Friday, February 18, 2011

Mengkafirkan orang Islam,dia jadi kafir?

Dahulu kebanyakan orang Melayu, terutama Melayu Umno kurang faham dengan hukum kafir mengkafir yang dijadikan isu oleh para pemimpin kerajaan umno /BN.

Alhamdulillah sejak isu itu dimainkan tak berhenti henti nampaknya sudah difahami kebanyakan orang melayu termasuk melayu umno sendiri.

Tun Mahathir Muhammad cuba ungkit semula isu kafir mengkafir dengan tujuan agar nama baik musyidul Am PAS tercalar agar namanya jadi bersih.

Untuk memahaminya tak payah.mudah saja. Mengapa gusar,kerana sudah ada hukum yang telah ditetap oleh Allah.

Allah sudah tetap hukumnya, Barangsiapa mengkafir orang Islam, maka dia yang mengkafir itu jadi kafir.Tak kira dia seorang tok guru kea tau sebagainya.

Akan tetapi kita kena ingat, barangsiapa tak mengkafirkan orang kafir, dia juga jadi kafir, kerana dia kafir mana mungkin mengatakan dia tak kafir, sedangkan dia kafir musuh Allah.

Jangan susah. Kalau kita tak kafir mengapa takut.Bukankah mereka yang mengkafirkan kita,jika kita tak kafir mereka itu jadi kafir.

Mungkin ini hanya salahfaham kita saja.mereka berkata apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dengan tujuan si anu adalah kafir kerana ingkar dengan perintah Allah. Mereka bukan buat pandai pandai dalam perkara kafir mengkafir ini.

Jika kereta ciptaan manusia ada jenama tertentu, mustahil manusia yang dicipta berbangsa bangsa dan berpuak puak ini tak ada jenama. Kalau tiada jenama khusus manna mungkin kita boleh kena mengena satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: barangsaiapa meninggalkan solat dengan sengaja, kafir.

Tak dinafikan ada ulamak yang mengatakan tak sampai jadi kafir , jika mereka tak berkata solat tak wajib baginya.

Itu adalah soal pendapat hasil pemahaman (perbezaan pendapat) sesorang ulamak. Apakah kita manusia lebih bijak dan tahu berbanding Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang maha mengetahui itu.

Menyatakan barangsiapa tinggal solat dengan sengaja itu dikatakan bahawa Rasulullah SAW mengkafir orang Islam.

Kita kena ingat juga dengan ayat ayat Allah yang menyatakan ada umat islam pagi kafir, petang islam. Petang kafir, pagi Islam.Ini yang dinamakan kafir setelah beriman iaitu bukannya kafir sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia dapat kemurkaaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir pada hal hatinya dalam beriman (dia tak berdosa) tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar” (surah An nahl ayat 106)

Kafir, kafir ini ialah engkar dengan perintah Allah. Hari ini bukan main ramai orang yang mengaku Islam yang bukan saja ingkar,malah ada yang derhaka kepada Allah dan Rasul SAW. Serta tergamak mempersenda sendakan ajaran Islam.

Tun Dr Mahathir Mohammad sepanjang menjadi perdana menteri pernah mempersenda sendakan, termasuk antaranya mengatakan tak mandi mayat yang mati syahid kerana zaman dulu tiada air,kalau hukunm hudud dilaksanakan maka habis kudonglah tangan orang Islam.

6 comments:

Anonymous said...

gua dh meluat tenguk tua kutuk ni..gua harap..selagi dia tk bertaubat...semoga Allah bagi dia petunjuk didunia ni..petunjuk yg maha dasyat...Allahu akbar...

mamat said...

petunjuk memang banyak petunjuk, antara petunjuk yang diberi oleh Allah kepada manusia yang derhaka kepada Allah dan rasulullah ialah petunjuk iblis.

Anonymous said...

Anon 5:50 AM

Diri sendiri dah bertaubat? Tanya balik diri kita... masuk syurga ke kita ni??? atau masuk neraka?????

abdullahngah said...

Taubat ada yang diterima oleh Allah SWT dan ada yang tak diterima miskipun Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.

Yang diterima taubatnya akan masuk syurga dan yang tak diterima taubatnya masuk neraka.

tungkaran hati.blogspot said...

ana dah meluat tenguk tua kutuk Nik Aziz ni..gua harap..selagi dia tk bertaubat...semoga Allah bagi dia petunjuk didunia ni..petunjuk yg maha dasyat...Allahu akbar...

Anonymous said...

semoga ALLAH memberi petunjuk..petunjuk yg maha dasyt terhadp hamba2NYA yg meluat tngk manusia cuba tegakkn agama ALLAH SWT..

Al-Quran n Hadis tak tunjukkn dia salah..tp manusia yg jahil yg hnya tau berhujah ngn logik akal..n mngikut nafsu...tak kena ngn nafsu..terus d anggap salah tnpa mngkaji dahulu..makhluk macm nie yg harus d beri petunjuk...