Sunday, May 16, 2010

Yayasan Terengganu taja pelajar secara pilihkasih?

Hendak cakap agar orang ramai tahu bahawa pilihkasih tetap berlaku miskipun menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaannya bersih.

Bersih bermakna tidak berlaku rasuah, tidak berlaku penyelewengan tidak berlaku salahgunakuasa atau tidak berlaku pilihkasih.

Apakh “Pilihakasih” bukan suatu penyelewengan.Ini bukan tuduhan,tetapi saya dengar dengan dua telinga.

Inilah yang saya dengar dalam sehari dua ini. Ketika di Bank Muamalat ada yang bercakap dan disebut perkataan secara terang terangan bahawa Yayasan Terengganu “pilihKasih”.

Bukan setakat bercakap sahaja malah kelihatan mereka yang bercakap itu macam tersangat marah dan kecewa dengan kes anaknya ditolak serta gagal melanjutkan perlajar setelah ditemuduga.

Anda mungkin tahu tetapi masih ramai yang tidak tahu amalan yang dilakukan oleh Yayasan Terengganu dalam hal menaja pelajar 12 A.

Memang ramai yang layak dan memohon tajaan Yayasan Terengganu, tetapi malangnya ramai yang tersingkir apabila ditemuduga.

Saya diberi tahu oleh orang dalam yayasan Terengganu sendiri bahawa ramai yang tidak berjaya setelah ditemu duga.

Inilah yang membuat kebanyakan ibubapa tidak puashati terus bercakap dan sebut perkataan pilihkasih atau dengan kata lain kroni yang diamalkan sejak sekian lama.

Kalau perkara ini berlaku pada pelajar anak orang PAS tidak mengapalah kerana itu adalah suatu yang lazim. Tetapi pelajar yang terbabit ini adalah anak orang UMNO. Mengapa diperlakukan demikian rupa.

Mungkin mereka itu bukan kroni kot, sebab itu gagal melanjutkn pelajaran dibawa tajaan Yayasan Terengganu.

Kita tidak nafi memang ada yang tidak layak apabila ditemuduga, tetapi mereka itu dapat seterek 12 A yang wajar mendapat tajaan.

Kes seumpama ini pernah berlaku di negeri Kelantan dan pihak berwajib telah memberi penjelasan bahawa salah seorang pelajar 12 A yang tercicir itu didapati rendah sedikit berbanding dengan salah seorang Pelajar lain.

Oleh itu beliau tidak terpilih. Alasan yang dibuat oleh pihak berwajib ada asasnya, tetapi bagaimana pula dengan pejelkasan yang akan dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu setelah perkara ini berbangkit dan dituduh melakukan pilihkasih.

Saya percaya pihak Yayasan Terengganu akan membuat penjelasan sejelas jelasnya agar tuduhan pilihkasih dapat dihindarkan. Kalau tidak label itu kekal dan boleh menjejaskan imej Kerajaan yang mendakwa bahawa kerajaan Terengganu bersih.

Bersihkah kerajaan Terengganu yang diterajui Ahmad said?

Yang paling menyedihkan kita, ketika ditemuduga pelajar ditanya " ayah parti apa". Inilah terget sasar yang dilakukan membuat ramai pelajar anal orang PAS gagal dalam temuduga itu dan menjadi mangsa untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi.

22 comments:

Anonymous said...

Apa yang tuan katakan memang benar dan saya sokong apa yang tuan kata. Cuma yang tidak sedap saya baca tulisan tuan ialah apabila tuan kata 'kalau anak orang pas tak apa'. Tuan juga nampaknya menyokong ketidak adilan yang berlaku. Apa salahnya beri kepada anak orang PAS jika mereka layak, duit yayasan terengganu itu bukan harta mak bapak umno.

abdullahngah said...

Apa yang maksudkan itu tak apa itu kerana memang pihak kerajaan Terengganu selama lamanya memperlakukan sedemikian rupa.

Bukan saya sokong anak orang PAS di perlakukan begitu, tetapi itulah realiti yang tidak dapat dinafikan.

Contoh Anak Zakaria Dagang pelajar terbaik dan cemerlang seluruh Terengganu suatu masa dahulu.

Anak Zakaria Dagang bukan dari sekolah milik kerajaan pusat malah sekolah milik kerajaan negari, tetapi dinafikan juga haknya.

Pendek kata anak orang PAS jangan diharap untuk mendapat tajaan yang dibuat oleh Yayasan Terengganu.

Jangan diharap untuk mendapat tajaan, kecuali pihak Yayang Terengganu tidak ada maklumat "anak siapakah" mereka itu.

Itulah yang saya maksudkan. Harap maaf.

Anonymous said...

mustahillah kalau ketika temuduga para panel akan bertanya mengenai parti ibubapa. bg saya sgt tidak boleh dipercayai. saya merupakan salah seorang pelajar yang menghadiri temuduga yayasan terengganu. setahu saya mereka hanya bertanyakan sedikit sahaja soalan mngenai diri para pelajar. itu sahaja. malahan temuduganya adalah jauh lebih mudah daripada temuduga MARA dan juga JPA.

Anonymous said...

kenalan rapat saya merupakan salah seorang panel temuduga. tipulah kalau mereka bertanya bapa parti apa. yayasan terengganu tidak memandang parti. tidak tahukah anda di terengganu teramat ramai pelajar cemerlang dan ramai juga yg lebih drpd 12A. kalau tidak, trengganu tidak akan dianugerahkan negeri terbaik bg SPM di seluruh malaysia. yang tidak ditaja samada disebabkan terlalu ramai yang cemerlang atau mereka memang tidak berupaya utk berkomunikasi dgn baik sewaktu sesi temuduga. sila berfikiran terbuka. jgn menunding jari.

Anonymous said...

Ingat tek kat Allah, rezeki pemberian nya. Manusia hanya boleh merancangkan dan Allah menentukan nya. Kalau dah jadi rezeki nya dok kiralah anak sapa sapa pon deh...

Anonymous said...

orang yang tidak mengalami kekecewaan tidak akan terasa bahawa penyeleengan dan pilih kasih masih berlaku dimana-mana. baik di negeri terangganu yang di akui bersih .Jangan kita hanya menyalahkan MB. Penyelewengan dilakukan oleh pegawai yang terlibat dalam sesuatu urusan. Selagi manusia bernama manusia bukan MALAIKAT pilih kasih akan tetap berlaku.Anak ana juga tercicicr dalam pemilihan Tajaan YT .Nak kata tak layak, dapat 10A.Dalam koku pernah menaikan nama terengganu di peringkat Kebangsaan.apa nak lagi pelajar yang lebih rendah keputusan dan kurang aktif koku dapat molek-molek ada. sebab waris Datok orang kuat kerajaang Terenganu.fikir-fikirkan Amin.

Anonymous said...

Jangan sedap tulis tanpa melihat secara dalam apa yang terjadi. macam mana dengan adik saya dan 4 orang rakannya yang lain? ada antara mereka sudah tiada mak dan ayah! takkan dalam kes ni budak ni main politik jugak? Fikir dalam-dalam. dalam elemen apa yang dikatakan permainan plitik? buktikan yang 43 yang mendaftar seme adalah anak orang UMNO! anda akan gagal nanti, sebab 2 orang peserta di dalam bilik 3.2 adalah terang terangan anak PAS!!!

Jangan timbul fitnah!

Anonymous said...

anak zubir embong, anak yahaya(ketua panel temuduga)....

Anonymous said...

cerita ni masih kekurangan isi..

kalau nak cerita sebenar dan dusta dibawa oleh Yayasan Terengganu...

boleh lah bertanya di sini...
apa yang bakal dibongkar, AMATLAH MENGEMPARKAN!

pilih kasih sememangnya wujud..
anak-anak xxxxxxx terpilih? dan lain2... :)

Anonymous said...

BIASISWA DIBERIK kebykn kepada budak terengganu yang bersekolah di luar terengganu. ok. bagus.
tetapi, tiap2 tahun seblum SPM, MB tersayang kita mengadakan majlis jejak gemilang anjuran YT, nk bg motivasi kt budak SPM, menjanjikan biasiswa yang menarik... budak2 yang bersekolah kt terengganu memang la excited.. tapi apa yang terjadi tahun ini, amatlah mengecewakan.. sanggup bagi budak yang menuntut di luar terengganu, menganaktirikan anak yang bersekolah di terengganu..

kerajaan harus igt bahawa SEGALA PROGRAM LONJAKAN PRESTASI SPM NEGERTI TERENGGANU adalah untuk pelajar bersekolah di terengganu..

pelajar terengganu yang mendapat straight As serta menaikkan nama terengganu tidak diberi perhatian, malah memberi biasiswa kpd budak yang tidak menyumbang langsung kpd kecemerlangan SPM di Negeri Terengganu...

dusta belako.

Anonymous said...

tidak dapat dinafikan, semasa temuduga, panel menyoal pelajar mengenai politik...

secara umumnya nak undi PAS ke UMNO...

memang kecewa sgt, interview pun dikait dgn politik?



seorg pljr ditny ms di UK nanti, mahu masuk Kelab Penyokong UMNO ke Hizbi? selain tu, dia juga ditanya mengenai politik yang disokong oleh pelajar tersebut..

basmi KUMAN said...

TETAPI PERSOALAN YANG BERTANYAKAN MENGENAI PARTI IBU BAPA, ADALAH BENAR!!!


korg yg tak tahu, xpyh nk cover la.. memalukan !

Anonymous said...

saya ingin merujuk kepada saudara yang mengatakan bahawa pemberian biasiswa kepada pelajar yang bersekolah di luar terengganu yang dianggap menganaktirikan pelajar yang bersekolah di terengganu.

Untuk pengetahuan saudara, saya mengenali penerima biasiswa tersebut. menurutnya, penerima biasiswa yang pernah bersekolah di luar terengganu tersebut turut pernah bersekolah di terengganu. pada pendapat saya, tidak salah sekiranya biasiswa diberikan kepada mereka ini, melihatkan keupayaan mereka dalam akademik dan kokurikulum ditambah dengan pengalaman mereka yang mampu hidup berdikari walaupun berjauhan dari keluarga.

Memanglah, jika dilihatkan statistik, mereka tidak menyumbang kepada kecemerlangan SPM di Terengganu. tetapi, adakah wajar dengan alasan semata-mata ingin memberi peluang kepada pelajar yang bersekolah di terengganu, peluang mereka ini ditutup? bukan begitu. pihak yayasan mengharapkan pelaburan modal insan mereka diberi kepada mereka yang betul2 layak dan berkemampuan memberi bakti kepada negara. ditambah pula dengan bilangan biasiswa yang terhad, sudah tentu mereka ingin memilih yang terbaik.

bukan saya ingin mengatakan pelajar sekolah terengganu tidak bagus, tetapi, jika dari keseluruhan aspek pelajar terengganu yang bersekolah di luar terengganu dilihat lebih berkelayakan. walaupun begitu, saya turut difahamkan bagi biasiswa alevel, terdapat 5 org pelajar dari sekolah terengganu berbanding 3 org pelajar dari sekolah di luar terengganu. apakah itu menunjukkan peljar sekolah di terengganu dianaktirikan? bagi saya, tidak sama sekali.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Saya merupakan anak Jati Negri Terengganu..tetapi sebahagian besar perjalanan usia saya bukan dinegeri kelahiran saya..walaupun kedua ibubapa saya tinggal di Terengganu.Saya bercita2 untuk meneruskan pengajian diperingakat sarjana.Tawaran sudah diberi cuma memerlukan tajaan.Tetapi apabila saya membaca komentar2 dari pihak saudara-saudari semua..saya berasa bimbang kemungkinan cita2 mungkin tersekat.Apakah salah untuk menimba ilmu? Adakah peluang dan rezeki mutlaknya ditentukan manusia ?....

Anonymous said...

saya merupakan anak jati terengganu semenjak dahulu kala lagi. tapi disebabkan saya bersekolah boleh tahan sikit kenalah kerja diluar negeri terengganu, dan tambahan pula jawatan saya ni tak ada pulak di negeri terengganu.jadi dipendekkan cerita saya ada anak yang akan ambil SPM, apakah anak saya nanti akan dilayan berbeza dengan anak yang bersekolah di terengganu. saya rasa pada gamaknya pihak berkuasa di YT patutnya melayan sama rata. sebabnya saya juga berkod ic "11" guano gamoknya.
Tapi, yang paling moleknya saya ingin memcadangkan bahawa serrnya,,semua pelajar cemerlang yang bapak atau ibunya dari negeri terengganu yang kaya raya dengan minyak nie..tak semene-mena kerana pemberian Allah.. semuanya diberi pinjaman tak payahlah biasiswa..tapi kena bagi lah semua pada yang cemerlang...umpamanya yang dapat 9A,10A,11A.....dan seterusnya.Tak payah harap pada JPA atau MARA, kita berilah peluang JPA dan MARA tu pada anak2 negeri lain yang miskin dan tak ada minyak. Ni baru nampak power kita sebagai anak negeri Terengganu...apa kata weh? barulah kita rakyat negeri terengganu ni rasa bangga balik 5 tahun sekali .... nak memakah.tq

Anonymous said...

anda semua mengatakan bahawa ramai yg lagi layak & pelajar2 yg terpilih ini ramai yg tidak layak. betul ke? anda yakin ke? setakat sehelai kertas keputusan peperiksaan tidak mencukupilah zaman ini. pelajar yg terpilih merupakan mereka yg berkebolehan dalam AKADEMIK, KOKURIKULUM (bukan setakat negeri & negara sprti yg anda perkatakan, tetapi ada yg tahap ANTARABANGSA). mereka juga yg berkebolehan utk berkomunikasi dgn bagus dlm sesi soal jawab.

Anonymous said...

Betul lah anonymous januari 2011.
adakah anda daripada pihak YT ingin membela segala LIMPAHAN yang anda anggap sebagai fitnah? Itulah hakikatnya.

Tidak percaya? tubuhkanlah Suruhanjaya Khas untuk menyiasat perkara ini. SPRM nk campur tangan pun boleh.... siasat adakah duit dipakai dengan sempurna?

yang antarabangsa itu, seorang dalam seribu orang kot...


harap post ini dapat menarik PIHAK MEDIA! dan mencari dalang kepada segala-gala yang berlaku.... kalau tak dapat juga, biarlah mereka... akhirat menunggu...

Anonymous said...

tak sangka ramai lagi org di terengganu yg tak pandai bersyukur...

kalau rakyat tak pandai majukan diri sendiri...sampai bila-bilalah rakyat terengganu tak akan bangun, HARAPKAN SGT pada kerajaan, yg berapa kerat saja rakyat yg menyumbang!

tengkujuh said...

salam..sy adalah pelajar tajaan YTrg. masa sy aply dulu dia xtanya pun awk ni anak org pas ke anak org umno...semua form sy pos..tgk2 sy terpilih sebab sy memang LAYAK.... xde isu ketidak adilan disini..sy xde kabel pon..haha..

Anonymous said...

saya setuju sangat9999999xxxx...

saya adalah salah seorang mangsa. saya dapat straight A spm, tapi hampeh.. langsung x dpt tajaan terengganu... nak kata result x gempak, tipu sangat lahh,... temuduga saya teruk?? impossible.. so fluent in speaking, tapi org lain yg speaking entah hape2 dapat je..padahal,result dia lagi rendah dri saya.. koko diorang pon takde kot...

memang saya geram + bengang giler dgn kerajaan terengganu.... sampai sekarang, saya rasa mcm BERDENDAM dgn kerajaan TERENGGANU sebab memang pilih kasih...
dari kecik sampai besar, saya tak pernah dpt biasiswa terengganu mcm BKYT dan lain2..

padahal,sy sangat layak dengan gaji ayah hanya seribu lebih... tapi, sbb kerja kerajaan je, sah2 tak boleh..pelik betulll

kawan2 sy yang mak bapak kerja sendiri, tapi rumah banglo, kereta mercedes dapat pulak biasiswa .. sangat tak adil !!!! mentang2 kawan saya tu mak ayah dia orang kuat UMNO, dapatlah biasiswa.. puihhh

i hate terengganu government . sangat pilih kasihhhhh

duit banyak. tpi bukannya nak tolong pelajar. rela dibazirkan duit utk mende lain.. rasuah? entah2 duit masuk poket sendiri kot...sbb tu mcm susah je nk tolong taja pelajar cemerlang trg

dulu kata, "kami sanggup habiskan wang utk taja pelajar cemerlang & kami akan berusaha bantu menaja pelajar yang layak (straight A) ...

hampeh la kau wehh...cakap je besar !!

bukan saya sorang je mangsa, ramai lagi kawan2 straight saya yang merempat sekarang sbb tak dapat mana2 tajaan.. ada jugak terpaksa apply kolej swasta sbb tak mintak upu.. sian diorang. diorang mati2 ingat akan dpt tajaan terengganu,tpi impian hanya tinggal impian...

Anonymous said...

Salam. Anak sy dpt tawaran biasiswa n menolak sebab dapat spc mara. Dia sgt layak tp menolak utk bg laluan pd kwn kwn yg x dpt skim pelajar cemerlang. Temuduga x ada pilih kasih (memang 100% sure).Tapi mesti pndai menjual aset diri. Yg dtg buat ujian iq seratus lebih n yg dkehendaki hanya 12 orang utk alevel. Nak ditaja ambillah bidang perubatan. Sah dapat dgn syarat 8a ke atas dan x ada c. Pelajar mesti pandai membawa diri n mesti tunjukkan x factor. Jika kita rasa excellent dah kdg kala cara kita tu x menyenangkan. Pilih kasih jika ada mungkin 1% je. Yg penting rezeki Allah. Saya ikut tiap kali anak pergi temuduga dan ysyasan trg xlah challenging sangat berbnding khazanahglobal atau telekom atau tnb. Sekurang kurangnya anak negeri masih ditaja ke rusia terus jika ambil perubatan. Tapi jgn kejar tpt belajar jika x minat. Biarlah laluan susah sikit tp dpt kehendak diri. *(itu yg anak sy sentiasa kata ). Bersyukurlah dgn apa kjaan negeri dh bg. Modul, program n lain lain. Masa anak saya hari tu x ada byk program mcm sekarang ni utk dpt stght a plus tp alhamdulillah dia slh seorg terbaik negeri. Bkn semua terbaik negeri dpt biasiswa yayasan. 2 orang shj dpt. Tp dua dua tolak sebab dpt spc mara n jpa dan bg laluan kpd org lain. Nasihat saya, pergi temuduga ikut etika temuduga. Kot n fail serta cv mesti ada. Jawab dgn tenang. Bukan senang utk dpt tajaan....

Anonymous said...

KALAU SEKADAR NAK TULIS TANPA BUKTI SAHIH...SENANG. ANAK SAYA TURUT MENGHADIRI TEMUDUGA UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDON. SAYA AKUI KALAU GAGAL KITA AKAN MERASA KECEWA TETAPI KITA KENA SEDAR BAHAWA JUMLAH YANG MEMOHON TERLALU RAMAI DAN MEMPUNYAI KELAYAKAN YANG HAMPIR SAMA...SEMUANYA CALON STRAIGHT 'A'...YANG AKAN DIPILIH HANYA PULUHAN CALON SAJA...SAYA TANYA ANAK SAYA ADAKAH PANEL ADA MENANYAKAN PASAL PARTI POLITIK..JAWAPANNYA TIADA...JADI TIDAK PERLULAH KITA BUAT FITNAH KERANA DENDAM KESUMAT KITA KEPADA SESEORANG.