Perkataan bantuan banjir semua rakyat Terengganu memahaminya, lebih lebih lagi pada mereka yang menjadi mangsa banjir.
Mereka memerlukan bantuan atas sebab ditimpa musibah rumahnya ditenggelami air dan terpaksa berpindah ke pusat pusat pemindahan banjir yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Mereka yang tidak ditimpa banjir juga turut bersempati dan turut bertungkus lumus membantu setakat yang termampu.Manakal yang mampu pula turut menghantar beras dan gula serta peralatan keperluan seharian.
Ada yang datang dengan tangan kosong, tetapi ringan tulang baik dalam urusan perpindahan dan membersihkan rumah yang kotor dek lumpur untuk balik semula setelah dibenarkan pulang oleh pihak jawatankuasa bencana alam.
Sebelum pulang mereka dijanji dengan bantuan wang ringgit yang telah diperuntukan oleh pihak kerajaan atas kadar paras air yang menenggelamkan rumah rumah mereka.
Jika rumah mereka ditenggelami air paras dinding bantuan akan diberi sebanyak RM 500 dan ada juga akan diberi sebanyak RM1,000.
Kriteria itu akan ditentukan oleh pihak yang diberitanggungjawab agihan bantuan banjir, terutama sekali JKKKlah akan senaraikan siapakah yang akan memperolehi sebanyak ini dan sebanyak itu.
Penulis masih belum lupa dengan kes bantuan banjir tahun 2008 yang mana ada diantara mereka yang manjadi mangsa banjir hanya menerima bantuan wang tunai sebanyak RM5.00.disertai dengan gula gula macam hadiah kenduri kahwin.
Kita harap tahun ini tidak berlaku sedemikian rupa. Lebih lebih lagi sesuai dengan slogan rakyat di dahulukan . Kalau berlaku juga slogan rakyat didahulukan adalah omong omong kosong sahaja. Ia hanya tanam tebu dibibir mulut oleh perdana menteri.
Penulis sebut lagi agar pada tahun ini ianya tidak jadi begitu, kerana wang RM55.6 juta telah disebut oleh Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang datang sendiri ke Terengganu dan menyampai bantuan kapada mangsa mangsa banjir.
Dengar cerita bantuan yang disampaikan oleh perdana menteri tempoh hari turut dipertikaikan, kerana ada diantara mangsa banjir yang tidak puashati dengan bantuan yang di perolehi.
Ada diantara mangsa banjir yang patut dapat RM300 tetapi dapat RM 200. Atas sebab itulah mereka tidak puashati dan mungkin ada antara mangsa banjir yang tidak dapat langsung kerana tidak ada dalam senarai penerima bantuan.
Sehubungan dengan itu, seorang kawan berkata, mangsa banjir yang rumahnya tenggelam pelapik dapat wang RM 300 mana kala mereke yang rumahnya tenggelami dinding dapat RM 200.
Jika benar apa yang disebutkan itu adalah amat malang sekali, kerana sepatutnya mereka yang rumahnya tenggelam dinding memperolehi bantuan wang tunai sebanyak RM 300, bukan RM 200 berbanding dengan mereka yang rumahnya tenggelam pelapik.
Seorang kawan lagi berkata, itu adalah mainan JKKK yang diberi tugas untuk agih bantuan banjir. Manakala seorang kawan yang lain pula berkata, JKKK tidak adil….jahat.Ini patut dipecat.
Maka berkatalah Datuk Seri Mohd Najib Razak, peruntukan banjir bertambah, penduduk yang dikategori sebagai mangsa banjir layak dapat bantuan.
Tidak dinafikan mereka memang layak mendapat bantuan, kerana mereka adalah mangsa banjir yang memerlukan bantuan untuk meringan bebas yang ditanggung, lebih lebih lagi ketika menghadapi musim persekolahan pada tahun 2010 tidak berapa lama lagi.
Persoalannya, bantuan banjir dan bagaimanakah realitinya?
Memang bantuan banjir kepada mangsa banjir disediakan dengan peruntukan yang begitu banyak tetapi malangnya hakikat agihan yang dilakukan selama ini tidak mencapai matlamat. Malahan ada yangdi ketegorikan sebagai mangsa banjir dinafikan haknya.
Kalau mangsa banjir itu terdiri daripada penyokong pembangkang sudah barang tentu agihannya dinafikan haknya. Malahan ada yang hanya dapat RM 5.00 sahaja dan gula gula untuk anak anak.
Bagaimana pula dengan kata kata Datuk Seri Najib ketika bercakap dalam majlis bantuan banjir bahawa kita akan terus lakukan usaha dan dasar dengan keadaan yang lebih baik, dimana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada mangsa yang berpindah kepusat pemindahan, namun hari ini kita akan berikan kepada semua penduduk yang dikategorikan atau disahkan sebagai mangsa banjir.
Memang kerajaan sentiasa perihatin dengan mangsa banjir, tetapi pada penyokong penyokongnya sahaja yang di dahulukan.
Penulis rasa perkataan “dasar” yang disebut oleh perdana menteri tempoh hari sangat menarik di bincangkan.Apa tidaknya.bantuan mangsa banjir harus menyeluruh tidak kira siapakah mereka itu. Tapi malangnya penyokong pembangkang dianggap tidak layak menerima bantuan banjir.
Apakah pilih kasih dalam bantuan mangsa banjir menjadi “dasar” kerajaan UMNO? Maka atas sebab itu ia yang dikatakan lebih baik dimana sebelum ini bantuan hanya diberikan kepada mangsa banjir yang berpindah sahaja.
Rakyat sudah sedia maklum dengan kegiatan JKKK yang barangkali dengan arahan orang atasan agar bantuan di agih hanya kepada orang UMNO sahaja. Mereka sahaja yang layak.
Pada hemat penulis yang lebih baik ialah suatu yang adil. Tetapi malangnya hari ini rakyat di perlakukan dengan sedemikian rupa miskipun telah ditimpa musibah.
Barangkali ada yang tidak percaya bahawa penyokong pembangkang dinafikan haknya dalam segala bentuk bantuan yang dusahakan oleh kerajaan UMNO/BN selama ini.
Bukan setakat penyokong pembangkang sahaja yang dinafikan haknya, malah orang UMNO yang mirip kepada pembangkan juga pernah dinafikan haknya sepertimana yang penulis sebut diatas yang mana mereka hanya memperolehi bantuan RM 5.00 dan gula gula sahaja.
Tahun ini penulis harap tidak akan berlaku lagi, kerana JKKK telah dibuat pemuithan oleh Pihak kerajaan, malah tidak ada campur tangan dari wakil rakyat wakil rakyat yang punya kepentingan peribadi dalam pelantikan JKKK.
No comments:
Post a Comment