Penulis dengar kata kata sepertimana tajuk rencana ini dari
banyak mulut. Akan tetapi ada yang tidak setuju dan ada yang sangat setuju.
Mengapa? Kerana
memang Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap umno sebagai seorang tokoh politik
yang gila kuasa dan nak jadi perdana menteri.
Ada yang kata kalau Anwar Ibrahim dicalonkan sahlah dia
adalah seorang tokoh politik Negara yang gila kuasa dan kepingin nak jadi
perdana menteri.
Tajuk rencana diatas penulis dapat dari banyak mulut Selasa
28 Januari 2014 jam 10.00 pagi disalah sebuah kedai kopi di Pekan Batu Enam,
Kuala Nerus.
Jam 4 Petang penulis membaca berita di TKO MB Besar Selangor
Tan Sri Khalid Ibrahim umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang.
Penulis tidak tahu sejauh mana berita kebenaran pengumuman
MB Selangor itu tidak dapat diketahui.
Kata orang awas ada, berita dalam “internet” yang tidak
boleh dipercaya kerana ada berita yang benar, tetapi disiarkan juga.
Persoalan sekarang mengapa MB Selangor umum Anwar Ibrahim
sebagai calon DUN Kajang, sedangkan ia boleh dijadikan isu sepertimana tajuk
rencana penulis yang buruk ada pada diri dan boleh menjejaskan reputasi Anwar
Ibrahim.
Penulis yakin dan percaya tindakan bijaksana MB Selangor
untuk mengatasi kemeluk yang berlaku pada dirinya.
Inilah satu satu tindakan yang baik untuk menyelesaikan
permasalahan yang berlaku dalam parti keadilan rakyat yang kelihatan semakin
hari semakin buruk.
Hatta, termasuk MB Selangor meletakkan jawatan dan
diserahkan jawatan MB kepada Anwar
Ibrahim yang barangkali puak Azmin Ali boleh terima akan hakikatnya.
Tan Sri Khalid Ibrahim rela berbuat demikian semata mata
untuk mengatasi kemelut yang boleh membuat kes dan isu berlarutan dan boleh
menjejaskan reputasi kerajaan Selangor.
No comments:
Post a Comment