Hari Selesa
10 February 2015 adalah hari penentuan sama Anwar Ibrahim bebas dan di penjara
semula selama lima tahun.
Sebelum ini,
Anwar Ibrahim ada menuturkan yang
berbunyi: “ saya sedia di penjara”. Itulah kesediaan bekas timbalan perdana
menteri dan bekas menteri kewangan yang dibunuh tidak mati.
Anwar
Ibrahim hidup semula apabila teraju Negara diambil alih Tun Abdullah Ahmad
Badawi. Demikian nasib bekas timbalan presiden umno yang karismanya masih
disanjung sebahagian ahli umno.
Ada suara
yang mengatakan pergerakan pemuda umno disamping berada di belakang Datuk Seri
Najib Razak ia juga dikatakan berada di belakang Anwar Ibrahim kebelakangan
ini.
Sehari dua
ini penulis ada dengar kata kata yang dituturkan Anwar Ibrahim yang berbunyi:
“Apa nak jadi, jadilah” yang seolah olah telah menyerah diri pada takdir Allah.
Antara
perkataan yang berbunyi; “ saya sedia di penjara’ dengan perkataan yang
berbunyi: “apa nak jadi, jadilah” yang maknanya lebih kurang sama sahaja.
Beliau hanya
berserah kepada Takdir yang telah ditentukan Allah nasibnya sama ada masuk
penjara atau bebas dan boleh menjalankan geraklaku politik yang diminati sejak
di bangku sekolah rendah lagi.
Setelah
menuturkan perkataan yang dia sedia di penjara, hakim hakim yang mendengar
hujah hujah kedua belah pihak tidak dapat buat sebarang putusan.
Hakim hakim
menerusi budibicara kehakiman tidak boleh buat keputusan miskipun ada pihak
yang mahu supaya Anwar Ibrahim masuk penjara semula kerana berbahaya kepada
Negara yang diterajui Najib Razak.
Tidak kurang
juga yang mahu supaya Anwar Ibrahim di bebas, kerana beliau tidak bersalah atas
kes liwat 2 itu adalah konspirasi untuk
bunuh semula tokoh bekas orang nombor
dua Negara.
Penulis
yakin dan percaya keputusan yang akan dibuat oleh hakim hakim mahkamah rayuan
pada 10 February 2015 nanti atas nama budibicara hakim hakim.
Penuturan
yang berbunyi: “apa nak jadi, jadilah” akan diambikira oleh hakim hakim
berkaitan, kerana pada 10 February itu tiada lagi hujah hujah kedua belah pihak
untuk didengari hakim hakim.
Sepuluh hari
bulan February 2015 adalah merupakan hari keputusan hakim hakim sama ada Anwar
Ibrahim ke penjara atau bebas.
No comments:
Post a Comment