Ana boleh setuju apabila ada sesetengah mengatakan Datuk Kamaruddin Jaafar bekas Setiausaha Agung PAS tidak yakin dengan parti Amanah.
Dalilnya,
dia masuk parti Keadilan rakyat (PKR). Kalau dia yakin dengan parti Amanah yang
pengerusinya Mohammad Sabu, mustahil dia boleh tinggalkan parti Amanah dan
masuk PKR.
Macam dulu
dulu juga. Dia tak yakin dengan parti keadilan rakyat miskipun parti itu Bosnya yang punya. Jika dia yakin
dengan parti PKR mana mungkin dia masuk PAS.
Datuk
Kamaruddin Jaafar lebih yakin dengan pas sebab itu dia pilih pas sebagai wadah
perjuangannya. Malah telah diberi jawatan tertinggi dalam pas sebagai setiauaha agung tanpa ragu ragu.
Bermakna
pucuk kepimpinan PAS Malaysia berkeyakinan sepenuhnya dengan batang tubuh
Kamaruddin Jaafar tanpa ada sebarang sangkaan buruk miskin pun Dr Harun Din
pernah berkata, awas, musuh dalam selimut.
Pada hemat
ana keyakinan seseorang pada Pas
tidaklah buat selama lamanya yakin.Bahkan
keyakinan seseorang boleh hilang dengan isu isu tertentu.macam juga apa yang
berlaku pada G18 yang sudah tidak yakin lagi dengan pas atas sebab presidennya.
Persoalan
yang timbul, betulkah kamaruddin Jaafar tidak yakin dengan PKR parti boisnya
(Anwar Ibrahim) sehingga sanggup masuk pas.
Mungkin
kemasukan beliau itu ada agenda tertentu agar pas jadi haru biru sepertimana
yang berlaku selepas bertahaluf siyasi dengan DAP rakan kongsi PR Kerajaan
Salngor.
Bayangkan,
Anwar Ibrahim sendiri sangat tidak yakin dengan pas. Kalau dia yakin dengan pas
mana mungkin ditubuhnya lain parti yang tersangat lemah sehingga di Terengganu
dan Kelantan tiada sebuah cawangan pun, kecuali cabang.
Pelik juga
mengapa kamaruddin Jaafar yakin dengan PKR
lantas masuk menjadi ahli yang barangkali masa depannya menjadi
gelap juga berbanding parti Amanah yang pasti menjadi malap diseluruh
Negara.
Pasti
Kamaruddin Jaafar punya agenda penting. Sebab itu dia masuk PKR dan tinggalkan
Amanah yang mana sudah tercalar imejnya
dan tidak mustahil akan jadi sebuah
parti yang tak amanah apabila diberi amanah.
Sesungguhnya
Para pemimpin parti itu antaranya adalah merupakan tokoh tokoh yang tidak amanah
setelah diberi amanah oleh pengundi dalam Pilihanraya umum ke 13 lalu.
Jika Mereka
merupakan tokoh tokoh yang amanah sepatutnya meletakan jawatan sebagai ahli Dewan negeri dan ahli dewan rakyat yang
dimenangi dalam PRU 13 lalu.Lebih lebih kemenangan mereka atas tiket PAS dan telah
bersumpah akan letak jawatan apabila masuk parti lain.
Berbalik isu kemasukan Kamaruddin Jaafar dalam PKR . sah ada agenda yang tersirat dan tersurat atau dengan kata
lain inspirasi suara dari penjara bahawa PKR perlu seseorang yang boleh menjadi
power yang kuat sepanjang ketiadaan Anwar.
Maka tidak lain tidak bukan PKR perlu tukar
setiausaha agung lain mengganti Rafizi yang kelihatan agak lemah selepas
mengambil alih setiausaha agung lalu.
Tokoh yang
Nampak kuat powernya dan berwibawa jadi setiausaha agung PKR yang kelihatan
hanyut setelah Anwar Ibrahim masuk penjara tidak lain dan tidak bukan ialah
Datuk Kamaruddin Jaafar yang kebetulan sudah banyak pengalaman dengan ABIM dan
PAS.
No comments:
Post a Comment