Thursday, May 1, 2014

Tahniah, terimakasih Datuk Bandar

Pendek kata kebanyakan penduduk Kuala Terengganu merungut dan membantah kenaikan cukai pintu sebanyak tujuh ratus peratus, dulu RM130.00 satu tahun kini RM 840.00 satu tahun

Mereka mengadu “terlalu mahal” dan “teramat mahal” dan tidak masuk akal dengan kadar baru cukai pintu rumah kediaman Bandar Kuala Terengganu itu.

Bercakap pasal cukai pintu mahal dan termahal ini teringat akan kata kata ssalah seorang pakar ekonomi Negara yang berbunyi: “ jika kerajaan benar benar mahu membela rakyat”.

Mungkin kebanyakan kita tahu makna perkataan tersebut. Oleh itu tak payahlah penulis nak sebut maknanya yang tersurat dan tersirat itu.

Atas sebab itulah penulis ucapkan tahniah dan terimakasih kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu, kerana cukai pintu baru itu teramat murah dan tidak mahal.

Dan tidak lupa juga penulis ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said menteri besar yang sangat perihatin dengan rakyat atau berjiwa rakyat itu.

Penulkis sokong jutaan peratus dengan kadar cukai baru ini, kerana boleh membahgiakan rakyat jelata. Atau dengan kata lain kadar cukai baru ini boleh menolong rakyat dalam serba serbi kehidupan.



No comments: