Tuesday, January 5, 2010

Sedih dengan kenyataan bahawa Kristian dan Yahudi agama syamawi dan diakui benar.

PAS setuju dengan keputusan mahkmah tinggi malasysia bahawa kalimah “Allah ” boleh digunakan dalam penerbitan kristian.

Bukan setakat itu sahaja PAS sudah akui bahawa agama kristian dan yahudi adalah agama syamawi oleh itu tidak menjadi salah jika orang melayu menganut agama kristian yang dianggap mustad selama ini.

Kalau Agama kristian agama “syamawi” tidak menjadi salah apabila Tun Husein Onn berkata semua agama menuju kesyurga belaka.

Adalah tidak salah apabila Datuk Seri Dr Rias Yatim berkata, semua agama baik belaka dan wajar Samy Velu berkata dia tidak kafir, kerana dia ada agama.

Label kafir kepada orang Umno nampaknya sudah bersih, mereka sudah bebas dari tuduhan kafir, atas sebab PAS melalui mulut Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan kristian agama “syamawi”.

Patut pun hendak buat kerajaan perpaduan dengan umno,kerana parti umno bukan lagi parti kafir.

Ibu bapa Orang melayu yang menganut agama kristian sudah tidak bimbang lagi dengan anak anak mereka yang menganut kristian kerana agama itu adalah agama yang benar dan diterima oleh Allah macam Agama islam juga.

Suatu masa akan datang barangkali mereka yang rasa terhalang dengan halal haram yang diturunkan oleh Allah akan berduyung duyung menganut agama Kristian, macam rakyat Indonesia yang ramai memilih kristian dan mengaku masih beragama islam.

Mengapa saya berkata demikian, pertama menganut agama kristian dapat habuan dan boleh lakukan segala dosa besar dan akan diampun oleh ketua gereja dalam satu majlis pengampunan dosa secara beramai.

Mereka juga akan masuk syurga akhirnya.ia tersebar luas diseluruh pusat pengajian tinggi di negara kita. Sebab itu sudah ratusan ribu orang melayu masuk agama islam, kerana itu diakui benar.

Kalau begitu orang China dan India yang menganut kristian adalah islam kerana dia anak cucu nabi Adam. Nabi Adam Islam maka anak cucu juga Islam dan bukan kafir sepertimana yang kita anggap selama ini.

Adaklah tersangat betul dengan pandangan orang umno yang berkata kita tidak boleh kata orang china itu kafir.

Ini juga punca PAS boleh bekerjsama dengan DAP yang menentang bulat bulat penubuhan sebuah Negara Islam.kerana mereka bukan orang kafir. Yang Allah larang buat kerjasama ialah dengan orang orang kafir sahaja.

Tulisan ini dibuat berdasarkan keputusan yang dikatakan dibuat didalam mesyuarat PAS pusat dengan parti keadilan.

kenyataan ini adalah suatu kenyataan yang mengelirukan umat islam di negara ini dan ia akan menjadi haru biru lagi apabila kristian dibenar menggunakan kalimah Allah yang sama sekali tidak sama dengan sebut yang pernah diungkapkan oleh orang china apabila ditanya siapa bikin hujan mereka aakan jawap "tuhanuAllah".

9 comments:

azmie said...

ni saja nak buat issue atau memang tak faham issue? keputusan yg dibuat berdasarkan nas alquran dan sunnah. pandangan sausara ni berdasarkan apa pulak?

Anonymous said...

apa ko repek ni?

Anonymous said...

Saya kurang percaya dengan berita ini. Semuga ada mereka menjelaskan isu dengan lebih jelas. Jangan kaitan PAS dengan sesuatu yang telah diputar belitkan.
Apakah penulis ini mendapat maklumat yang tepat.

ana said...

Kita sama sama tenguk nanti apakah yang akan terjadi apabila kalimah Allah dibenar penggunaannya pada penerbitan majalah kristian.

Kristian sudah lama cari jalan untuk memurtadkan orang Melayu di negara ini.

Dan sudah ramai orang melayu masuk kristian. Malah sudah ada kelab orang Melayu kristian di Singapura.Malaysia pun mungkin sudah ada.

saya rasa inilah jalan mudah untuk menarik orang Melayu masuk kristian

Dahlah hari ini betapa ramainya orang melayu ikut gaya hidup Yahudi dan kristian.

Allah pernah sebut jangan jadi macam Yahudi. Sekarang orang melayu sudah jadi macam Yahudi baik cara berpakaian, makan minum ekonomi, bersosaial pendidikan pun dah ambil pendidikan Yahudi.

Bukan satakat itu saja, malah sudah ada ulamak bertindak macam Yahudi, membisu apabila berdepan dengan isu arak, zina dan judi.

Apa lagi bila ada yang kata agama kristian dan Yahudi itu agama langit dan mengaku agama benar macam islam juga.

Bagaimana boleh kita akui kristian dan Yahudi itu agama langit, sedangkan agama itu adalah agama cipta manusia yang asalnya dari kitab Injil, Tahmud dan Taurat.

dahulu memang betul begitu.Ia agama nabi Musa, agama nabi isa, agama nabi Daud adalah agama islam.

Tapi sekarang ini agama kristian dan yahudi agama yang diselewengkan oleh ahli kitab yang jahat.

Agama islam nampaknya sudah lama cuba diselewengkan. Dah berapa banyak quran dicetak dan diharamkan kerana tafsirnanya ikut hawa nafsu.

Ada Quran ditafsir mengikut imagenasi.demikian juga hadis Rusulllah SAW sudah ada yang berkata, tak tutup aurat tak masuk neraka, sedang Rasulullah sendiri berkata dengan hadisnya yang sahih tak bau syurga.

Tak mustahil orang melayu suatu masa nanti jadi kafir semula jika Islam tidak dilaksanakan.

Nana Tanjung said...

Jika tak faham tentang agama, tanyalah kepada orang yang mengetahui. Jangan nak tunjuk pandai hingga menyesatkan orang lain.

Anonymous said...

sapo yg bengong komen mcm ni.

Anonymous said...

JOM BELAJAR AGAMA...!!!
KRITIS LAGI BERILMU...

http://trulyislam.blogspot.com/2009/01/belajar-agama-dari-waraqah.html

http://trulyislam.blogspot.com/2009/01/belajar-agama-dari-waraqah.html

Anonymous said...

kamu memang KURANG BERILMU dan sya malu kalau jadi kamu

Anonymous said...

sedih saya katakan bahawa ada orang yang menganggap bahawa pemabuk, berpakaian seksi, 'clubing', dan lain2 adalah gaya hidup orang kristian.... tapi apa yang saya ingin tegaskan bahawa pengertian terhadap istilah 'kristian' itu sudah disalah tafsir... jangan cuba kaitkan perkara2 buruk dengan ajaran didlmkristian...