pernah suatu masa dulu saya tulis rencana dan menyatakan mana ada calon yang "bersih".
Ramai yang marah marah dan berkata dia seorang saja yang baik, orang lain semua jahat.
Itulah hujah orang umno ketika menyanggah rencana saya.
Tulisan Dr Ridhuan bertajuk mengenali calon pemimpin boleh menang jelas apa yang saya sebut dalam rencana saya ada benarnya.
Sememangnya calon umno sejak dulu dan kini terdiri daripada calon yang kotor.
Cuba bayangkan orang yang kotor menang dalam satu satu pilihanraya umum.
wakil rakyat yang kotor, menteri yang kotor, ketua menteri yang kotor, menteri besar yang kotor dan perdana menteri serta timbalan menteri yang kotor pasti tak akan amanah setelah diberi amanah.
tindakan kotor mereka bukan kerana gajinya kecil sepertimana yang dinyatakan oleh Dr Ridhuan itu.
Gaji perdana menteri dan timbalan menteri memamag nampak kecil, tetapi elaunnya besar.
Demikian juga wakil rakyat. Gajinya hanya RM5, 000 tapi elaunnya besar, kerana pegang pengarah itu dan ini pengerusi itu dan ini.
pendapatan mereka lumayan sebab itu berlaku peteh keting sama sendiri berebut untuk jadi calon.
Orang yang berebut jadi calon ini adalah orang kotor, sebab itu apabila menang mereka lakukan rasuah dengan dengan semahu mahunya.
Puncanya, mereka itu terdiri daripada manusia yang beli baju tak ukur badan sendiri.
Perkara yang paling nyata, mereka hilang akidah tak berimana pada hari akhirat.
Orang macam ini tak jaga agama yang mereka anutinya.
Jadi halal haram tak ada dalam hati mereka.
Yang penting bagi mereka ialah mengumpul harta sepanjang menjadi wakil rakyat ke menteri besar ke ketua menteri ke, perdana menteri ke timbilan perdana menteri ke. menteri menteri kabinet ke.
inilah perangai pemimpin negara kita. Apakah yang boleh kita harapkan pada mereka ini?
No comments:
Post a Comment