Orang orang
PAS, lebih lebih lagi para pemimpin lebih arif siapakah sebenarnya DAP kerana
dalam Quran ada dinyatakan bahawa orang orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali kali” akan setuju dan
suka pada Nabi Muhammad SAW. (sebahagian maksud ayat 120 surah Al Baqarah)
Barangkali
orang orang DAP bukan macam Yahudi dan Nasrani sepertimana yang dinyatakan
dalam Al-Quran, sebab itu ada yang berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang
pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.
Sehubungan
dengan itu, penulis ada dengar salah seorang pemimpin yang bergelar Datuk dan
EXCO berkata, DAP adalah “kafir zimmi”
Persoalan
yang timbul, zimmikah DAP yang menghalang hukum hudud yang hendak dilaksannakan
oleh PAS di Kelantan itu.
Pada faham
penulis kenyataan seumpama ini telah dan boleh mengelirukan umat Islam di
Malaysia ini,kerana mereka (kafir zimmi) adalah kafir yang tidak menentang penubuhan Madinah sebagai negeri Islam.
Malah
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud lebih kurang begini: ” sesiapa yang
menentang zimmi bermakna mereka itu menentang aku”
Bagaimana,
kita boleh kata DAP yang jelas dan nyata menentang pelaksanaan hukum hudud di
Kelantan. Lebih lebih lagi DAP tidak sekali kali akan membenarkan Negara
Malaysia jadi Negara Islam.
Oleh itu,
sangat tidak wajar para pemimpin berkata, DAP tidak sepatutnya menghalang
pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.
Kata kata
tersebut jelas dan nyata yang kita ini tidak benar benar mengenali siapakah
sebenarnya DAP yang bekerjasama dalam Pakatan rakyat.
Orang kampung
yang jahil ilmu agama Islam pun boleh merungut pada penulis macam mana boleh jadi begitu, sedangkan para
pemimpin PAS banyak Ilmu.
Ya tak ya
jugak. Betul juga kata kata orang PAS kampungan . Apakah kita tidak percaya
dengan ayat Allah yang bermaksud: “ orang orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali
kali akan setuju dan suka kepadamu (wahai
Muammad) sehingga engkau menurut
agama mereka.(yang telah terpesung itu).
Dari segi
bahasa Melayu perkataaan “tidak sekali
kali akan bersetuju dan suka ” suatu dalil konkrit yang harus digunapakai
oleh umat Islam sebagai panduan dan pengajaran.
Adakah patut
kita kena dengar kata kata DAP berbanding kata kata Allah dan Rasulullah SAW,
lebih lebih dalam perkara pelaksanaan hukum hudud yang tiada kena mengena
dengan orang kafir itu.
Apakah ianya
satu strategi yang strategic dalam perjanjian gabungan dengan DAP bahawa kita
kena bertolak ansur, sedangkan perintah melaksanakan hukum hudud suatu perintah
yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Atas
sebab kemurkaan Allah berfirman yang
bermaksud: “Maka disebabkan kezaliman
yang amat besar dari perbuatan orang orang Yahudi, kami haramkan atas mereka
makanan yang baik baik yang pernah dihalalkan bagi mereka. Dan disebab mereka
banyak menghalang manusia dari jalan Allah” (Surah An-Nisaa ayat 160)
Allah
nyatakan lagi dengan Frimannya yang bermaksud: “ Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba pada hal mereka telah
dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan
yang salah (tipu, judi dan sebagainya) Dan (Ingatlah) kami telah menyediakan
bagi orang orang yang kafir diantara mereka. Azab seksa yang tidak terperi
sakitnya” (surah An Nisaa ayat 161)
Oleh itu,
jelas dan nyata bagi orang orang kafir
diantara mereka bukan hanya Yahudi, tetapi termasuk orang orang DAP yang kafir
itu adalah telah dimurkai Allah Subha nahu wataala. Mengapa kita boleh redha dan masih beri harapan
sedangkan mereka (DAP) menentang penubuhanmalaysia sebagai Negara islam dan
hukum hudud sekali kali tidak akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan di Kelantan.
No comments:
Post a Comment