Wednesday, June 28, 2017

Allah larang lelaki berkahwin



Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir, sedangkan dalil qati’e firman Allah yang bermaksud: “janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman”.

Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah oleh Allah kepada lelaki Islam dengan perempuan kafir,dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir.

Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada semua lelaki beragama Islam.

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat lemah itu.

Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: “ Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu”.

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani  tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah,  aku berharap sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar ada kejelasannya.

 Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh  Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat  yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan lelaki boleh berkakwin sama lelaki.

 ia tidak lain dan tidak bukan suatu ajaran sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.


1 comment:

mamat said...

demikianlah mereka yang sesat sehingga berani menghalalkan yang haram, sedangkan barangsiapa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal jadi kafir