Saturday, November 3, 2012

PAS kena fikiri hasrat presidennya



Dahulu PAS meletakkan Subky Latif  bertanding melawan Dr. Mahahtir Mohamad  perdana menteri di Parlimen Kedah.

Saya percaya, Subky Latih tidak menawarkan dirinya untuk mencabar perdana menteri di Parlimen Kedah suatu masa dahulu.Akan tetapi itu adalah kehendak yang diputuskan PAS pusat.

Tidak sepertimana Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang telah  menawarkan dirinya bertanding di Parlimen Pekan Pahang.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang  bersedia bertanding melawan Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Parlimen Pekan PRU 13 nanti.

Pada saya, itu adalah merupakan hasratnya yang perlu di fikiri PAS pusat sama ada sesuai atau tidak diletakkan presidennya bertanding melawan perdana menteri pada PRU 13 nanti.

DAP sudah sekian lama berbuat demikian menerusi  Lim Kit Siang, bertanding di Perak dan di Pulau Pinang luar dari negeri Melaka boleh menang.

Oleh itu, PAS harus fikiri agar hasrat presidennya tertunai  untuk menguji pengaruh salah seorang presiden yang pernah disebut sebut sebagai bakal perdana menteri Malaysia suatu masa nanti.



No comments: