Tuesday, January 21, 2014

Bilakah Kristian bertuhankan Allah

Penulis setuju dengan tindakan JAIS merampas Bible terjemahan Bahasa Melayu biarpun Tun Mahathir Mohamad tidak setuju.

Penulis boleh buktikan ketidaksetujuan Tun Mahathir Mohammad iaitu  anaknya Marina bersama sama dengan pertubuhan Kristian sebagai mewakili ayahandanya tanda protes.

Walaupun Tun Mahathir pernah berkata Melayu mudah lupa, tetapi penulis belum lupa yang Tun Mahathir semasa jadi perdana menteri sangat berharap Bible di terjermahkan ke Bahasa Melayu agar orang Melayu faham agama Kristian.

Mengapa penulis setuju dengan tindakan JAIS. Kerana Agama Kristian tidak boleh disebar kepada orang Melayu beragama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan Negara.Ia juga bertepatan dengan SOP enakmen JAIS.

Oleh itu sangat wajar JAIS merampas Bible terjermahan Bahasa Melayu yang motifnya tidak lain dan tidak bukan untuk dibahagi bahagi kepada orang melayu beragama Islam.

Penulis difahamkan tujuan terjemahan bible ke Bahasa Melayu bukan untuk orang China dan India meskipun dua bangsa majmud Malaysia ini fasis berbahasa Melayu.

Apakah motif sebenar terjemahan Bible ke Bahasa Melayu? Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia.

Jika bertujuan untuk menyebarkan agama Kristian kepada orang China dan India pasti Bible diterjemahkan kepada Bahasa China dan India yang tidak bercanggah dengan perlembagaan Negara.

Seperkara lagi apa sebab Kristian di Malaysia ini mati matian mahu nama GOD di terjemahkan sebagai nama Allah yang pada penulis sangat tidak bertepatan.

Mengapa nama Allah mati matian akan digunakan dalam Bible berbahasa Melayu. Sudah tentu ada tujuan yang tersurat dan tersirat.

Bila masanya Kristian bertuhankan kepada Allah, sedangkan Tuhannya tiga (trinity) yang sangat tidak munasabah dengan tuntutan mahukan kalimah Allah di gunakan dalam Bible terjermahan Bahasa Melayu.

Ini tidak menghairankan penulis kerana Allah sudah beritahu kepada kita bahawa orang Kristian dan Yahudi tidak akan duduk diam, selagi orang islam tidak ikut kehendak agama mereka.





7 comments:

Natasha said...

Cuba baca terjemahan bible bahasa Arab..Mereka guna God atau Allah?

abdullahngah said...

memang bible bahasa Arab GOD itu Allah.

Atas sebab itulah ramai orang arab jadi kristian.

Menyangka bible itu kitab suci yang diwahyu kepada Yuses, sedangkan Bible itu bukan injil. Malah telah diselewengkan Paulus.

Layakkah GOD itu diterjermahkan sebagai Allah.

Anonymous said...

Apa la ko ni..cara ko cakap pun dah syirik..mi la masalahnya bila orang melayu anggap Islam ni macam agama dia punya ...macam Yahudi ingat agama dia utk bangsa dia saja..kalu x tau bab fekah..tok sah duk sembang lee
cuba ko dengar ceramah dr bekas meubaligh kristian ni yg masuk Islam..baru kau tau ko tu dah kena tipu gan UMNO kering22!
http://www.youtube.com/watch?v=3vHvle4QDGU

Abdullah Ngah said...

fekah banyak, fekah apa yang ada kena mengena dengan kristian

Anonymous said...

untuk menarik orang lain menganut agama kita..seharusnya menunjukan sesuatu yg baik dan terpuji dan orang akan faham keindahan agama kita bukannya saling bercakaran dan menghina orang lain konon2nya kita la yg paling pandai tentang agama kita sedangkan yg bercakap pun kekadang pelajaran agama pun sekadar abc...berfikir dgn otak lain berbanding berfikir dgn emosi..

Abdullah Ngah said...

Dimanakah tidak baiknya kita? Kita tidak pernah menghina orang lain. Tapi bagaimana pula apabila Buku Bible menghina Nabi Isa dan Allah Subha nahu wataala.

Dalam Buku bible terang terangan melakukan fitnah terhadap nabi Isa dan Allah Subha nahu wataala.

Wajar menfitnah Nabi Isa sebagai anak Allah dan Allah itu bapa dan Allah pula dikatakan ada anak beranak.

Pada saya kalau buku syiah diharamkan Jakim. Kalau buku syiah diharamkan adalah sangat wajar buku bible bahasa Melayu diharamkan kerana mengatakan Allah ada anak. Anaknya Allah Nabi isa.

Banyak lagi fitnah yang dilakukan kristian dalam buku Bible yang dikatakan alkitab suci sedangkan isinya telah diselewengan oleh Paulus (yahudi) laknatullah itu.

Rody Joeseh said...

kami org sabah sarawak dah berabad blajar doa selok belok kristian dgn nama 'Allah bapa'...'Putra'...dan 'Roh kudus' amin..kaum muslim jg sama2 menggunakan siap melaung nama 'Allah' masa azan..tp ajaib kan?kmi tetap aman wlau berbilang kaum dan agama.proud to be sabahan