Monday, December 21, 2009

Ada pihak untuk jatuhkan Nik Aziz?

Kalau benar berita habawa dewan pemuda PAS Kelantan akan mengadakan mesyuarat untuk mendesak Arif Fahami Abdul Rahman meletakan jawatan lebih awal sah ada pihak dibelakang yang memainkan peranan untuk menjatuhkan Nik Aziz Nik Mat.

Atau dengan kata lain ada “dalang” yang berusha dengan bersungguh sungguh agar Arif Fahami keluar lebih awal dari Perbadanan Menteri Besar sekaligus membuat Nik Aziz Nik Mat juga turut panas punggung dan letak jawatan sebagai menteri besar.Itulah harapan mereka.

Kalau tidak mana mungkin ketua penerangan dewan pemuda Dr Rosli Alani abdul Kader buat kenyataan secara terbuka tanpa menyedari ianya dapat dibaca oleh musuh PAS yang PAS Kelantan sedang menunggu masa untuk retak menanti belah.

Umno Kelantan dan Malaysia sudah senyum puashati dan gembira dan sudah boleh buat kenduri besar, kerana jarum yang tusuk selama ini sudah mengena.

Inilah cita cita pihak yang ada dibelakang Dewan pemuda. Lebih lebih lagi ketua Dewan pemuda PAS Kelantan anak kepada Tok Guru pondok Haji Abdul Rahman Bukit Durian tidak kelihatan dan sah salah seorang penyokong kuat pihak tertentu.

Pihak yang tidak puashati dengan Nik Aziz Nik Mat sedang memainkan peranan agar kerajaan Kelantan bertukar tangan menteri besar dalam masa yang terdekat ini sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Amar supaya Nik Aziz namakan pengganti.

Lantas dijawap oleh Datuk Husam Musa dan berkata, saya akan tolak jawatan itu jika pun diberi kepadanya, kerana Datuk Ahmad Yaakub adalah lebih layak.

Inilah lakonan yang dilakonkandiatas pentas PAS oleh orang kuat Pas Kelantan dalam usaha memberi saham politik yang besar kepada Umno.

Peranan itu juga dikatakan datang dari peringkat pusat yang mana Datuk Mahfuz Omar sendiri pernah buat kenyataan agar Arif fahami letak jawatan lebih awal, sedangkan perkara itu sudah selesai dalam satu keputusan yang dibuat melalui Pas Pusat.

Malangnya Mahfuz yang mengaku Nik Aziz Nik Mat adalah gurunya melakukan sesuatu yang tidak wajar walaupun dengan alas an agar nama Nik Aziz tidak dicerca oleh UMNO dalam kes Arif Fahami tidak meletakkan jawatan sebagai CEO Perbadanan menteri Besar itu.

Kita Nampak dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh Mahfuz itu semacam ada udang disebalik batu dalam menyelesaikan kes menantu Nik Aziz yang dikatakan sudah selesai itu.

Kalau sudah selesai mengapa diungkit ungkit lagi. Cukuplah dahulu setakat itu. Bukankah cara yang dilakukan Naib Presiden yang sayang pada Nik Aziz itu jalan untuk memburukan nama baik PAS Kelantan.

Kita Nampak dengan jelas Datuk Husam Musalah yang memainkan peranan miskipun kurang jelas pengelibatanya. Tapi Nama Mahfuz Omar diatas agar orang kita bukan Husam yang buat angkara agar Nik Aziz panas punggung berada diatas kerusi menteri besar sekarang.

Kita juga dapat lihat dengan jelas bahawa sudah ada orang yang dipercayai oleh Nik Aziz mula pandai belakon dengan watak baik, tetapi jahat didalam hati sepertimana pernah berlaku pada zaman Datuk Asri dahulu.

Jarum jarum umno yang ditusuk pada orang PAS di kelantan sudah pun mengena sasarannya sehingga ada yang berkata, orang PAS rebut tulang dan orang Umno sudah makan dagingnya.

Namun adalah sangat wajar Nik Amalina anak Nik Aziz cuba minta salah seorang EXCO dalam kerajaan Kelantan sekarang kena letak jawatan atas alas an untuk menyelamatkan kerajaan yang diterajui ayahandanya.

Beliau nampaknya dengan jelas ada pihak yang akan lakukan pengkhianatan terjadap ayahanda dan ini bukan sahaja imej kerajaan buruk malahan PAS Kelantan akan jadi tidak keruan jika EXCO itu masih kekal sebagai EXCO.

Nik Aziz seorang yang tawadak tidak melatah lantas member jawapan pada soalan itu bahawa kerajaannya tidak akan buat rombakan EXCO dalam masa terdekat ini.

Pihak yang tidak sukar Nik Aziz Nik Mat kekal sebagai menteri besar memilih kaedah memperalatkan Dewan pemuda yang kebetulanya ketuanya punya hubungan adik dan abang, Malah beliau adalah orang kuat pihak tersebut.

Dan tidak mustahil kenyataan bahawa dewan pemuda akan mengadakan mesyuarat untuk mendesak Arif Fahami Abdul Rahman letak jawatan. Bagi kita tindakan demikian adalah sangat tidak wajar, kerana ianya dikatakan sudah selesai.

Tindakan tersebut dilihat semacam ada persamaan dengan tindakan Umno terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui mulut Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Dalam PAS saranan itu datang dari mulut Mahfuz Omar Naib Presiden dan disambut oleh Dewan Pemuda PAS Kelantan tanpa menyedari bahawa usaha itu seolah olah pukul menantu terkena pada mentuanya sekaligus membuat Imej PAS Kelantan menjadi tercalar.

2 comments:

Anonymous said...

bro, aku pon rasa sama..
cuma yg berbeza nya adalah aku syak ade pihak lain bukan spt yg cuba ko maksudkan..
cuba teliti dr awal sampai akhir isu ini.
kes mahfuz pula- ape yg dia sebut SGT BETUL cuma yg salah dia cakap kpd media..

dan Bg arif pula- aku tak kata dia salah- tp kalau dia betul2 Saayang TGNA dan PAS dia sepatutnya cuba mengelakkan fitnah berterusan.. yg sebaiknya adalah dia cepat pergi dr PMBK tuh- sebabnya adalah jelas- dlm undang PSRM thn 2009- tak boleh lantik anak menantu dlm hal yg berkaitan dgn kerajaan. Jadi jln terbaik adalah pergi secepat mungkin utk elakkan UMNO teruskan mainan ini..
Itua adalah terbaik.. tp sayang Arif lebih suka jaga maruah dia dr maruah TGNA dan PAS>. TGNA sudah mengaku yg dia tak tahu yg dia lantik salah-sebab penasihat undang2 tak bgtau.. tp oleh krn dah tau sekrg eloklah Arif sbg menantu pergi senyap2 secepatmungkin.. itu jln terbaik... Tak tahulah kalau Arif ade tujuan tertentu utk lengahkannya dan terus beri Peluru kepada musuh,

mountdweller said...

Ada ligiknya. Nampaknya PASc sudah jemu pegang kuasa di Kelantan!