Sunday, December 8, 2019

Tun Dr Mahathir Mohammad tak bersetuju


Jika berlaku rombakan kabinet Datuk Kadir Jasin minta Tun Dr Mahathir Mohammad melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim menteri tugas khas sebagai laluan mudah pertukaran perdana menteri.

Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir baru balik dari korea berkata, beliau menyifatkan cadangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Tugas Khas.

Tegasnya, itu adalah pandangan peribadi Penasihat Komunikasi dan Medianya tak mesti bersetuju dengan nasihat tersebut.

Beliau ulangi lagi ketegasan itu  bahawa beliau tidak semestinya bersetuju dengan semua cadangan dikemukakan mana-mana pihak mengenai rombakan Kabinet.

Disini dapat kita buat kesimpulan Tun Dr Mahathir sangat tidak berminat memberi sebarang jawatan kepada Anwar Ibrahim dalam kabinetnya.

Jika Tun Mahathir tidak berstuju dengan cadangan Datuk Kadir Jasin penisihat medainya agar jawatan menteri tugas khas diberi kepada Anwar Ibrahim, apatah lagi jawatan timbalan perdana menteri dan perdana menteri.

Sah Anwar Ibrahim bukan tokoh yang akan diberi menjawat jawatan perdana menteri ke 8 miksin didakwa Tun Mahathir akan serah jawatan itu selewat lewat pada Mei 2020 ini.

Tun Dr Mahathir berkata lagi, “Itu pendapat dia (Abdul Kadir)...di Malaysia ini kita bebas bersuara dan sesiapa pun boleh buat apa-apa cadangan.
Ini merupakan jawapan Tun Dr Mahathir terhadap saranan penasihat medianya yang mengambarkan bahawa kabinet tak akan berlaku rombakan dan Nama Anwar Ibrahim tiada dalam kamusnya, hatta menteri tugas khas sekali pun.

No comments: