Thursday, April 8, 2010

Bukan tanggungjawab kerajaan beri pendidikan Islam kepada rakyat

Barangkali ramai yang tidak setuju dengan tajuk rencana ini, tetapi betapa ramai yang setuju, kerana ada hadis bahawa anak anak yang dilahirkan putih bersih dan ibubapalah punca anak anak itu jadi yahuid Nasrani dan majusi.

YB Kazan Che Mat EXCO agama negeri Terengganu ketika mengulung jawapan dalam siding dewan undangan negeri ke12 kelmarin yakin bahawa pendidikan agama bukan tanggungjawab kerajaan, tetapi ia adalah tanggungjawab ibubapa.

Kita boleh beri markah penuh kepada YB Kazan Che Mat EXCO Agama negeri Terengganu itu. Mengapa tidak.

Ya tak Ya juga. Betul juga kata YB Kazan Che Mat. Lebih lebih lagi sesungguhnya kerajaan yang memerintah Terengganu sekarang ini bukan sebuah kerajaan Islam. Ia adalah sebuah kerajaan UMNO/BN yang secular yang berprinsip bahawa agama suku politik suku.

Oleh itu pendidikan agama bukan jadi tanggungjawab kerajaan. Tetapi ia adalah tanggungjawab ibu bapa . Ibu bapalah yang akan mencorak anak anak mereka sama ada mahu jadikan anak anak mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi.

Namun demikian kerajaan tidak boleh dipersalahkan jika generasi hari ini jadi macam yahudi, jadi macam nasrani dan jadi macam Majusi, kerana itu adalah kehendak ibu bapa zaman jahiliah moden ini.

IBUbapa sudah didik anak anak menjadi Yahudi, menjadi nasrani dan manjdi Majusi.

Atas sebab itulah ramai yang berzina, yang minum arak yang berjudi dan makan rasuah dan makan riba. Ini tidak salah bagi mereka. Yang tidak boleh ialah bagi mereka yang agama Islam sahaja. Manakala yang tidak beragama Islam semuanya halal dan tidak haram.

Hari ini jelas dan nyata terlalu banyak rakyat Negara ini yang gaya hidupnya macam orang zaman jahliah dahulu, iaitu membuang bayi dimerata rata tempat, termasuk dibuang dalam masjid rumah Allah yang dibina dengan begitu cantik rekabentuknya.

Negeri Terengganu satu satu negari yang banyak mendirikan masjid yang indah indah dan cantik cantik reka bentuknya yang membuat kita naik pelik dengan hujah YB Kazan Che Mat bahawa bukan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk beri pendidikan Islam kepada rakyat.

Barangkali menbina banyak masjid member ruang kepada kebanyakan wakil wakil rakyat, EXCO EXCO dan menteri besar kumpul harta hasil persen kos pembinaan yang kali kadang kala kos sesebuah masjid jelas tidak manusabah.

Atas sebab itu pihak kerajaan bertungkus lumus untuk membina masjid baru hatta mesjid yang sedia ada masih teguh dan selesa untuk satu satu kariah sepertimana masjid Pasir mina kemaman yang ditawarkan sebanyak RM 1.3 juta untuk dirobohkan.

Tidak dinafikan ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan agar maksiat dapat dibendung, tetapi usaha itu macam lepas batuk ditangga sahaja. Lebih lebih lagi usaha itu adalah merupakan hak dan tanggungjawab ibubapa dan bukan tanggungjawab kerajaan.

6 comments:

azmie said...

exco agama? agama apco kot. ada satu lagi hadis yg kaitkan perangai rakyat ikut pemerintah. yg tu yb tak mau rujuk?

mamat said...

saya masih belum lupa dengan kata Dr Syed Ali Al Atas pengarah IKIM suatu masa dahulu bahawa pendidikan agama islam tidak harus diajar di sekolah di negara ini.

Alasannya bahawa pendidikan agama islam bukan tanggungjawab kerajaan tetapi ia adalah tanggungjawab ibu bapa.

Setahu kita kerajaan adalah ibubapa kepada rakyat di negara ini maka apa sahaja, terutama sekali yang berkaitan dengan pendidikan ia adalah tanggungjawab pihak kerajaan.

adalah amat malang jika pihak kerajaan membiarkan ibubapa dirumah memdidik anak anak mereka tanpa dibantu oleh kerajaan.

Adakah patut pihak kerajaan membiarkan rakyat yang beragama islam menjadi kafir dan tidak bimbang dengan dakyah keristian dan Yahudi yang bergerak cergas untuk mengkristiankan orang islam

Patutkan kerajaan yang memerintah membiarkan yahudi mem-babi-kan orang islam dengan pelbagai viksen yang diberi kepada kanak kanak berusia satu tahun itu.

Usratuna said...

Asalamu'alaikum. Saya setuju apa yg dikatakan oleh exco agama tu. Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggunjawab ibu bapa. Oleh itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak sendiri di rumah dengan pendidikan Islam secara teori dan amali kehidupan. Seterusnya ibu bapa juga perlu pastikan anak-anak bersekolah di sekolah yang ada tarbiyah Islam. Jika tiada , Ibu bapa sebagai rakyat mesti mendesak kerajaan yang memerintah untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah tarbiyah Islam. Jika kerajaan tidak mahu atau tidak mampu, elok tukar je kerajaan. Bukankah ibu bapa adalah rakyat yang membuang undi untuk memilih kerajaan. Maka pilihlah kerajaan yang ada tanggungjawab Islam, bukan kerajaan yang menjadi boneka toghut yahudi laknatullah.... wallahu alam...

スタービーチ said...

スタービーチで始まる素敵な出 合いをしていきませんか。楽しめる出 合いを経験するにはココから始まる!!最高の出 合いがあなたを待っている

Anonymous said...

kalau pun kerajaan x nak bertanggungjawab terhadap pendidikan islam.Tolonglah jangan biarkan program2 yang terus melalaikan rakyat di hidangkan seolah-olah tanpa sekatan. Adakalanya ibu bapa dah bermati-matian mendidik anak-anak2 dengan nilai agama. Tapi bila keluar rumah.. macam2 perkara yang ditemui dan begitu mudah mempengaruhi. sejujurnya sy tidak bersetuju dengan statement exco tu...

出逢い said...

新年を寂しく過ごしている方に必見。まだ間に合う出逢いのサイトです。冬休み後半の思い出作りに異性と過ごしませんか?今から始まる異性との新たな関係を築き、一年の初めを良い思い出に変えましょう