Tun Mahathir Mohammad sebut Datuk Seri Anwar Ibrahim pemimpin yang gila nak jadi perdana menteri. Memang semua manusia gila. Gila ada 99 gila Cuma satu sahaja yang tak gila, iaitu Allah.
Jika Anwar gila hendak jadi perdana menteri, maka apa kurang dengan Tun Mahantir yang kelihatan macam gila sunguh untuk menjadi perdana menteri.
Masakan tidak. Beliau pernah berkata orang lain tidak layak, termasuk Tun Hussin onn, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Kita setuju mereka tak layak, termasuk Tun Mahathior sendiri ,kerana selama 22 menjadi perdana menteri kuasa politik melayu hampir hilang. Demikian juga kuasa ekonomi .
Sekarang Mahathir dengan Wira Negara Negara Datuk Ibrahim Ali mengadakan rood show seluruh Negara untuk menjatuh Najib Razak. Sama ada ada yang sedar atau tidak tetapi itulah realitinya.
Nampak dengan jelas Tun Mahamad Mohammad seorang saja yang layak menjawat jawatan perdana menteri apabila dia berkata Tun Abdullah Ahmad Badawi tak layak jadi perdana menteri.
Bukan setakat berkata malahan beliau “keluar umno” dengan ikrar yang dia tidak masuk umno jika Tun Abdullah tak letak jawatan.
Setelah jawatan perdana menteri bertukar tangan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak Tun Mahathir masuk semula Umno dan berkerja keras melalui NGO Perkasa untuk mendapat balik jawatan perdana menteri itu.
Lebih lebih lagi Najib terpalit dengan penahanan Taek Jho Low yang di tahan di Perancis bersama Paris Hilton artis Hollywood.
Inilah masanya untuk memainkan peranan untuk mencalar nama baik perdana menteri ke 6 melalui isu Anwar gila nak jadi perdana menteri.
Sejarah telah membuktikan , Tun Mahathir sendiri pernah berkata Datuk Seri Najib juga tidak layak jadi perdana menteri. Memang sah Najib juga tidak layak. Hanya Tun Mahathir seorang sahaja yang layak setakat hari ini.
Oleh itu, umno kena berusaha bersungguh untuk mengembalikan semula jawatan perdana menteri kepada Tun Mahahtir Mohammad agar mudah melayu jadi hancur lebur bersama melayu mudah lupa.
Itulah yang saya nampak. Sebab itu beliau dan Ibrahim Ali yang tak boleh percaya ini sedang memainkan peranan untuk mengembalikan jawatan perdana menteri kepada Mahathir melalui perhimpunan NGO PERKASA yang sudah menjual bangsa agama dan Negara.
Seperkara lagi yang saya nampaknya , Mahathir macam orang lemas. Bayangkan orang lemas,apa apa sahaja dicamparnya baik batang pisang, hatta bauya sekalipun sanggaup dipeluknya.
Nampak sangat yang dia sudah kena penyakit gila nak jadi perdana menteri semula mnakala Ibrahim Ali kepingin bangat untuk jadi timbalan perdana menteri apabila jawatan perdana menteri kembali semula pada Mahathir.
Wah hebatnya Melayu Mahathir Mohammad dan Ibrahim Ali ini.
3 comments:
ya, aku sokong 100 peratus, dia memang yang terhebat.
Mahathir, hebat menipu orang Melayu...
Dah letih dengan orang tua ini. Menghasut tak habis2...
Sedarlah diri, Mahathir ooii... (rumah kata pergi kubur kata mari)
Ini, namanya ayam gila mengeran. Telur tidak ada mengeran tetap mengeran sampai tuannya tutp pintu reban atau sarangnya dibakar baru dia sedar.
Macam Igrahim Ali juga, gila nak jadi ketua. sebab itu dia tubuh PERKASA yang berfungsi memburukkan umno yang sudah lama menjadi pengkhianat bangsa agama dan negara.
Dia jadi ketua dan gila nak jadi timbalan perdana menteri.macam juga Tun mahathir yang tak pernah malu dengan usia yang sudah tua.
Post a Comment