Macam maca ada dan macam macam boleh berlaku. Tetapi kena ingat apa yang berlaku diatas muka bumi Allah adalah dengan kehendak yang maha pencipta. Kita juga kena ingat juga itulah adalah pilihan manusia.
Kalau tidak baik itu adalah “salah kamu sendiri”. Ini Alah penrah sebut dalam Al Quran ketika kekalahan Islam semasa perang Uhud.
Oleh itu, tidak harus susah hati apabila dengar cerita Dr Asri , bekas Mufti Perlis nak masuk UMNO. Biarkan. Manusia mana ada kuasa untuk menahan sesiapa menyertai parti politik.
Itu adalah haknya. Macam juga Datuk Seri Anwar Ibrahim, masuk UMNO.
Kalau benar Dr Asri nak masuk UMNO biarkan, kerana mungkin jiwa politiknya serasi dengan UMNO, sepertimana kata Profesor Dr Ismail Ibrahim bahawa:
“Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.
“ Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.”
Barangkali atas sebab itulah mereka susah hati apabila dengar cerita Dr Asri nak masuk. Lebih lebih lagi dia seorang ulamak. Kita juga kena ingat ulamak terbahagi kepada dua golongan. Golongan pertama golongan yang baik.
Bila sebut ada golongan yang baik pasti ada yang jahat.Yang jahat mungkin sesuai duduk dalam UMNO, termasuk menjadi syaitan bisu terhadap iiisu judi dan arak yang dilesenkan oleh kerajaan.
Wajarkah ulamak masuk parti politik yang dianggap kotor itu. Mungkin ulamak jahat wajar masuk UMNO, kerana UMNO sebuah parti politik yang kotor dan tidak wajar masuk dalam UMNO jika ulamak itu ulamak baik.
Jika ulamak baiik masuk UMNO reputasinya pasti tercemar dan tercalar. oleh itu mustahil seorang ulamak baik ada niat untuk menyerti UMNO.
Jadi apa guna kita susah hati dengan perkembangan ini. Jik a Dr Asri nak masuk UMNO biarkan. Biarkanlah dia terjun dengan labu labunya.
1 comment:
Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum dan agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua.Dalam masa yang sama, saya menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti. saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain.
Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Post a Comment