Sunday, May 29, 2011

Amat benar firaun dijadikan ikutan

Jumaat lepas Di Kota Baharu,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menteri besar Kelantan berkata, di Malaysia ada lima mazhab.

Saya setuju dengan kata kata itu, kerana Nampak dengan jelas sudah ramai rakyat Malaysia mengikut mazhab selain dari mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali.

Bermkna sah ada mazhab lain yang dijadikan ikutan dan pegangan rakyat Malaysia kini.

Apakah mazhab itu?

Jawap Datuk Nik Abdul Aziz, mazhab itu tak lain dan tak bukan ialah mazhab “jahiliah”.Alangkah benar kata kata Nik Aziz itu.

Selang berapa hari Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang berkata dalam ceramahnya di Parit Pecah Batu Pahat bahawa umno menghidupkan kembali ciri ciri jahiliah.

Teringat penulis, semasa dalam ABIM dulu Anwar begitu cair dengan perkataan “Jahiliah modern”

Pendek kata, kata kata itu sangat digemari oleh Anwar setiap kali mengadakan ucapan dan cermahnya.

Sebagai bukti semua boleh setuju bahawa Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam, kerana menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.

Inilah kata kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mutakhir ini, disamping menunggu keputusan hakim yang ikut Firaun menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Saya yakin bukan mazhab jahiliah dijadikan amalan dan pegangan rakyat Negara ini, malahan mazhab murji’ah juga telah dijadikan ikutan para pemimpin umno.

Bermakna bukan lima mazhab dijadikan ikutan rakyat Negara ini, malah enam mazhab sehingga begitu ramai perempuan di Negara Malaysia pakai cincin dijari terlunjuk yang pernah dijadikan amalan fira’un.

Oleh itu alangkah benarnya dakwaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dihumbangkan semula kedalam penjara melalui Fitnah demi fitnah bukan sahaja dibiar pintunya terbuka seluas luasanya tanpa mengambil kira sistem masyarakat jahiliah yang boleh merosakan Negara.'


Saya sangat setuju kata kata Anwar bahawa ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

Apa pun Anwar ulangi lagi, bahawa ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

No comments: