Sesetengah Nampak bahawa UMNO dan PAS boleh bersatu. Dan sesetengah pula mahu supaya UMNO dan PAS menjadi satu. Jika UMNO dan PAS bersatu barulah dapat melaksanakan Undang undang Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.
Memang kebanyakan bijak pandai Islam Negara ini mengharapkan begitu, tetapi, betul kah begitu> Apakah UMNO bersedia berkorban apa sahaja, kerana syaratnya ialah pengorbanan.
Jika UMNO tidak mahu berkorban apa sahaja jangan diharap ia boleh menjadi realiti.
PAS walaupun sudah membuka pintu kepada orang kafir masih tidak boleh menghulurkan tangan untuk bersatu dengan UMNO.Seolah olah sudah” serik” dengan apa yang pernah diperlakukan UMNO selama berada didalam Barisan.
Ini dapat kita buat kesimpulan adalah mustahil PAS dan UMNO dapat disatukan, tetapi kehendak Allah Subha nahu wataala tiada sesiapa pun tahu.
Kita sedia maklum “pengorbanan” syarat utama untuk UMNO dan PAS bersatu. Jika mana mana pihak tidak sanggup berkorban apa sahaja jangan diharap dapat disatukan. Lebih lebih lagi masing masing ada agenda, termasuk agenda peribadi yang menjadi penghalang besar untuk bersatu.
Kalau kita tengok perkembangan umat islam seluruh dunia dan ini pernah disebut oleh Rasulullah SAW bahawa umat islam akan berpecah kepada 73 puak sah PAS dan umno tidak akan bersatu sampai kiamat miskipun ada usaha untuk menyatukannya.
Perpecahan umat islam yang berlaku di Malaysia sangat jelas dan ketara sejak sekian lama sehingga wujudnya puak puak yang mendakwa puaknya sahaja yang betul termasuk UMNO yang mendakwa ia betul dan ikut menegak dan melaksanakan Islam.
Yang paling malang sekali wujudnya puak puak yang mengaku “nabi” yang jelas dan nyata sesat dan rosak akidahnya. Puak puak ini mengaku puaknya adalah puak Islam yang berbeza pandangan. Malahan mereka mendakwa mazhab mereka tidak sama dengan mazhab yang dipegang oleh UMNO dan PAS.
Kita tidak nafi mereka juga umat Islam, tetapi mereka terdiri dari puak yang ditolak oleh Allah subha nahu wataala, kerana amalan mereka bercanggah dengan amalan yang diajar Oleh Rasulullah SAW.
Apabila PAS mengatakan UMNO menolak Islam, Ada pihak yang mengatakan UMNO menegakkan Islam. Mereka ini buklan calang calang manusia, malahan mereka adalah golongan ulamak yang ada ijazah PHD dan gelaran Professor di pusat pusat pengajian tinggi awam negara.
Walau bagaimana pun UMNO dan PAS kemungkinan satu masa nanti bekerjasama juga atas sebab ketuanan Melayu sepertimana yang pernah berlaku pada tahun 1969 (13 Mei) atau dengan kata lain PAS diperlakukan oleh pakatan rakyat yang memerintah Negara.
Ketuanan Melayu walaupun tudak menjadi teras dan dasar pada PAS, tetapi jiwanya adalah jiwa Melayu yang disebut oleh Allah subha nahu wataala “ berbangsa bangsa” itu jelas dan nyata punyai ikatan yang saling bahu membahu miskipun duduk dalam parti yang berbeza.
Yang memisahkan Melayu PAS dengan melayu UMNO ialah soal dasar dan perlembagaan parti. UMNO dasarnya adalah dasar kebangsaan manakala PAS dasarnya ialah Islam (Al Quran dan as sunnah) yang sama sekali tidak boleh di terima oleh kafir.
Usah orang kafir, UMNO sendiri pun enggan menerima undang undang syariat. Bukan setakat enggan menerimanya malah mereka mempersenda hukum hudud yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan negeri Terengganu ketika memerintah pada tahun (1999-2004).
No comments:
Post a Comment