Monday, June 4, 2012

Poligami bukan sunnah?



Pada suatu hari,hari Jumaat salah seorang ustazah dalam tanyalah ustazah TV9 berkata, poligami bukan sunnah.
Terkejut saya dibuatnya, kerana selama ini kita difahamkan, poligami adalah sunnah Nabi Mohamad SAW.

Tiba tiba  ustazah pada rancangan tanyalah ustazah berkata, poligami bukan sunnah. Ia adalah “rukhsah” yang diberi oleh Allah kepada lelaki.

Namun begitu, ia adalah sama dengan solat jamak bagi orang yang bermusafir yang disebut sebagai rukhsah.
Barangkali ustazah berkenaan salah faham macam juga kebanyakan kita salah faham dengan Islam sehingga mengelirukan.

Saya yang dengar rasa berdosa kalau tak tegor perkara yang salah faham ini. Oleh itu dalam tulisan ini ada lebih baik dinyatakan bahawa poligami adalah sunnah yang tidak boleh dinafikan.

Tiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hatta sekecil kecil sekalipun ia adalah sunnah.Adalah sangat salah dan berdosa jika dikatakan dia bukan sunnah.

Kita boleh berkata poligami kebanyakan lelaki di Malaysia hari ini bukan sunnah, kerana tidak mengikut apa apa yang dilakukan Rasulullah SAW.

Atau dengan kata lain kadang kadang bercanggah sama sekali dengan amalan poligami Rasulullah SAW.
Tidak lama dulu saya pernah tegor salah seorang Doktor perubatan yang sering bercakap dalam rancangan 

Islam terbitan TV tempatan yang mengatakan poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam di Negara ini.

Bagi saya pandangan itu Salah faham yang amat sangat, kerana poligami yang diharuskan Islam itu untuk dan boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam jika diamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Yang masalahnya ialah poligami lelaki  di Negara ini tak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat islam. Ini realistic. Tidak dapat dinafikan kebanyakan boleh menghuru harakan masyarakat Islam.

Mengapa tidak? Kerana poligami yang diamalkan oleh lelaki hari ini tidak ikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Boleh kita katakan ia tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.Maka sangat salah dan berdosa besar jika kita kata poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam.

Oleh itu, wahai ustazah dan ustaz hati hatilah ketika menjawap pertanyaan dari orang ramai lebih lagi labih lagi orang awam yang kebanyakannya jahil dengan ajaran Islam.





11 comments:

Jiazah said...

Setahu saya setiap sunnah Rasulullah Para shabat yg terdekat pasti mengikutinya.. shabat2 yg dijanjikn surga. Boleh tdk mana2 info memberitahu sya para shabat yg berpoligami? mksud sya bkn kerna mengambil janda2 yg kematian suami kerna berjihad. Sedangkan sya terbaca 1 kisah Saidina Ali ingin berpoligami dn bertanya kpd Rasulullah.. Rasulullah membenarkan tetapi dgn syarat ceraikan Fatimah. kerna layanan dan cara hidup Fatimah seperti 4org istri.lalu turun ayat mengatakan "jgn mcari salah kpd istri2 yg taat dn yg sentiasa disisi suaminya"salah skek2 tu adatla.. saya cuba2 mcari mana2 kisah sejarah tentang para shabat berpoligami namun sehingga hari ini masih gagal. sebab dlm fikiran sya pasti shabat yg ikuti dahulu segala sunnah2 Rasulullah. Jika para shabat tdk mengikuti mngapa kita beriya2 mpertahanknya?

abdullahngah said...

Poligami itu sunnah, ada nas yang sahih dari Al-Quran.

Dan ia suatu yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.Setiap yang diamalkan oleh Nabi ia sunnah. Mengapa bukan sunnah.

Soal diamal oleh sahabat atau tidak bukan topik tulisan saya.

Persoalannya mengapa sunnah dikatakan bukan sunnah.ini pokoknya.

Jika ikut ulamak syiah Allah salah memilih antara Ali RA.

Bagaimana mungkin Allah yang maha kuasa maha besar maha adil dan maha mulia boleh dianggap salah memilih.

Poligami bukan sunnah bagi syiah tapi kahwin mutaah harus.

Jiazah said...

Utk abdullangah Boleh usulkn sya ayat mana nas mana yg menyatakn berpoligami itu sunnah? Adakah setiap amalan atau perbuatan Rasulullah itu sunnah? setahu sya setiap pbuatan atau amalan rasulullah kmudian rasulullah menyarankn kpd yg lain utk diamal atau dilakukn itu baru sunnah. sekadar dia lakukan tanpa memberi apa2 saranan itu bkn sunnah. ada satu ketika Rasulullah melarang para sahabat berpuasa mengikut cara rasulullah dimana berbuka dn bersahur hanya menjamah sedikit sahaja makanan terlalu sdikit.dn berpuasa berhari2. ini contohlah.. bergitu juga dgn kahwin. Berkahwin itu sunnah sebab rasulullah ada menyarankn dgn sebab2nya sekali. tetapi poligami sya tk pernah dgr pulak. tetapi sya sekali2 tdk menyatakn poligami itu haram atau salah. soal syiah tk masuk bab itu soal lain.

mohdrahma said...

masalah poligami selalunya ia lebih kepada masalah hati. isteri sering merasakan merekalah yang paling berhak keatas suami mereka, tetapi jika tidak silap saya ibu suamilah yang paling berhak keatas suami mereka.

abdullahngah said...

Nasnya ialahDan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka)maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kamudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang saja atau (pakailah)hamba hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat(untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman" Surah An-Nisaa'ayat 3.(Tafsir pimpinan Ar Rahman).

Sunnah terbahagi kepada dua. Ada sunnah wajib bagi Rasulullah SAW dan sunat (harus) bagi orang awam.

Allah telah menjelaskan dalam surah al- Hashr 59-7 "dan apa apa yang Rasul bawa kepada kamu maka hendaklah kamu ambil dan apa apa yang Rasul larang maka hendaklah kamu tinggal. Sesungguhnya azab Allah itu sangat keras".

Rasulullah SAW memerintah orang Islam supaya mengambil sunnah untuk dijadikan hujah syarak.

Antara nas nas hadis itu adalah seperti sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang mentaatiku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang menderhaka kepada ku maka dia telah menderhaka kepada Allah. sesiapa yang mengikut suruhanku sesungguhnya dia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada suruhanku sesungguhnya dia telah menderhakaiku" (hadis Al Bukhary

Anonymous said...

nabi saw pernah menceraikan isterinya, jadi, cerai juga sunnah?

abdullahngah said...


Apa apa yang dilakukan oleh Nabi adalah sunnah, termasuk cerai, terutama sekali apabila isteri berlaku derhaka terhadap suami.

Derhaka atau membantah perintah kebaiakan suami penyebab suami jadi lelaki dayus.

lelaki dayus antara manusia yang tidak diterima doanya.

oleh itu suami mahu tidak mahu wajib menceraikan isterinya agar bebas dari jadi seorang lelaki dayus.


TheInsider said...

Assalamualaikum wbt..

Baginda Rasulullah SAW tidak pernah memadukan isteri pertama baginda Saydatinal Khadijah RA..adakah mereka yang memadukan isteri pertama mereka mengikut sunnah atau tidak?

LaCRyMosA said...

Hukum Poligami Dalam Fiqah Syafi'e

Mengikut Kitab al-Fiqhul Manhaji, Kitab Fiqh Mazhab Syafie menerangkan bahawa
hukum asal poligami adalah harus (bukannya sunnah). Namun, hukum asal poligami boleh berubah menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

Oleh kerana penulis ternyata tiada pengetahuan mendalam seperti Imam Syafie, rasanya tak betul kot yg poligami itu sunnah. Wasalam.

Anonymous said...

Poligami bukan sunah tapi amalan zaman jahiliah. Nabi tidak poligamikan isteri pertama. Nabi hanya poligami bila ramai janda akibat perang. Usah terpedaya dgn ajaran pro kaki sex kononnya poligami sunah Nabi.
Sunah sebenar Nabi ialah monogami bukan poligami. Poligami byk buruknya. Hukum poligami menghampiri haram pada situasi2 tertentu.
An-Nisa 3 larang poligami jika tak mampu adil. An-Nisa 129 sebut lelaki tak mampu adil walau cuba adil dgn wanita..
Maksudnya, boleh berpoligami jika mampu berlaku adil tetapi lelaki tidak mampu adil walaupun cuba adil maka poligami bukanlah sunnah!
kalu betul2 nak contohi sunnah nabi kenalah betul2 ikut sunnah nabi..jangan ikut nafsu je..

wan Nawang Wan Ali said...

Sunnah dari bahasa banyak pengertian. Perkataan ini berasal daripada kata nama Arab.Jamaknya sunan. Antara maksudnya ialah al- tariqah (jalan), al- Sirah (perjalanan) atau sejarah hidup seseorang sama ada baik atau pun jahat.(al-Muqri al-Fayyumi,t.th,:292).

Dalam al-qamus al- muhit, makna sunnah antaranya ialah muka, bonggol pada dua pipi, kawasan muka, gambar, dahi, tepi dahi kanan dan kiri, perjalanan, tabiat, dan sejenis buah tamar di Madinah.

Sunnah Allah ialah hokum Allah, suruhan dan larangannya (al- Fayruz Abadi, t.th: 239) Dalam Mu’jam al-Alfaz wa al-A’lam al-Quraniyyah, sunnah bermaksud jalan, peraturan dan garis panduan yang diikuti.

Oleh itu,jika dikatakan “Dia membuat satu jalan kebaikan” sertinya dia memulakan satu amalan kebaikan yang belum dikenali oleh kaumnya. Jika disebut sunnah Allah bermaksud syariat Allah dan jalannya dan apa apa yang berlaku keatas mahkluk dengan mengikut peraturan dan ketentuan. Jika disebut sunan al-Awalin bermaksud peristewa yang berlaku keatas mereka ( Muhammad Isma’il, t.th:245).

Perkataan sunnah banyak disebut dalam hadith yang mempunyai berbagai bagai maksud. Contohnya hadith riwayat Muslim (t.th.,kitabal-‘Ilm Ban Man sanna sunnah hazanah aw Sayyi’ah wan Man Da’a ila huda aw Dalalah) daripada Jarir ibn Abd Allah:
Maksudnya: “sesiapa yang membuat satu kebaikan dalam Islam, maka kebaikan itu diamalkan oleh orang selepasnya, dicatat baginya ganjaran pahala yang sama dengan orang mengamalkan kebaikan itu dengan tidak mengurang sesutu pun daripada pahala pahala mereka, dan sesiapa membuat satu kejahatan dalam islam, maka kejahatan itu diamalkan oleh orang selepasnya, dicatat baginya dosa yang sama dengan dosa orang yang melakukan kejahatan itu dengan tidak mengurang sesuatu pun daripada dosa dosa mereka”
Dalam riwayat lain daripada Abu Said al- Khudri daripada Rasulullah SAW: (muslim, t.th., kitab al- ‘IlmBab Ittiba’ sunan al- Yahudi wa al-Nasara)
Maksudnya: “ Sesungguhnya engkau akan mengikut amalan amalan (cara hidup) orang orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga andaikan mereka masuk kelubang biawak sekalipun sudah tentu kamu akan mengikut mereka. Kami bertanya: Hai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan (orang orang sebelum kamu itu) orang Yahudi dan nasrani? Lalu baginda menjawab, maka siapa lagi”.

Kedua dua hadith diatas menunjukkan bahawa maksud sunnah ialah amalan atau peraturan hidup yang telah dilakukan oleh individu atau massyarakat, kemudian amalan amalan itu diwarisi dan dihidupkan kembali oleh orang orang selepasnya.

Hadith pertama menerangkan tentang kelebihan orang yang memulakan satu satu amalan kebajikan dan kerugian kepada orang yang memulakan kerja kejahatan. Kemudian kedua dua amalan itu dihidupkan kembali oleh orang lain.

Dalam hal ini pahala dan balasan dosa turut dirasai oleh orang pertama yang memulakan amalan itu.Hadith kedua ialah mukjizat Rasulullah SAW kerana pada masa baginda, umat Islam tidak lagi dipengaruhi oleh orang orang Yahudi dan Kristian.

Namun, umat islam selepas baginda waft, terutmn dalam abad kini, sudah mengambil budaya barat sebagai cara hidup mereka, dengan berselindung disebalik istilah modenisasi yang tidak terbatas, sehingga ada dikalangan mereka yang menyimpang daripada Islam.

Dari sudut istilah, para ulama’ telah mentakrifkan sunnah dengan beberapa takrif mengikut bidang masing masing. Pada asasnya takrif takrif yang diberi tidak bercanggah antara satu dengan yang lain. Tujuan mereka adalah untuk mentaati Allah SWT dan rasulNya Muhammad SAW dengan berhujah kepada dalil dalil whyu yang diturunkan kepad Baginda.