Saya terkejut apabila membaca tajuk berita yang berbunyi: presiden bangga MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera.
Mengapa tidak? Bangga atau berbangga bukan sifat orang yang beriman.Sifat bangga adalah sifat orang munafik.
Mungkin masih ramai yang tidak tahu makna bangga. Bangga ialah megah, besar hati. Sesungguhnya megah itu harus dijauhi manusia yang mengaku Islam.
Saya percaya presiden PAS tidak berasa megah diri apabila MP, Adun PAS tidak terjun dari bahtera yang dilayari sekarang ini.
Mungkin penulis yang bernama mohd Sabri Said yang menulis intro berita bertajuk: presiden bangga MP Adun PAS tidak terjun dari bahtera bahawa presiden PAS Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berbangga dengan prestasi semua ahli parliman (MP) mshu pun ahli dewan undangan negeri (Adun) parti itu seluruh Negara kerana tidak gopoh terjun daripada bahtera yang sedang belayar.
Jika sekiranya Datuk Seri Presiden tidak berkata seumpama yang dilaporkan maka penulis berita ini jelas berdosa besar kerana mengatakan presiden berbangga. Lebih lebih lagi sifat bangga adalah sifat yang berkait dengan manusia manufik.
Mana mungkin seorang yang bergelar “Tuan guru” memiliki sifat orang orang munafik. Lainlah jika kalangan ahli PAS berbangga dengan apa yang berlaku, kerana mereka merupakan orang awam yang banyak terbabit dengan dosa besar dan dosa kecil.
Bagaimana mungkin seorang ulamak memiliki sifat orang orang munafik. Mana boleh beliau megah diri dengan apa yang berlaku terhadap anak buahnya. Sepatutnya beliau bersyukur dengan apa yang berlaku terhadap mereka dibawah kepimpinannya.
Saya tidak percaya presiden memiliki sifat bangga. Kalau beliau ada menyebut perkataan berbangga dengan apa yang berlaku memang ada benda yang tidak kena dan boleh dipertikaikan kewibawan sebagai seorang kepimpinan ulamak.
Adalah teramat tidak wajar seorang ulamak memiliki sifat bangga yang jelas dan nyata sangat bercanggah dengan reputasinya.
Mustahil beliau tidak faham makna bangga atau penulis sengaja mentafsirkan ucapan beliau secara rambang yang barangkali sering membuat dosa kering cuba melabelkan presiden dengan label yang buruk.
Minta dijauhkan memiliki sifat bangga,kerana sifat bangga adalah tembok penghalang untuk beriman dan bertakwa.
3 comments:
ada satu hadis berkaitan kahwin, zuriat dan hari akhirat. dlm hadis tersebut RasulAllah ada menyebut Baginda bangga dengan bilangan umat Baginda yg ramai. terkejut jugak dengan hadis ni? rasanya kita kena belajar semula bahasa melayu
Dalam kamus dewan bahawa dan pustaka menyebut bangga ialah megah 2 besar hati.
Berbangga, berasa megah,2 berasa besar hati.
berbangga bangga dengan apa yang berlaku walapun ada yang kata Rasulullah SAW pernah bangga dengan bilang umatnya.
Sila rujuk semula mantan hadis mungkin tafsiranya berbeza satu sama lain.
Ada yang tafsir bangga dan ada yang tafsir gembira dengan bilang umatnya yang ramai.
Tafsir yang dibuat berdasarkan penghayatan seseorang.
Ulamak umno tidak sehaluan dengan ulamak PAS.
Maka tafsiran ayat juga turut berbeza.
Sila rujuk sifat sifat Rasulullah SAW. Wajarkah kita kata nabi memilki sifat bangga, sedang sifat itu bercanggah dengan hati nuraninya.
sepatutnya...dia hj hadi kena bersyukur.pasai bahtera dia selamat dari permainan katak...........bukan berbangga........satu sifatyg kurang sesuai dengan pakaian orang-orang alimmmmmmmm......
Post a Comment