Pendek kata hampir semua Pucuk kepimpinan umno telah
mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata kata kalau anak jantan sila
tunjukkan.
Dari segi fizikal antara jantan dan betina boleh dizahirkan
melalui kemaluanya, tetapi zaman jahiliah modern kadang kadang jantan boleh tukar “jantinanya”. Manakala
yang betina tidak boleh berbuat demikian.
Semua rakyat 1 Malaysia mengenali Anwar Ibrahim sebagai
jantan dan dicabar supaya tunjuk kejantanannya.
Anwar dianggap oleh musuh politiknya tidak berani
menunjukkan kejantanannya atas sebab tertentu yang mungkin tidak boleh di
elakkan kerana kononnya dia ada RM 3 bilion dalam satu akauan semasa menjadi
timbalan perdana menteri dulu.
Sebaik saja dicabar oleh Ta Sri Muhyiddin Yassin Anwar
Ibrahim buat kenyataan media mencabar balik agar timbalan perdana
mengisytiharkan hartanya.
Dengan cabaran balas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin membisu
seribu bahasa. Maka isu tersebut mati tiba tiba.
Oleh kerana pucuk kepimpinan umno teringin sangat agar Anwar
Ibrahim tunjuk kejantannnya, maka dinyatakan yang dia akan bersara dalam arena
politik jika gagal tawan putra jaya selepas PRU 13 nanti.
Pada saya sah inilah
Anwar Ibrahim adalah “anak jantan” kerana berani menyatakan yang dia akan
bersara dalam dunia politik.
Walaupun ada pucuk kepimpinan umno berkata itu hanya
Psikologi Anwar Ibrahim saja, tapi pada saya itulah perisip yang di pegangnya.
Beliau
berani bertindak demikian sepertimana pernah dilakukan sebelum ini. Inilah sikap seorang pemimpin yang “berwibawa” dan
“berkarisma” kerana beliau faham kedudukan dan pengaruhnya dalam politik
mutakhir ini.Macam juga Datuk Seri Tuan Guru Abdul Haji Hadi Awang yang menyatakan yang dia akan bersara.
Bayangkan PRU 12 pengaruhnya boleh menafikan 2/3 wakil umno
dalam parlimen. Jika PRU 13 nanti PR gagal tawan putrajaya bermakna pengaruhnya
jatuh merudum, maka tiada guna lagi beliau bergiat cergas dalam arena politik
Negara miskipun PR memerlukannya.
Siapakah pucuk kepimpinan umno yang berani berbuat demikian? Setakat hari
ini belum seorang pun yang berani menyatakan yang dia akan bersara, Tun
Abdullah Ahmad Badawi diugut dan dihambat tinggalkan jawatan perdana menteri dan presiden umno dianggap buruk dikepala oleh Tun Mahathir.
Tun Mahathir berbuat demikian kerana pengaruhnya jatuh
merudum dalam PRU 10 (1999) dan juga factor usia yang begitu lanjut dan lama memerintah.
Atas sebab itulah Tun Mahathir bersara berbanding Anwar Ibrahim yang berusia 65 tahun
2012.Masih layak memerintah Negara 1 Malaysia ini.
Atas sebab beliau anak jantan, maka dinyatakan hasratnya yang
dia akan bersara jika PR gagal tawan Putrajaya selepas PRU 13 nanti.Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat, walaupun sering uzur dan lanjut usianya.Tiada sebab dia akan berbuat demikian.
Dengan daya juang yang tinggi dan dengan samangat yang ketal, belum ada niat
dan hasratnya untuk bersara, malah ada pihak mengatakan yang dia akan
bertanding sebagai ahli parlimen PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment