Bercakap berkenaan pilihanraya, saham dan daging yang hebuh diperkatakan sejak beberapa minggu ini dapat saya buat kesimpulan begini:
1. ada penipun pada rakyat
2. ada pembohongan terhadap rakyat
3. ada rasuah yang dilakukan secara berterusan
4. ada riba yang dikatakan sama dengan jualbeli
5. ada pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan
6. ada penyelewengan yang jelas disengajakan
Maka teringat saya kalam Al-Quran "barangsiapa yang buat baik masuk syurga dan barangsiapa yang buat jahat masuk neraka".
Pendek kata ia suatu berlaku itu adalah kejahatan yang mungkin sukar mendapat keampunan miskipun bertaubat "nasuha".kerana mereka bukan saja berdosa dengan Allah malahan telah berdosa dengan rakyat yang mahu tak mahu mesti mendapat keampuanan orang ramai terlebih dahulu.
Mengapa tidak? mereka berdosa dengan rakyat (manusia). Jika rakyat tak memaafkan amatlah malang. lebih lebih lagi pada rakyat yang telah meninggal dunia.Macam mana tak minta ampun dengan yang sudah tiada di bumi ini.
Demikian juga dengan persoalan riba yang Allah jelaskan pada ayat 275 surah Baqarah yang bermaskud:
" Orang orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka menyatakan bahawa sesungguhnya jualbeli itu sama saja seperti riba. Pada hal Allah telah menghalalkan berjualbeli(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba, maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal didalamnya."
Demikian besarnya dosa Memakan "riba". Dosa yang paling kecil, jika lelaki seperti ia berzina dengan ibunya dan jika ia perempuan sperti ia berzina dengan bapanya, maka ia tak berhenti dan tak tak sempat bertuabat, sah kekal dalam neraka. Demikian juga bagi yang berhutang, jika tak dapat lansai hutang nya maka ia tak dapat masuk syurga.Rasulullah SAW tak solat jenazah orang yang ada hutang.
Apa pun mereka sejak dulu hingga kini sering beramal dengan amalan ahli neraka yang jelas telah putus dengan rahmat Allah.Bukan setakat itu saja malahan Allah jauh darinya.
Oleh itu, Allah mengingatkan orang yang beriman sepertimana ayat 9 surah Munafiquun yang bermaksud:
"wahai orang orang yang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya) Dan( ingatlah) lah sesiapa yang melakukan demikian maka mereka itu orang orang yang rugi"
Peringatan itu dibuat atas sebab manusia tidak tahu ajal mereka sepertimana yang dinyatakan oleh Allah pada ayat 11 surah munafiquun yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) Allah tidak sekali kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan".
No comments:
Post a Comment