Wednesday, May 18, 2016

HUSAM MUSA JATUH CINTA?



Penulis kenal Husam Musa sama macam penulis kenal Mohammad Sabu, akan tetapi kedua dua tokoh ini tidak mengenali penulis.

Maka tidak salah dengan pendapat penulis yang berbunyi: Husam Musa sudah lama jatuh cinta dengan umno.

Ini bukan prejudis. Husam Musa akan marah apabila kita cakap yang dia sudah jatuh cinta dengan parti umno.Biarkan, memang itulah hakikatnya

Sebab itu, dia tidak buat hal yang bukan bukan sepanjang duduk dalam Pas, termasuk lemparkan batu sembunyikan tangan.

Tindakan Husam Musa semasa jadi exco, orang yang disayangi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat banyak merugikan Pas sepertimana di sebut oleh Abang Jak baru baru ini.

Tidak dinafikan beliau juga amat berjasa besar kepada pas kerana Berjaya memperolehi  premium tanah FeLDA seluruh negeri kelantan yang tidak dibayar selama ini.

Husam Musa tidak akan pilih parti Amanah. percayalah,kerana beliau tidak pernah selari (ngang) dengan Muhamad Sabu semasa duduk  bahtera Pas.Beliau tidak sekali kali iktiraf Mat Sabu sebagai presidennya.

Atas sebab itulah dia tidak bertindak lari macam G18, selepas kalah teruk dalam Muktamar tempohari.

Sesungguhnya dia selama ini semamangnya tidak pernah bersetuju dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Kebanyakan tidak sedar bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang gemar lempar batu sembunyikan tangan. Akan tetapi ramai kalangan orang pas tidak menyedarinya sehingga tergamak di dewa dewakan.

Malah ada kalangan pemimpin pas yang mengatakan beliau satu satunya tokoh wibawa dan akan menjadi nahkoda bahtera pas selepas ini.

Demikian juga Mat Sabu. Kebanyakan cermahnya boleh merugikan pas.Mengapa tidak. Allah larang mengejek dan menghina batang tubuh sesame manusia dengan gelaran yang buruk buruk.

Akan tetapi beliau sangat gemar dan cenderung dengan gaya ceramah tersebut walaupun pas telah adakan garis panduan agar nama baik parti tidak tercalar.




3 comments:

Anonymous said...

Allah larang mengejek tapi tuang ptrsiden awak gelar barua dll lagi..ape ni..kalau husam sembunyi tangan takkan dia tegor Pas secara terbuka..penulis ni kerana sayang sangat presiden yg baik sangat dengan najib jadi selalu tersasar.tak boleh baik dengan kapir tapi di serawak pas letak calon kapir..ooooo...

Keluarga Tiadat said...

Rasanya Hj Hadi dlm ceramah politik tidak menyebut nama individu yg ingin disanggahnya kecuali nama2 spt firaun, abu lahab dan abdullah bin ubai. Kalau dia sebut barua atau pengedar pil kuda pun bukan menyebut nama2 melaun tu.. yang terasa sahaja yang melatah.

Husam eloklah menerima hakikat zaman dia berakhir sbgm Anwar. Bahtera parti terus berlayar dan tiada guna berguling2 di pelabuhan.

Anonymous said...

Betul tu husam bwk2 lah dok diam...zaman kamu dah berakhir...