Nampak gayanya perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak setuju atau tidak mahu royalti minyak 5 peratus dikembalikan semula kepada Terengganu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta supaya royalti 5 peratus itu di kembalikan semula. Ini telah disokong oleh setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid supaya pengurusannya lebih efisien.
Bermakna pengurusan "Dana Khas" yang dilaksanakan oleh pihak persekutuan selama empat tahun itu tidak efisien atau dengan kata lain tidak sempurna dan berkesan sepertimana yang pernah disebut.
Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosol Wahid pasti arif sangat dengan karenah itu kerana mereka adalah EXCO yang tahu apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Sebab itu mereka mahu bayaran royalti 5 peratus yang dijadikan "Wang Ehsan" pada tahun 2002 dan ditukar kepada Dana Khas pada tahun 2004 di kembalikan.
Yang peliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan mati-matian tidak mahu wang itu dikembalikan kepada Terengganu dengan menyatakan bahawa "wang ehsan" banyak membantu rakyat negeri Terengganu selama ini.
Nampaknya ada sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat. Kalau tidak mana mungkin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mengembalikan pembayaran royalti 5 peratus itu. Kalau tidak mana mungkin Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosol Wahid mahu supaya wang itu dikembalikan semula kepada Kerajaan Terengganu.
Dahulu betul lah kerajaan Terengganu diperintah oleh Pas, Tapi sekarang ini sudah diperintah Umno/BN. Ini mesti ada yang tidak kena. Kalau semuanya sudah beres mustahil Datuk Ahmad Said meminta pembayaran itu dikembalikan.
Pasti ada yang tidak kena dengan kaedah yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan. Kalau tidak mana mungkin Perdana menteri sendiri enggan menunaikan permohonan kerajaan Terengganu yang diperintah Umno/BN. Lainlah jika Terengganu di perintah oleh Pas.
No comments:
Post a Comment