Friday, April 2, 2010

Banyak Projek untuk habiskan duit rakyat

Bercakap pasal projek “percubaan” di Terengganu selama ini tidak lain dan tidak bukan ialah semata mata untuk menghabiskan wang rakyat.

Demikian juga dengan projek perintis penanaman strawberi menggunakan kaedah fertigasi di tanah rendah yang sehingga habuk pun tidak ada.

Kalau di Kuala Nerus di adakan di Kampung Petaling dan telah berpindah tempat ke Kampung Jeram hilir dekat rumah Datuk Rahin Said EXCO sendiri.

Projek itu yang ‘kononnya’ pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik dengan kos RM 300,000.00.

Projek itu boleh dikatakan murah berbanding dengan projek kambing di Lembah Bedung yang menelan kos sebanyak RM 10 juta yang juga habuk pun tidak ada.

Projek Kambing kaedah Fertigasi itu diberi kepada Datuk Zubir Embong yang kini telah diberi amanah mengurus kawasan balak milik Gorden Pharus di kemboja oleh Datuk Ahmad Said.

Demikianlah perihal projek percubaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu dibawah menteri besar yang pernah berkata bahawa projek yang diwujudkan tidak memberi manfaat kepada rakyat kecuali membazirkan.

Benarlah sehingga kini, tidak ada sebutir pun Strawberi yang dikutip dari projek tersebut.Manakala projek Kambing Fertigasi hanya tinggal bangsalnya sahaja yang dikatakan menelan kos jutaan ringgit.

Tidak lama kemudian Datuk Ahmad Said telah menisytiharkan sebanyak RM 50 juta untuk taman rama rama dan tanaman ubi gadung di Kenyir.Dan ditambah sebanyak RM 50 juta lagi untuk tarik pelancung konon.

Dahulu mungkin masih ada yang belum lupa dengan projek taman bunga okid yang menelan belanja sebanyak RM 43 juta yang mana tamannya entah kemana.

Rakyat bimbang dengan projek projek percubaan yang telah, sedang dan akan dlaksanakan, kerana wang rakyat habis projek habuk pun tidak ada. Lepas satu satu projek diisytiharkan dengan kosnya sekali.

Sekian……………..

No comments: