Tuesday, April 29, 2008

sebut sahaja caj perkhidmatan ia bukan riba?

saya rasa sangat sedeh dengan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi malaysia mengenai pinjaman PTPTN tiada unsur riba.

Mengapa tidak? pertama dia berani menyatakan pinjaman PTPTN tiada unsur riba, sedangkan Jabatan perdana belum buat keputusan sama ada 4 peratus dahulu, kini 3 peratus yang dikenakan kepada setiap peminjam bukan bunga dan bukan faedah,

Belum ada sebarang muktamad Datuk Idris Haron sudah buat keputusan bahawa itu adalah "caj perkhidmatan"dan ianya bukan riba kerana 3 peratus yang dikenakan itu bukannya "faedah" atau "bunga".

Betul kah 3 peratus itu bukan bunga dan bukan faedah dan ianya caj perkhidmatan? Kalau dia caj perkhidmatan masakan dikenakan begitu tinggi. Kalau 3 peratus bermakna yang meminjam sebanyak RM18,000.00 angkanya akan jadi sebanyak RM18,540. itu satu tahun. Lain pula angka jika lebih tahunnya.

Kita boleh terima sebanyak RM540.00 sebagai caj perkhidmatan. Jika Ia statik tidak bergerak.Hanya dikira satu tahun sahaja. Tapi bagaimana pula RM540 dikali tiga tahun bagi yang buat diploma ( RM1,620) dan empat tahun bagi yang buat sarjana muda.(RM2,160). Ini belum lagi "caj" yang dikenakan apabila pelajar tidak membayar dalam masa yang ditetapkan. Pasti digandakan. Apakah ini bukan riba?

Bagaimana ianya boleh jadi begitu kalau dia tidak berunsur Riba?

Kita boleh terima kalau sekiranya dia tidak berubah, tetapi jika tidak dibayar ianya tertungguk dan perlu dijelaskan. Bukan setakat itu sahaja malah ada pelajar berhadapan dengan slip yang diterima angkanya berubah dari masa kemasa.

Disini dapat kita buat kesimpulan sebut sahaja caj perkhidmatan maka dia bukanlah riba. Sebut sahaja islam dia adalah halal. Islam bukan tiket untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Riba tetap riba walaupun disebut caj perkhidmatan atas nama Islam.

Wednesday, April 23, 2008

Perdana Menteri tidak mahu royalti 5 peratus dikembalikan kepada Terengganu

Nampak gayanya perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak setuju atau tidak mahu royalti minyak 5 peratus dikembalikan semula kepada Terengganu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said meminta supaya royalti 5 peratus itu di kembalikan semula. Ini telah disokong oleh setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid supaya pengurusannya lebih efisien.

Bermakna pengurusan "Dana Khas" yang dilaksanakan oleh pihak persekutuan selama empat tahun itu tidak efisien atau dengan kata lain tidak sempurna dan berkesan sepertimana yang pernah disebut.

Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosol Wahid pasti arif sangat dengan karenah itu kerana mereka adalah EXCO yang tahu apa yang tersurat dan apa yang tersirat. Sebab itu mereka mahu bayaran royalti 5 peratus yang dijadikan "Wang Ehsan" pada tahun 2002 dan ditukar kepada Dana Khas pada tahun 2004 di kembalikan.

Yang peliknya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan mati-matian tidak mahu wang itu dikembalikan kepada Terengganu dengan menyatakan bahawa "wang ehsan" banyak membantu rakyat negeri Terengganu selama ini.

Nampaknya ada sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat. Kalau tidak mana mungkin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mengembalikan pembayaran royalti 5 peratus itu. Kalau tidak mana mungkin Datuk Ahmad Said dan Datuk Rosol Wahid mahu supaya wang itu dikembalikan semula kepada Kerajaan Terengganu.

Dahulu betul lah kerajaan Terengganu diperintah oleh Pas, Tapi sekarang ini sudah diperintah Umno/BN. Ini mesti ada yang tidak kena. Kalau semuanya sudah beres mustahil Datuk Ahmad Said meminta pembayaran itu dikembalikan.

Pasti ada yang tidak kena dengan kaedah yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan. Kalau tidak mana mungkin Perdana menteri sendiri enggan menunaikan permohonan kerajaan Terengganu yang diperintah Umno/BN. Lainlah jika Terengganu di perintah oleh Pas.

Sunday, April 20, 2008

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi orang yang tak kenan jasa

Kita dapat baca akan kemarahan Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Marahnya itu bukan kerana apa. Pertama, kerana Datuk Seri Abdullah membebaskan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim musuh ketatnya. Bayangkanlah. Tiba-tiba dibebaskan.Itulah yang membuat dia begitu marah sangat tu.

Marah itu semakin tinggi lagi tahapnya apabila Tun Salleh Abbas dan tiga hakim yang dipecat didapati tidak bersalah oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu sahaja mereka yang dipecat itu dapat tonggakan dan dapat pencen.

Tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu telah membongkar kejahatan Tun Dr Mahahtir Mohammad ketika menjadi perdana Menteri dahulu. Siapa yang tak marah jika diperlakukan sedemikian rupa. Atas sebab itulah Dr Mahathir sedang mencari jalan untuk membalas dendam terhadap Datuk Abdullah Ahmad Badawi.

Telah dikumpulan akan bala tenteranya untuk menyerang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jatuh dari takta Perdana menteri dalam masa terdekat ini dengan tujuan "rasakanlah" angkara tindakan jahat terhadap orang yang sangat berjasa. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tidak sepatutnya bertindak demikian terhadap Tun Dr Mahathir, kerana Tun Dr Mahathir sangat berjasa kepada dirinya.

Kenapa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tergamak berbuat demikian. Barangkali Allah hendak ajar dan hendak memberitahu kepada manusia atas muka bumi ini bahawa tindakan jahat itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pemerintah sesebuah negara.Tapi malangnya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mengambil pengiktbaran akan kejahatan yang dilakukan.

Ini juga suatu realiti apabila seseorang yang jahat dengan Allah dan rakyat yang duduk dibawah taktuknya. Mustaffa Kamal Atartuk mayatnya tidak diterima oleh bumi, kerana terlalu jahat dengan Islam. Itulah hukuman Allah Subha Nahu Wataala. Bagaimana pula hukuman Allah Subha nahu wataala kepada perdana-manteri perdana menteri Malaysia.