Tidak dinafikan orang Melayu meluat dengan PAS, terutama
orang umno dan orang macam Ibrahim Ali miskipun jadi ahli parlimen 2008 dulu
atas tiket parti Islam semalaysia itu.
Sememangnya orang Melayu, terutama sekali yang tidak suka
dengan undang undang Islam sangat meluat dengan PAS yang mahu melaksanakannya.
Sebab itu Ibrahim Ali yang telah dipecat umno tetap meluat
dengan PAS miskipun menang sebagai ahli parlimen di Pasir Emas atas ihsan parti
Islam se Malaysia itu.
Ibrahim Ali ini bukan sahaja meluat dengan pas malah dia
sangat meluat dengan ulamak dalam parti itu terutama Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Awang.
Beliau bukan sahaja meluat tetapi pernah suatu masa dahulu
mengelarkan dua tokoh ulama PAS ini dengan gelaran ulamak tahi kucing.
Oleh itu tidak hairan percakapannya dituju khusus kepada tokoh ulamak dalam PAS
disamping melakukan penghinaan yang disengajakan untuk calar nama baik ulamak
parti islam Se Malaysia sejak dahulu.
Beliau sangat anti dengan ulamak PAS sepertimana di
nayatakan bahawa orang Melayu meluat dengan PAS mengenai kedudukan pilihanraya
kecil DUN Sungai Limau.
Penulis masih belum lupa dengan gelagat Ibrahim Ali semasa
pilihanraya kecil DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu.
Beliau percaya PAS akan kalah di DUN tersebut atas sebab
orang Melayu meluat dengan PAS sepertimana dinyatakan bahawa PAS akan kalah di
DUN Sungai Limau.
PAS tetap dapat mempertahankan kerusi DUN Manik Urai dengan majority kecil miskipun puluhan juta
ringgit dilaburkan sama juga dengan apa yang dilakukan di Dun Sungai Limau yang
dilihat PAS memang tak ada harapan untuk menang.
Insya Allah PAS dapat mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau 4 November ini dengan majoriti tipis sepertimana yang pernah berlaku di DUN Manik Urai Kuala Krai Kelantan dulu..
No comments:
Post a Comment