Monday, September 13, 2010

Zaib Ibrahim bakal menang jawatan timbalan presiden PKR?

Zaid Ibrahim ketika dalam umno dulu pernah menyaman "hudud" itu digelar "wira" oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diletak bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

ketika dalam PKR beliau berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan, kerana atas sebab demokrasi.

Memang PKR tidak setuju perlaksanakan hudud. Apatah lagi DAP yang terang terangan menentang hudud tapi disedari oleh para pemimpin PAS akan elemen itu.

Azmin Ali belum ada sebarang gelaran setakat hari ini. Cuma beliau merupakan orang sangat berjasa kepada Anwar Ibrahim dan masih setia.

Apa yang diperkatakan bahawa dia tidak campur tangan dalam pertandingan itu suatu yang wajar, kerana ia terserah kepada perwakilan yang membuat keputusan.

Suara Anwar miskipun masih ada power dalam PKR, tetapi tidak sama semasa beliau berada dalam umno dulu, lebih lebih lagi ketika bertanding jawatan ketua pergerakan pemuda umno.

Kita kena ingat Anwat boleh buat Ghaffar Baba angkat tangan dan mustahil kalau tidak dipecat dan didakwa Tun Mahathir juga turut kecundang jika berlaku pertandingan jawatan presiden umno dulu.

Mahu tidak mahu Tun Mahathir dan kucunya terpaksa memecat dan mendakwa atas satu dakwa yang tak masuk akal yang disifat macam macam boleh berlaku jika dirancang dengan agenda jahat.

Sama ada Anwar diam atau tak masuk campur langsung dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang dikosongkan dan dikatakan penuh dilema buat Anwar ini merupakan perkara biasa pernah berlaku dalam mana mana parti politik,

terutama sekali umno yang sering haru biru apabila berada didalam musim permilihan jawatan, termasuk tidak kurang juga yang terbabit dengan politik wang yang dihalalkan oleh Mohd Najib Abdul Razak.

oleh kerana orang PKR adalah kebanyakannya orang umno, maka tidak mustahil akan berlaku politik wang untuk merebut jawatan itu nanti, lebih lebih bagi mereka yang banyak wang.

2 comments:

Anonymous said...

amboii..jahatnya kami org PKR!!

mamat said...

Mustahil orang jahat mengaku yang dia jahat.

Lazimnya orang jahat akan bertindak sebaik baik manusia diatas muka bumi.

Atas sebab itulah ramai orang percaya dan yakin serta menjadi mangsa penipuan dan pembohong.

Inilah yang membuat orang yang jadi mangsa, termasuk ulama turut tergoda dan terpesona.

Macam juga syaitan dan iblis yang menipu Adan dan Hawa didalam syurga.

Syaitan dan iblis berjanji dengan janji kebaikan, malah berjanji akan memasukkan kedalam syuarga orang orang yang ikutnya.