperlakukan pencerobohan keatas tanah tanah orang Palestin.

Oleh itu amat layak dan wajar suatu masa dahulu kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan datuk Seri Idris Jusoh dicap sebagai kerajaan Yahudi.

Malahan ada pula yang mengatakan kerajaan Terengganu lebih teruk dari Yahudi.

Mengapa tidak? masjid yang dibina oleh orang kampung atas tanah sendiri diroboh. Ini pula bina jalan mega ceroboh tanah rakyat macam juga Yahudi.

wan said...

Saya kadang kadang tak percaya dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu yang diterajui Datuk Seri Ahmad said.

Kan Ahmad Said dah merakyatkan pentadbiran negeri Terengganu.

Macam mana boleh jadi begitu. Macam tak masuk akal di perlakukan kepada rakyatnya.

Tak hendak mengkhianati rakyat pula. Kan rakyat yang pilih wakil rakyat.

Datuk Seri Ahmad said naik jadi wakil rakyat dipilih oleh rakyat, Cuma jadi menteri besar sahaja di pilih oleh Sultan.

Ingat. jangan takbur. Allah tak suka kepada orang takbur. Apatah lagi orang yang zalim yang barangkali tunggulah masanya akan ditaknat oleh Allah.

Izat Marican said...

Kami dari syarikat tertuan marican land & constrution sdn bhd sedia membantu tuan tanah yg terkilan..

Hubungi kami

Zainab bin mat deris
Pa pengarah urusan syarikat
0125199620