Sunday, February 13, 2011

Ingat, benci dalam hati selemah lemah iman

Mungkin mereka tak tahu bahawa benci dalam hati itu selemah lemah iman sehingga tergamak mengatakan kita tak boleh benci atau marah dengan kerja terkutuk yang dilakukan oleh seseorang.

Atau mereka ada niat jahat dalam menyebarkan dakwah Islam dan sengaja membenarkan kerja terkutuk berlaku secara beleluasa dalam masyarakat.

Kalau benci dalam hati disebut oleh Rasulullah SAW selemah lemah iman bagaimana pula bagi mereka yang tak benci dan tak marah langsung dengan alasan ada kaedah lain untuk menyelamatkan mereka dari terus terbabit dengan kerja kerja terkutuk.

Dalam pasal benci dalam hati selemah lemah iman harus diambil berat oleh semua orang yang mengaku Islam agar kita berada dalam puak yang satu yang diterima oleh Allah, kerana umat Nabi Saw terbahagi kepada 73 puak yang dikenalpasti 72 puak lagi itu ditolak.

Kalau benci dalam hati selemah lemah ini pasti yang tak benci langsung dan tak marah langsung dengan maksiat mereka itu terdiri daripada orang yang tak ada iman.

Apabila kita sebut mereka tak beriman sudah tentu melenting kemarahan, kerana mereka menyangka mereka sudah beriman, sedangkan mereka belum diuji keimananya.

Kalau tak benci dan tak marah pada seseorang yang melakukan kerja terkutuk seseorang itu tak beriman langsung bagaimana pula yang membiarkan kerja terkutuk berleluasa dengan alasan apa boleh kita laku dan tiada seseorang yang mahu melakukan kerja itu selain daripada terpaksa atau dalam keadaan darurat.

Tindakan ini jelas menyalah takdir Allah dan apa pula hokum mereka yang menyalahkan takdir Allah itu, sedangkan adanya kerja lain yang boleh dilakukan untuk menyara hidup keluarga.

Bagaimana, bagi mereka yang buat“ikrar” bahawa kerja terkutuk yang dilakukan itu harus atau boleh kerana darurat dan j kaedah lain untuk kita menyelamatkan mereka yang seronok dengan kerja terkutuk itu.

Kalau tak benci dan tak marah seseorang itu mereka tergolongan dalam golongan orang orang tak ada iman langsung, apa tah lagi bagi mereka yang menghalalkan perkara perkara haram?

2 comments:

Ginosaji said...

Menghalalkan perkara2 yang haram tu bahaya.

Ni kira nak cerita pasal parti-N lah ni ye? Macam mana pulak dgn mengkafirkan org Islam lain?

Orang parti ape yg suka buat lagu tu ek. Hmmm. Nampak macam baik.

abdullahngah said...

ginosaji,

mudah saja. Mengapa gusar,kerana sudah ada hukum yang telah ditetap oleh Allah.

Barangsiapa mengkafir orang Islam maka dia jadi kafir.

Dan barangsiapa tak mengkafirkan orang kafir, dia jadi kafir.

Jangan susah. Kalau kita tak kafir mengapa takut. Kan mereka yang mengkafirkan kita, dia jadi kafir.

Mungkin salahfaham kita saja.mereka berkata apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran bahawa begini dan begitu maka kafir.

Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: barangsaiapa meninggalkan solat dengan sengaja, kafir.

Adakah Rasulullah SAW mengkafir orang Islam.

Kita kena ingat juga ada umat islam pagi kafir petang islam. Petang kafir pagi Islam.

Kafir, kafir ni ialah engkar dengan perintah Allah. Hari ini bukan main ramai orang yang mengaku Islam yang bukan saja engkar,malah ada yang derhaka kepada Allah dan Rasul SAW