Thursday, December 17, 2015

Tanya akar umbi pas


Salah seorang akar umbi PAS Kuala Terengganu tanya penulis pasal umno ajak pas bergabung (menyertai) parti yang memerintah kerajaan satu Malaysia itu.

Nampak pada rauh wajahnya dia kelihatan tidak kisah sangat dengan Pas mahu bergabung dengan umno/BN yang disensasikan selepas perhimpunan Agung umno lalu.

Tidak jawap pun tak kena, jawap pun tak kena juga.kerana sama ada mahu bergabung atau tidak itu adalah hak Pas bukan hak sesiapa.PASlah yang akan menentukannya.kita hanya tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

Akan tetapi naib presiden PAS ustaz Idris Ahmad sudah beri jawapan bahawa Majlis Syura Pas tidak perlu membincangkan mengenai kerjasama Pas dengan Umno kerana itu bukan perkara penting bagi parti itu.

Bermakna bekerjasama pas dengan umno itu bukan suatu yang utama dan tak penting pun, sebab itu, Idris Ahmad berkata, tiada persidangan akan dibuat badan tertinggi Pas itu kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah jelas.

Memang pucuk kepimpianan memahami akan hakikat sebenar, akan tetapi akar umbi kebanyakan masih ada yang keliru dengan kenyataan yang dibuat oleh musyidul Am dan presiden. Lebih lebih lagi Timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man semacam menafikannya.

Pertanyaan salah seorang akar umbi Pas dari Kuala Terengganu bukan mengenai pas kerjasama dengan umno, tetapi mengenai pas bergabung dengan umno, iaitu menyertai semula macam dahulu..

Penelitian penulis sesungguhnya antara kerjasama dengan bergabung tetap berbeza. Kerjasama hal yang lain manakala bergabung yang lain.Bekerjasama mudah, tetapi bergabung teramat payah. Hal ini pernah dipertegaskan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Penulis percaya Pas boleh bekerjasama bila bila masa jika diminta dan malah sudah dinyatakan oleh Datuk Mustafa Mohammad bahawa kerjasama pas dan umno sudah berlaku selama dua tahun dah.

Kita boleh nilai dengan kata kata ustaz Idris Ahmad bahawa "Tiada keperluan untuk kita (Majlis Syura) bersidang tentang perkara itu (kerjasama dengan Umno) kerana ini bukan keutamaan parti dan bukan perkara penting."Lagipun isu ini bukan benda baharu, sudah beberapa kali disebut,"

Persoalan ini timbul, atas sebab Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap ketika merasmikan perhimpunan Agung  parti itu baru baru ini menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk mereka bekerjasama.

Bagaimanapun, priseden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam responsnya berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama dengan parti itu sekiranya Umno mahu kembali kepada landasan Islam sebenar.

Itulah syarat yang diletakkan oleh Presiden PAS  sebagai batu asas untuk pas dan umno bergabung semula setelah ditendang dahulu. Bukan kerjasama, kerana kerjasama sudah dua tahun berlaku. Ini bergabung atau menyertai semula dalam BN.

Menurut Ketua Dewan Ulama Pas pusat, Datuk Mahfodz Mohamed, Pas Pusat sudah mengadakan mesyuarat beberapa hari lalu dan perkara itu sudah dibincangkan.

"Kita sudah bincang dalam mesyuarat itu. dan apa yang dinyatakan Presiden itu disokong oleh semua yang hadir. Jadi kenyataan itu sudah jelas dan tidak perlu dibawa kepada Majlis Syura lagi," katanya.

Betul pucuk kepimpinan sudah jelas akan hakikat itu, akan tetapi pihak akar umbi pas masih keliru, miskipun kebanyakan tidak kisah sangat dengan Pas yang mahu bekerjasama dengan umno itu.

Pada hemat penulis masih ada yang teramat berat untuk memnerima dan membenarkan pas bergabung dengan umno kerana umno ketika terdesak boleh menunaikan apa sahaja syarat yang kenakan pas demi kelangsuangan dan kesimnambungan parti yang diterajui oleh perdana menteri yang berjiwa besar dan bernafsu besar itu.

Sesungguhnya menurut Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Majlis Syura akan bersidang sekiranya ada perkara baharu yang memberi kesan besar kepada parti.

Penelitian penulis ajakan presiden umno tempohari itu disambut dengan serius bukan suatu yang main main dan ada responnya tidak sepertimana sebelum ini. Oleh itu ajakan priseden umno kali ini bukanlah ajak ajak ayam.

Dalam satu temu bual bersama BernamaTV, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendedahkan Najib akan bertemu dengan Hadi dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.

Katanya, pertemuan itu nanti satu perkembangan positif susulan tindakan Umno yang mahu menghulurkan silaturahim kepada Pas.

Kesimpulannya tidak mustahil pas dan umno akan bergabung semula suatu masa nanti jika umno   bersetuju dengan syarat umno kena kembali kepada landasan yang sebenarnya yang diletakkan oleh presiden Pas itu dan ahli akar umbi boleh setuju dan taatsetia jika ia boleh menyelamatkan bangsa Melayu, agama islam dan negara dari dijajah semula.



No comments: