Friday, October 21, 2011

Senjata perdana menteri memecat dan mengantung seseorang

Bercakap pasal Profesor Dr Abdul Aziz Bari digantung jawatannya sebagap pensyuarah undang undang university Islam Antara bangsa, teringat saya dengan apa yang diperlakukan kepada Tan Sri Sanusi Junid.

Sanusi Junid yang telah dipenjarakan arena politiknya dan dilantik sebagai presiden Universirti islam Antarabangsa bukan digantung malahan telah dipecat.

Pemecatan itu dibuat mungkin atas arahan perdana menteri waktu dia keluar umno ikut Tun Dr Mahathir Mohammad yang keluar umno kerana tak puashati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi saya gantung dan pecat seorang itu adalah sanjata seorang perdana menteri, kerana seorang rector tidak akan bertindak bersndirian.

Hal ini pernah disebut oleh Tun Mahathir Mohammad bahawa cantas mencantas dalam umno masih berlaku.

Dan inilah factor pilihanraya umum kali ke 13 tak sesuai diadakan pada tahun 2011. Jika diadakan juga BN kalah, kata Tun Mahathir.

Saya dengar ramai penganalisi politik umno, termasuk Profesor Dr. Ahmad Atory Husein pensyarah universitri Sains Malaysia berpendapat demikian.

Oleh itu amat wajar perdana menteri disebut orang yang bertanggungjawab mengantung tugas Profesor Dr Abdul Bari.

Hnedak arah mengeluar waran tangkap diditahan dibawah Akta ISA, ISA sudah dimansuhkan.Maka gantung tugas sebagai professor undang undang suatu tindakan yang terbaik.

Sebagai contuh, lihat Tan Sri Sanusi Junid, hingga sekarang ini beliau membisu seribu bahasa tak berani bersuara lagi setelah dipecat sebagai presiden university Islam antara bangsa.

Dulu beliau pernah mengatakan Melayu bacul. Tapi sekarang ini siapa sebenarnya bacul dan tak berani berkata benar.Sudah tentu beliaulah yang bacul.

Ada kemungkinan Profesor Dr Abdul Aziz Bari suatu masa nanti jadi macam Sanusi Junid dan lain lain yang pernah dikenakan tindakan, termasuk ditahan dibawah Akta ISA.

Dan inilah tindakan yang boleh menakutkan seseorang,terutamakan sekali bagi mereka yang menjawat jawatan dengan institusi kerajaan yang memerintah.

No comments: