Friday, April 1, 2016

Kita tidak kenal musuh sebenar?



Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah, pada rencana kolum Isnin akhbar Sinar harian bertajuk Kenalilah musuh sebenarnya.

Penulis berani buat kesimpulan, memang kita tidak mengenali musuh sebenar kita. Atas sebab ini kita sering ditipu dan tertipu.

Bukan setakat itu sahaja, malah kita sangat mudah ditipu dan kena tipu, termasuk habis harta benda dan jadi muflis.

Rencana Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah ditulis berdasarkan pas yang sering terperangkap kes kena tipu atas sebab tidak kenali musuh sebenarnya.

Oleh itu, beliau sangat sangat mengharapkan pas kenalilah musuh sebenarnya dan meminta mempertahankan kerusinya, malah patut menambah lagi kerusi sedia ada dalam PRU14.

Sesiapa pun pasti marah apabila kita berkata saudara tidak kenali musuh sebenarnya saudara.Apatah lagi dengan pucuk kepimpinan pas yang rasa diri masing masing bagus.

Kalau kita mengenali musuh sebenarnya mana mungkin boleh melakukan korban apa sahaja, termasuk mengadakan kerjasama dengan DAP anti Islam itu.

Agama Islam melarang kita  tolong orang orang kafir sebaliknya kita gemar dan cenderung menolong orang kafir.

Pada hal Allah SWT sudah beritahu dengan jelas dan nyata bahawa orang orang kafir adalah musuhNya. Musuh Rasulullah SAW dan musuh Islam.

Allah Larang kita duduk bersama sama dengan orang orang kafir, tapi kita bekerjasama dengan partinya atas nama kalau sendirian tidak boleh menang dalam pilihanraya.

Bukan setakat itu sahaja, malah dibuat kenyataan terbuka menerusi media massa, boleh berkawan dengan yahudi dan kristian tidak memusuhi kita.Kita tidak rugi bekerjasama dengan DAP

Pada hal Allah SWT sudah nyatakan dengan sejelas jelasnya bahawa Orang orang Yahudi dan Nasrani sekali kali tidak akan bersetuju dan suka dengan Nabi Muhammad SAW.

Jikalau Nabi Muhammad dibenci. Apatah lagi dengan kita sebagai manusia biasa ini yang tidak pernah bebas dengan berbuat dosa.

Sah, bahawa kita memang tidak kenali musuh sebenarnya kita. Kalau kita kenali musuh sebenarnya kita, mana mungkin kita berbuat suatu yang dilarang Allah yang telah dinyatakan didalam Al Quran.termasuk matlamat menghalalkan cara.

Allah SWT larang kita jangan jadi macam kafir dan jangan sekali kali ikut kafir.Tapi hari ini kita telah, sedang dan akan jadi macam kafir dan ikut kafir.


9 comments:

Anonymous said...

Astaga..kalau allah larang baikdengan kafir macammana pula sabda nabi suruh tuntut ilmu sampai negeri china..siapa yg islam di negeri china.rtedhuan tee pun lahir di malaysia.pendek sungguh akal mung..hj hadi ker yg ajor mung.allah larang ikut kafir sehingga kita jadi kafir.nampaknye kita tak bleh lagi beli barang2 cina dan lain2 di pasar raya dan kedai2 bukan melayu kerana kapir.barang ape yg ada melayu islam atau arab buat.telefon dan komputer yg mung beli melayu mana buat?berat nanang puak2 pas pusing sana pusing sini.

abdullah ngah said...

saudara,
tahukah anda yang anda kata sabda nabi suruh tuntut ilmu sampai negeri china..siapa yg islam di negeri china itu, ia bukan sabda Rasulullah SAW. Ia adalah hadis palsu. sila rujuk buku himpunan hadis hadis palsu yang ada dipasaran.

Anonymous said...

mountdweller88
Terjemahan dari otak dan hatiku
Saturday, April 2, 2016
Inikah yg dikatakan politik MATANG?
Inikah yg dikatakan politik MATANG?

Kenyataan politik paling BODOH DAN KELAKAR BAGI TAHUN 2016 dan sebelumnya.
Mungkin inilah sebabnya secara MAJORITI PAS membisu apabila skandal demi skandal melanda NAJIB dan kerajaannya.

ALASANNYA....PAS TAK INGIN CAMPUR URUSAN BN/UMNO!

KENYATAAN MEDIA PAS TERENGGANU.

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) menyifatkan, situasi ketegangan politik yang berlaku dalam negeri Terengganu adalah masalah dalaman Umno, yang melibatkan Menteri Besar (MB) Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas MB Dato' Seri Ahmad Said.

Jawapan dan pertanyaan:-

Isu ini bermula dengan adanya UNDI tidak percaya kepada MB. Menteri Besar tu jawatan parti atau jawatan ketua Kerajaan bagi Negeri Terengganu?

2. PAS tidak wajar dibabitkan dan PAS tidak akan mencampuri urusan dalaman Umno Terengganu kerana ia tidak ada kena mengena dengan PAS.

Jawapan dan pertanyaan:-

Jika ianya tidak ada kena mengena dengan PAS, kenapa KALIAN MELALAK DIDALAM SIDANG DUN PABILA MB TERENGGANU DIUSULKAN UNDI TIDAK PERCAYA?

3. Oleh itu, PAS memberi peringatan kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional Terengganu, agar sebarang perbalahan dalaman dan krisis yang berlaku ini, jangan sampai menyusahkan dan mengheret rakyat ke kancah politik yang keterlaluan, sehingga mengabaikan kebajikan, kehidupan dan masa depan rakyat.

Jawapan dan pertanyaan:-

Rujuk kenyataan No 2. Apa perlu anda campur urusan UMNO?

4. PAS tidak bersetuju dan menentang sebarang ketidakadilan, mengambil alih peruntukan yang sepatutnya diuruskan oleh wakil rakyat adalah satu amalan yang buruk dalam tadbir urus sesebuah kerajaan. Kerajaan Barisan Nasional Terengganu perlu melaksanakan transformasi menyeluruh, bukan hanya sekadar slogan.

Jawapan dan pertanyaan:-

Rujuk kenyataan No 2. Apa perlu anda campur urusan UMNO?

Mengambil alih peruntukkan adalah merujuk kepada yg PERNAH menerima peruntukkan. PAS tidak pernah menerima peruntukkan dari KERAJAAN BARISAN NASIONAL untuk ADUNNYA. Tentulah kenyataan ini merujuk kepada penarikkan peruntukkan kepada ADUN BN/UMNO Kijal yg ditarik balik oleh MB Terengganu.

SEKALI LAGI, CAKAP TAK SERUPA BIKIN....Rujuk Kenyataan No 2.

5. PAS juga, sama sekali tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan yang menyalahi peraturan dan perlembagaan, tindakan merampas kuasa sebagaimana dilakukan oleh Barisan Nasional negeri Perak adalah tindakan yang keji.

Jawapan dan pertanyaan:-

Jahat atau baik itu URUSAN UMNO/BN.

Rujuk kenyataan No 2. Apa perlu anda campur urusan BN/UMNO?

6. Sekiranya isu yang melanda politik negeri ini tidak dapat diselesaikan, maka mandat perlulah diserah semula kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru melalui pilihanraya.

Jawapan dan pertanyaan:-

WAYANG KULIT YG DIIRINGI DENGAN JOGET POLITIK MATANG!

7. Walau apa pun yang mungkin berlaku, negeri Terengganu adalah negeri Raja Berperlembagaan. Sultan adalah payung negeri. Justeru pandangan tuanku sultan adalah amat dihormati.

YB Ustaz Satiful Bahri Mamat
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka
22 Jamadil-akhir 1437/ 31 Mac, 2016

Anonymous said...

Himpunan

Anonymous said...

Nabi menyeru islam kpd kafir musyrikin dengan cara baik.kalau dengan cara kasar tentu islam tidak berkembang.penduduk yahudi nabi terima dikota madinah dengan syarat2.kenapa nabi tak halau atau bunuh saje semua yahudi.adakah ini palsu?

abdullah ngah said...

sejarah telah membuktikan, Rasulullah SAW telah menghalau yahudi di Madinah. Selepas itu Nabi perintah Omar RA halau semua yahudi dari bumi Madinah. Sebab itu hingga sekarang tiada lagi yahudi di madinah dan mekkah.

Anonymous said...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1210.0

Anonymous said...

Adakah dimadinah dan makkah tiada lagi orang kafir selain yahudi?

abdullah ngah said...

Prosedur kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kafir memasuki Madinah dan Mekkah.Tidak mustahil ada tenagakerja kafir masuk dengan Pas kerja di Mekkah, kerana baru baru ini kita diberitahu (dilaporkan) seramai 40 orang tenagakerja China di Mekkah memeluk Islam. sejauhmana kebenaranya kita tidak tahu.Di Jedah memang ramai kafir yang berurus niaga.