Monday, February 24, 2020

Anwar takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8.


Anda barangkali boleh bersetuju yang Anwar memang takut tak dapat jadi perdana menteri ke 8.

Sebab itu Dia dan DAP hari hari mendesak Tun Dr Mahathir suapaya muktamadkan peralihan kuasa yang dikatakan telah dijanjikan.

Manakala Tun Dr Mahathir pula takut jatuh dan hilang jawatan perdana menteri yang disandang selepas PRU 14.

Kedua dua orang tokoh politik tanair ini sama sama mengidap penyakit “takut”.

DS Anwar Ibrahim takut tak dapat jadi perdana menteri dan Tun Dr mahathir 
Mohammad pula takut jatuh dan hilang jawatan perdana menteri.

Tun Dr Mahathir sangat sayang dengan jawatan perdana menteri yang disandang sekarang ini.

Bayangkan seorang perdana menteri dan banyak peluang untuk kumpul harta sepanjang menjawat jawatan tersebut.

Demikian juga DS Anwar Ibrahim yang yakin dan percaya akan mendapat menjawat jawatan perdana menteri yang diimpikan selama ini.

Sesungguhnya memang dah tiada tokoh lain yang layak diangkat sebagai ketua negara kini selepas Tun Dr Mahathir Mohammad yang dikatakan sudah tua usianya.

Atas sebab takut itulah Anwar dengan bantuan DAP berusaha untuk guling Tun Dr Mahathir daripada kerajaaan pakatan harapan.

Manakala Tun Dr Mahathir pula takut jatuh dari jawapan yang disandang sekarang dengan bantuan PKR group DS Amin Ali, umno, PAS dan GPS untuk bentuk kerajaaan baru melalui pintu belakang.

Dan telah dijenamakan bahawa kerajaan baru pintu belakang itu sebagai kerajaan pakatan nasional.

Maka kita tunggu dan lihat apakah ianya suatu reality satu dua hari lagi? Atau ia hanya suatu jerangkap samar yang dipasang oleh Tun Dr Mahathir dan DS Anwar supaya kerajaan pakatan harapan ini tanpa pembangkang.


No comments: