Thursday, June 9, 2011

Apakah benar melayu jadi kuat Jika umno dan pas bersatu?

Kebanyakan orang Melayu di Negara ini percaya dan yakin “Melayu” akan kuat jika umno dan Pas bersatu. Betulkah begitu.

Persoalan yang timbul apakah benar begitu? Pada teorinya memang begitu. Tapi realitinya mungkin tak begitu.

Mengapa? keKuatan Melayu bukan duduk atas nama bersatu padu dan kelemahan Melayu bukan duduk atas nama berpecah, kerana bersatu dan berpecah itu adalah reality yang berlaku sebagai bukti sejarah manusia diatas muka bumi ini.

Saya yakin dan percaya kelemahan Melayu selama ini kerana “buta hati” dan “hati mati”. Inilah punca sebenar Melayu tak kuat.

Bayangkan jika para pemimpin Melayu terutama sekali umno terdiri daripada manusia yang” buta hati” dan “mati hati”.

Mereka bukan saja menjadi pengkhianat bangsa, agama dan Negara malahan boleh dokekategorikan sebagai pengkhianat diri sendiri kerana mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala galanya.

Kita lihat hari ini kebanyakan mereka yang diberi amanah untuk memerintah Negara mengkhianati amanah sehingga tergamak mengumpul seberapa banyak mungkin harta.

Ini juga membuat mereka lupa tanggungjawab sebagai pemimpin untuk memimpin rakyat menjadi manusia yang baik kepada Negara.

Oleh jangan diharap melayu akan jadi kuat hatta pas bersatu dengan umno sekali pun jika buta hati dan mati hati.

Ada sesetengah mengharap pemimpin Melayu yang ada sekarang akan sedari diri.
macam mana nak sedar kalau "hati sudah mati"

Mereka ini bukan "muslim", kerana muslim tak akan membiarkan hatinya mati.

Sayed Qutub pernah berkata,kelemahan umat Islam kerana mereka tolak Islam tulen.

Saya sangat sedih apabila ramai antara orang melayu menganggap umat Islam atau para pemimpin negara orang Islam (melayu) sebagai muslim.

Kalau dia muslim dia tak tolak Islam tulen dan tak tinggal solat lima waktu sehari semalam.

Macam mana nak kuat solat tidak, puasa tidak sedangkan puasa itu perisai muslim.Zakat pun tidak.

Tak dinafikan mereka terlalu kerap menuai haji dan umrah,sedangkan itu hanya bagi mereka yang mampu saja.Tak memapu tak mengapa.

Muslim, orang tak makan riba orang tak makan rasuah. Mereka patuh dengan perintah Allah.

Orang tak tinggal solat, kerana sengaja tinggal solat jadi kafir.
Kita juga kena ingat, Rasulullah SAW pernah menyatakan suatu masa nanti umat Islam laksana "buih dilaut".

Cuba kita bayangkan "buih". Barapa lama buih itu boleh bertahan.Kuatkah buih itu.

Buih jelas dan nyata tidak punya ketahanan.

Begitulah lemahnya umat Islam Melayu ini. Macam mana tak lemah dan macam mana boleh jadi kuat, sedangkan mereka tak ikut perintah Allah.

IKIM telah membuat kajian bahawa 80 peratus umat islam di negara ini tak solat.Bermakna hanya 20 peratus saja yang solat, sedangkan solat itu tiang agama.

Jadi macam mana nak jadi kuat sedangkan umat Islam(melayu ) tiada "tiang" untuk jadi kuat.

Lainlah jika ia "muslim" yang patuh dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW.

Realitinya memang begitu dek pemimpin yang tak mahu kepada ajaran islam yang syumul.

Oleh itu alangkah benarnya umat Islam, terutama Melayu dinegara ini ibarat kembiri tanpa kepimpinan.

saya tidak setuju kita menggunakan istilah muslim nations, kerana orang muslim adalah orang yang sangat dekat dengan Allah, miskipun belum jadi “mukmin”.

Dengan kata lain muslim adalah manusia yang sangat dekat hubungannya dengan Allah demikian hubungan sesama manusia.

Muslim manusia yang berjalan kearah beriman dan bertakwa yang dijanjikan Allah akan masuk syurga.

Bagi saya kebenaran adalah suatu yang asas dalam tabiat alam ini dan sesuatu yang mendasari kewujudan segala yang ada di alam ini. Oleh itu kita sama sekali tidak boleh menolak kebenaran Allah.

Hari ini 80 peratus orang Melayu di Negara ini menolak kebenaran yang menjadi punca kelemahan yang sangat ketara.

Bayangkan jika negara itu diperintah oleh muslim mana mungkin menolak perlaksanaan hukum hakam Allah.

Inilah punca Melayu lemah. Kelemahan ini terus menerus berlaku hatta Umno dan PAS bersatu sekalipun.

2 comments:

Anonymous said...

Bukankah baik sesama muslim bersatu ? Jangan cepat menghukum seorang muslim itu Tidak muslim. Itu bukan hak kita selagi mana org tersebut tidak menyatakan secara jelas dirinya telah keluar Islam. Ini satu pendekatan yang tidak menguntungkan kestuan Muslim. Adakah berkongsi kuasa pemerintahan dengan DAP itu mengikut Sunnah Rasulullah SAW ? Kalau dulu slogan hendak membina Daulah Islam di gembur-gemburkan, mengapa sekarang bertukar kepada Negara berkebajikan ? Mengapa orang-orang Islam mudah lentok dengan orang-orang Kafir dalam hal menentukan pemerintahan negara ini ? Jadi saya syorkan, janganlah sesama kite menhebahkan kelemahan sesama Muslim. Marilah kite bersatu. Pemimpin-pemimpin yang bermasalah tu, sama-samalah kita doakan kepada Allah agar hati mereka berubah menjadi lebih baik. jangan mudah putus asa dengan Rahmat Allah. Sama-samalah kite doakan barisan pemimpin UMNO dan PAS agar terbuka hati mereka untuk bersatu dan berubah mengikut landasan Islam. Ingat saudara, Zionis di Singapura memang suka kita tidak bersatu. Wallahu'alam
MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT....

Anonymous said...

UMNO dan PAS bersatu yang kuat nanti hanyalah UMNO..melayu ISLAM terus lemah selemahnya.